Tuesday, January 10, 2012

Intern

Sebelum aku bukak cerita pasal intern aku, aku start intro dengan cerita dua orang kawan baik yang selalu lepak kat bilek aku. (Since diorang pon tak baca blog aku, so aku boleh cerita kat sini hehe)

Sorang namanya Azlan, orang perak yang suka lepak kat bilek aku. Pagi malam mesti datang bilek aku. Tetiap ari.

Sorang lagi namanya Azmi, orang kedah yang suka lepak kat bilek aku jugak. Pagi malam mesti ada je kat bilek aku. Tetiap ari. Mane tak nye, dia rumet aku. Memang patut la tiap2 ada kat bilek aku. Aku je yang jarang ada kat bilek. Seorang yang pembersih dan selalu bawak balik buah tangan kat rumetnye tiap kali pergi mane2. Untungnya rumet dia salu dapat makanan free pastu dok abeskan kuih dan roti (biskut dalam bahasa kedah) dia.

Azmi dan Azlan (diorang ni macam kembar dua) memang sangat rapat sejak aku first year lagi. Aku selalu kompius mana satu Azlan, mana satu Azmi. Sorang berkulit cerah, sorang lagi gelap sikit. Sampai aku masuk fourth-year pon aku pernah tersilap panggil Azlan tu Azmi. Adoiii. Segan2. Naseb baik orang lain tak perasan. Takpe tu cite first day. Second day untuk final year ni, aku dah kenal mana satu Lan mana satu Mi (obviously la sorang tu dah jadi rumet kowt)

Ada kalanya aku segan jugak sebab aku jarang ada kat bilek. Biasanya aku ada program kat luar dan selalu dok kat Inspem writing thesis/ study/lepak. Jarang join diorang pi mana2. Tapi diorang still sporting cam biasa. Selalu ajak aku walaupun diorang tau aku jarang ikut. Tiap kali aku balik bilik, ada je cite nak bergurau dan kawan cam biasa. Ada time dok menyakat aku. Tapi most of the time diorang ni cool jer. Tak letak pon apa2 gap ataupun barrier. Itu la yang aku nampak bila orang ikhlas berkawan. Tak mengharap pon nak balas balik.

(jauh pulak menyimpang dari tajuk asal)

Ceritanya bergini, minggu lepas ramai2 kosmet aku tepon pejabat LMPK(pusat yang uruskan Intern pendidikan) dan tanya mereka dapat kat mana. Aku malas nak call sebab aku tak kisah sangat dapat kat mana2. Lagipun, kesian gak kat akak pejabat tu kena jawab sorang2 (ramai tu yang call). Jadi aku pon dok rilek je. Buat2 tak amik tau dan tak kisah. Sambil tu aku tengah usha2 rumah sewa kat area banting dan klang. Expect dapat kat situ. Dan sorang2. Paling jauh pon kat sabak bernam. 

Mirul dapat kat banting. Fendi pon.

Dila, Jan kat melaka. Dan ramai lagi dapat tempat yang sangat random.

Aku tak tau lagi kat mana. Apa yang penting aku kena prepare diri aku dok jauh2.

Pagi tadi kembar Azlan dan Azmi dengan nada yang bersahaja bagitau aku dapat intern kat tempat yang sangaaat rare. Aku tak caye. Ada kalanya aku tak tau, bila masanya diorang serius, dan bila masanya diorang melawak.

Bagi aku probability nak dapat kat situ 5%, sangat la rare. Lepas abes exam petang tadi aku terus pergi kat LMPK cek list nama aku. Sumpah aku terkejut, aku sorang je yang dapat kat situ.

Alhamdulillah, tak sangka langsung. Memang tak sangka. Jan ada tanya, dan dia ingat aku melawak bila aku bagitau dia. Jodohnya macam nak soh aku sambung je master kat sini hehehe...

random picture

Friday, January 6, 2012

Lesson Plan

Secara jujurnya, ni menda yang aku agak menyampah nak buat tiap kali kelas mengajar di sekolah.
Ia seperti skrip lakonan, kita menulis skrip bagaimana pergerakkan kita, gaya apa yang kita nak gunakan dan apa cerita apa yang kita nak sampaikan.

Jadi seorang guru menggunakan lesson plan ni adalah sebagai skrip 'lakonan'nya di kelas.
Dan aku tak pandai berlakon dan aku memang tak suka berlakon.
Menjadi seorang guru kita bukannya kena 'berlakon' jadi guru, tapi naturally kita memang seorang guru.

Aku tak salahkan lesson plan tu, kerana ia memberi kita 'guideline' dalam pengajaran kita supaya kita tak la dok asyek merapu je. Lesson plan adakalahnya membantu guru bila guru terlari sikit dari objektif pengajaran.

Guru yang bijak menggunakan lesson plan tu sebagai rujukan kepada kita mengenai kaedah yang kita nak pakai ataupun isi kandungannya, itu yang lebih baik. Aku buat simple sahaja, tulis tentang method yang nak pakai je. Tentang soft skill tu kita patut dah belajar sendiri. Tak perlu nak selitkan sekali dalam 'skrip' tu. Namun, di sebahagian institut pengajaran sangat menekankan lesson plan ini, kena detail. Sume menda kena tulis. risau guru lari tak ikut skrip yang dibuatnya.

Mungkin disebabkan aku seorang yang fleksibel, tak suka kepada perkara2 yang rigid akan tidak setuju dengan perkara sebegini.

Adakalanya kita kena bersikap rigid, ada kalanya pula kita kena bersikap fleksibel.

Namun bagi aku, bukannnya perkara yang rigid aku akan sentiasa tak setuju, tetapi yang aku amik kisah adalah mengenai batasan kreativiti guru menjadi terhad. Hanya bertumpu sahaja pada content pengajaran sahaja.

Guru hanya mengikut flow pengajaran sahaja, kurangnya berfikir dan kreativiti. Dan menyebabkan pelajar juga malas berfikir dan tidak kreativiti dalam pembelajaran. Bagaimana pembelajaran nak berkesan kalau student pon malas berfikir dan ikut sahaja ?

Ini la yang terjadi kat masyarakat kita, bila pendidikan kita seolah2 me'limit'kan kreativiti dan ideologi pemikiran pelajar. Memberi implikasi kepada masyarakat kita yang hanya terima sahaja, malas berfikir dan tidak kisah kepada komuniti masyarakat kita yang lain secara tidak langsung. (in case, which is really true)

Apa yang aku dapat lihat sekarang, universiti mengajar seorang guru menjadi seorang robot, kemudian guru yang robot itu mengajar pelajarnya juga menjadi seorang robot.



Aku masih lagi teringat kisah kawan aku ketika di sekolah menengah dulu,
Najib : Cikgu, saya masih lagi tak paham la tentang kamiran tu, macamana t boleh kamirkan sekali?
Cikgu : Awak ni dari tadi lagi tak paham2, awak buat2 paham je la. Hafal lepas tu buat2 paham.

note : Apa aku tulis ni bukannya nak mengkritik mana2 guru sekolah, mana2 universiti ataupun mana2 masyarakat kita. Aku mengkritik sistem pendidikan kita, yang lebih kearah sistem pendidikan barat. (dan sampai sekarang barat jadi rujukan kita)

Dan implikasi yang terjadi adalah kebanyakkan masyarakat kita menjadi masyarakat yang
kurangnya membaca,
kurangnya mengkaji dan
kurangnya berfikir.


Thursday, December 29, 2011

Matematik bukan sahaja ilmu kira-kira, tapi adalah untuk mencapai kebahagian hidup. Siapa tak setuju?


(sebelum tu aku nak mengucapkan terima kasih banyak2 kepada supervisor aku Dr.MR dan second reader aku Dr.SK diatas penkongsian ilmu dan pengalaman mereka) 

Penerapan nilai dalam matematik : Positivisme mantik
Itu nama tajuk fyp(final year project) aku.
Dan pagi tadi aku baru je abis viva final presentation dan abis writing thesis sebanyak 63muka surat. Draft pon dah check. Print out dan hard cover je lum lagi.

Tu jawapan aku kalau ditanya tentang progress aku.

Percaya tak, sehari sebelum aku nak present viva aku ni, aku dok sebok tengok wrestling je memanjang dan malam tu aku baru siap buat slide untuk nak present esok.

“Wei ko ni tak risau ke dengan fyp ni? Orang dok pulun dari pagi hingga ke malam, tiap2 buat projek. Ko leh dok rilek je lagi tengok wrestling. Aku lak dok risau tengok ko cam ni” kata member aku sambil praktis baca slide untuk presentation keesokkan harinya.

Mata aku masih lagi tak lepas dari skrin komputer. Tangan kiri dok sebok cari browse video yang belum lagi tonton. Lambat sangat video nak buffering time2 cam ni. Tangan lagi sebelah pegang kerepek untuk dimakan. Mulut tengah kunyah2 sambil membalas “Rilek la, sume menda dah siap kan, tak perlu la nak tensyen2. Haha meh tengok smackdown dengan aku ni. ”

“Aku nak je smack kat ko balek ni” Mencebik member aku tu. Apa tah lagi yang dirisaukannya. Heran aku.

Senyap.

Tiada respon.

Hanya kedengaran bunyi video smackdown aku yang pasangkan. Match Cmpunk. Ferevet aku tu.

Selang beberapa minit lepas tu.

“Wei, apa perasaan ko bile buat fyp eh?”

Pertanyaan tu tiba2 buat jari aku tekan pause kat Youtube yang aku sedang tonton tu. Tah tiba2 aku ter-refleks soklan cam ni. Kepala aku paling menghadapnya sambil berkata dengan wajah yang ceria.
“Serius best, aku enjoy dengan fyp aku ni”

Adakalanya jawapan aku ni memberikan pelbagai ekspresi muka orang lain. Ada yang heran, ada yang tak sangka, ada yang dahi berkerut dan ada juga mukanya seperti tanda tanya.



 Secara jujurnya, sebelum aku masuk 4th year aku ni (final year), aku digambarkan fyp adalah sesuatu yang sangat menakutkan dan seram. Sangat tensyen dan sangat merisaukan. Kena tukar method. Kena banyak rujukan la. Kena banyak membaca. Kena buat research. Kena pergi library cari jurnal. Kena buat eksperimen/survey. Kena analisis data. Kena buat thesis sebanyak 50m/s. Kena jumpa supervisor. Supervisor jarang kat bilek. Kena diskus dengan supervisor. Pastu kena diskus dengan second reader. Lecturer yang lain suka hentam macam2 time viva. Dan pelbagai lagi tuduhan yang tak sepatutnya. Aku digambarkan oleh member2 dan senior2 aku sebelum ni. Dan aku jadi sangat takut.

What you get is how do you see.(aku ubah sikit quote what you get is what you see)

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya pula. Aku jadi lagi suka membaca. Suka mengkaji. Suka menganalisis data. Suka buat research. Suka jumpa supervisor. Suka diskus dengan supervisor. Suka diskus dengan second reader. Borak macam2. Kadang2 aku pi bilik lecturer bukannya diskus projek pon, saje nak melawat diorang. Writing makin improve. Presenting skill pon makin improve. Makin luas pembacaan. Dan aku suka sharing kat orang lain apa yang aku baca dan faham.

Gain knowledge, gain experience and gain good habit.

Well aku cerita ni bukannya nak banggakan diri. Tapi sebagai sharing untuk nak mengubah satu paradigma kat pelajar2 degree yang mengambil FYP secara ‘terpaksa’.

Dan penempatan aku dapat lecturer yang baik bukannya ber’nasib baik’ semata2, tapi cara kita melihat tu adakah ia satu peluang ataupun satu penyekatan. Aku bagi contoh, ada beberapa senior aku yang dapat lecturer yang sama dan tajuk projek pon lebih kurang sama dengan aku, asyek merungut jer tentang fyp nya, pastu condemn sana sini, asyek risau je memanjang, hasil progressnya pon kurang memberangsangkan dan time viva kena hentam macam2 sebab tak prepared well.
Serius aku nak tau, kenapa dia kurang gemar buat dengan apa yang aku seronok buat ni. Adakah benar aku sangat bernasib baik dapat lecturer yang baik dan dapat tajuk yang senang ni?

Tentang FYP yang aku buat ni, aku terangkan secara ringkas dan mudah untuk difahami.
FYP yang aku buat ni sebenarnya sangat mengelirukan kepada ramai guru2 sekolah yang mengajar matematik. Kaitan matematik dengan agama? Kaitan matematik dengan kesenian? Kaitan matematik dengan sejarah?
Serius sangat mengelirukan, sebab tak pernah terfikir pon perkaitan antara perkara2 tu. Namun perkara yang mengelirukan tak semestinya perkara yang susah. Cuma kita tak pernah jumpa jer.
Rata2 masyarakat di Malaysia hanya memandang matematik sebagai satu ilmu berkaitan dengan nombor jer.


Dengar math jer, owhh kena bawak kalkulator dan kira nombor jer. Booooring~~~
math disinonim dengan kalkulator. Tapi saya sangat tidak setuju !!

Tapi tu sebenarnya satu paradigma masyarakat semata2. Hakikatnya, menurut ilmuan silam matematik dilihat sebagai perantaraan sains dengan metafizik (ilmu ketuhanan) yang sarat nilainya, sama ada dari segi kualitatif dan juga kuantitatif. Matlamat terakhir bagi mempelajari matematik adalah untuk mencapai kebahagian dan kesejahteraan hidup dalam menjalani kehidupan di sini. (waaah tulis blog ni dah macam buat thesis la pulak kan)

math =  tranquillity (siapa setuju?)


Bunyi matlamat terakhir tu macam tak leh terima. Tapi serius, tu hanya paradigma yang hanya berfikir tentang logiknya tanpa membuat apa2 pembuktian.
Mungkin korang tak leh terima apa yang aku tulis ni. Tapi, alhamdulilah, menerusi pembacaan dan kajian aku, aku dapat kaitan diantara

Matematik=Islam=Kimia=Sejarah=Sosial=Kesenian=Fizik=Akhlak=Astronomi=etc

note: Siapa tak setuju boleh bertanyakan soalan dan memberi pandangannya.
Siapa yang setuju komen like 100000x

Thursday, November 3, 2011

Wordless 4November










this is the third time i wished.. and on 11november it will be the fourth year my life started to meaningful.. maaann i didnt realize the time is too quickly pass out..

Tuesday, November 1, 2011

Amrullah


 Naquya bersebelahan dengan palestin.

Sabda Rasulullah saw : “Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka. Barangsiapa yg cuba menghampakan mereka,tidak sekali-kali akan dapat melukakan mereka,mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka,sehingga datang keputusan Allah,dan mereka akan tetap sedemikian.”


Maka para sahabat bertanya,“Wahai Rasulullah,dimanakah mereka ini?”


Sabda baginda….“Mereka ini berada di Baitulmaqdis. dan sekitar BaitulMaqdis” [Imam Ahmad]


[lagu ni sentiase menaikkan semangat aku]

Sabda Rasulullah SAW lagi : “Bahawa golongan ini akan tetap menegakkan kebenaran,sehingga pejuang terakhir antara mereka akan berjuang menentang Al Masih Ad Dajjal”[Hadith Abu Daud]


Kakakkkku yang sedang berkhidmat di An Naqurah, , Lebanon. 


note : waahh rasa naaak je join sekali..

Monday, October 31, 2011

Tarbiyah bukan untuk orang manja





Tarbiyah bukan untuk orang manja
Tarbiyah bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa..

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon akhawat sebagai sang isteri,
yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.

Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain..
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta’dil harakh ini dan itu.

Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqo hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.


Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya perlukan dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da’wah,
Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da’wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya....

.

.

Wednesday, October 19, 2011

Adorable Evening



i'll see it in you by the person you are in me and you forever, me and you forever

i'm simple like this, just as simple can be it's me and you forever, me and you forever

i said it before but i got to believe in me and you forever, me and you forever

i wanna see me with the person i am in you and me forever, you and me forever.



5-6pm, walk around outside dewan besar to the padang kawat (parking lot) in raining evening, then see the guardian

Tidak bertegur saudara seislam lebih dari 3 hari.


Islam melarang umatnya dari tidak bertegur sapa dengan sahabat seIslamnya yang lain dek kerana pergaduhan perkara keduniaan lebih dari 3 hari. Antara yang dimaksudkan pergaduhan kerana sebab dunia adalah kerana tanah, harta pusaka, rumah, tanam bunga masuk kawasan jiran, isu pangkat, isu cemburu wanita dan lelaki dan lain-lain yang tidak ada kaitan secara langsung kepada Islam.

Nabi SAW bersabda :


ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ

Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari”
( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)

Kenapa 3 hari?, inilah sifat fitrah dalam kerana Islam. Walaupun Nabi SAW pernah menasihatkan agar jangan marah dalam sabdanya :-


سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ مَاذَا يباعدني من غَضِبِ اللَّهِ عز وجل قال لاَ تَغْضَبْ

Ertinya : Ditanya kepada Rasulullah SAW : Apakah yang menjauhkan aku dari kemurkaan Allah SWT , jawab Nabi : Janganlah kamu marah ”
( Riwayat Ahmad, 2/175)

Walaubagaimanapun, kemarahan tetap tidak dapat dielak secara total, justeru Islam memberikan motivasi dan cara bagaimana cara menangani marah dengan pelbagai cara. Apabila ia berkait dengan orang lain, Islam mengajar kita agar jangan terlalu terbawa-bawa sehingga memutuskan ikatan persaudaraan dan persahabatan hanya kerana kes marah & gaduh tadi.

Imam An-Nawawi menyebutkan :-
تحرم الهجرة بين المسلمين أكثر من ثلاث ليال بالنص وتباح في الثلاث بالمفهوم وإنما عفى عنه في ذلك لأن الآدمي مجبول على الغضب

Ertinya : “Diharamkan tidak bertegur sapa di antara Muslimin ( yang disebabkan punca pergaduhan dunia) lebih dari 3 hari secara jelas dari Nas hadith, dan secara mafhumnya difahami harus untuk melakukan itu (jika perlu) selama 3 hari, dan sesungguhnya dimaafkan sifat demikian kerana manusia sentiasa terbawa-bawa sifat marah”
( Syarah Sohih Muslim, 16/117)

Memang tidak mungkin untuk melenyapkan pergaduhan kerana keduniaan di antara sesama manusia, justeru Islam menggalakkan kemaafan antara satu sama lain.
Islam membenarkan tidak bertegur sapa untuk maksimum 3 hari sebagai memenuhi kehendak fitrah manusia, tetapi tidak lebih dari itu, kerana lebih dari tempoh tersebut akan membawa mudarat kepada ikatan dan keutuhan sesama Islam.

Di dalam kaedah Islam ditegaskan :-


فتقدم المصلحة العامة على الخاصة

Ertinya : “Kepentingan umum sentiasa di dahulukan atas kepentingan peribadi”
( Az-Zakhirah, 2/467 ; Al-I’tisam , As-Syatibi, 2/116 ; Al-Muwafaqat, 2/367)

Justeru, melayani kemarahan dan keegoan diri adalah kepentingan peribadi, jangan sampai ia melewati batas kepentingan umum. Kepentingan umum yang menjadi objektif Islam adalah masyarakat Islam yang berkasih sayang, bantu membantu dan objektif ini akan terhakis jika semua individu melayani kepentingan dan keegoan dirinya dalam hal ini lebih dari 3 hari.
Cuma perlu difahami, jika tidak bertegur sapa kerana berjauhan, kesibukan dan terputus komunikasi sehingga tidak dapat bertegur sapa lebih dari 3 hari, ia tidak termasuk dalam larangan Islam.

Monday, October 10, 2011

9-10-11

klik untuk tumbuh besaran

9 - 10 - 11
tarikh yang sangat cantik, dan malam tadi pon sangaaat cantik

panorama bulan...photo are unedited..

1. jam 8.55 mlm
2. jam 9.30 mlm
3. jam 10.10 mlm

lokasi telok mas, melaka


Subhanallah!!
awan putih seolah-olah mengelilingi bulan pada malam ni...teruja melihatnya...


credit to kawan aku di melaka yang capture gambar ni. aku tak de dslr so kalau amek gambar pon bulan jadi bulat putih jer..

Thursday, October 6, 2011

There is not 'I' in 'team', but there's 'we' in 'weapon'


Laporan minggu keempat Final Year Aku

1.    First of all, 2nd daripada adik beradik aku, abang aku nal telah berjaya melangsungkan perkahwinan pada hari sabtu dan ahad yang lepas dengan Nur Faeza. Aku bawak member2 aku kendurinya hari ahad lepas seramai 10 orang dari upm (Mughti, Hafizudin, Kubeng, Mijea, Kuwe, Dila, Mimi, Mat, Faez Bachok) Mughti dll jeles aku ada adik beradik dan anak sedara yang sangat cerah kulitnya haha.

Malas nak sembang lebih, dulu pon aku seputih diorang pon, cume sekarang ni aku banyak bersukan kan, yang tu jadi gelap kekeke. 


Anyway, tahniah diucapkan kepada pengantin. 
Semoga berbahagia hingga ke syurga



2.    Aku ada plan sekali dengan yati nak tarik sume subjek sem depan ke sem ni dan tinggalkan praktikal jer kat sekolah. Jadi start bulan febuari boleh terus jer praktikal. Yati, dila ali dan jan decided nak praktikal terus sem ni. Amek 20jam kredit untuk sem ni tak ada masalah bagi aku, sebab dulu aku pena amek sampai 21-23 kredit. Boleh jer, tapi bila difikir balek kalau aku amek 20jam kredit tu, aku ada 5 amali = 4 amali subjek + 1 amali projek (Kalau dikira contact hour jadi 29 kredit, 1 amali = 3 jam) Tak payah la, baik aku amek kredit sikit untuk baiki pointer, dan projek aku dikira 6 kredit walaupun aku amik 3 kredit sem ni. Lagipun nak dok kalut abes awal2 buat apa, aku still ada banyak program aku dan perjuangan aku tak abes lagi kat sini. So sem ni aku cume amek 15kredit jer dan tinggalkan 5 kredit untuk sem depan.


3.    Alhamdulillah, bila kita selalu jaga amalan kita, Insya Allah akan bantu kita berubah menjadi lebih disiplin dan lebih efisien dalam gerak kerja duniawi kita ni. Pada setiap petang sabtu aku pi mengajar dekat cyberjaya, ada plan jugak nak sambung mengajar kat shah alam semula hari rabu tapi lum decide lagi. Assignment sume aku siapkan secepat mungkin dan jarang delay kan. Ada masa free je aku selalu pi Inspem sambung writing thesis aku, Dengan Radzi buat meja dia kat inspem cam rumah sendiri lak (siap dengan bantal, baju sume)

 Tengok member2 aku (Radzi,Mughti,MadShah, Is, Yusra dan Mat Apis) sambung master kat jabatan math ni buat aku terasa nak sambung jugak belajar. Tak terfikir lak sepanjang aku belajar kat sini, tapi sejak join geng2 ‘buat bom’ ni ada kalanya selalu membantu aku untuk berfikir lebih jauh dan matang.

Thanks

4.   Pada minggu kedua, aku dan brothers yang berlainan group bergabung menjadi kumpulan besar dan menghadapi exam pada for the first ever paper, dan seminggu selepas itu kami di draft kan kepada new brand dipilih (or randomly), Aku dan baem sahaje dari FB, kami di transfer ke Team Syahmi yang seramai 10 orang, level lebih tinggi dan lebih sukar. Jadi lebih banyak workload yang aku kena beri. Walaubagaimana pun, aku rasakan ni seperti nafas yang baru, new place and new environment.

5.   Pada minggu pertama lagi aku dah jumpa beberapa orang pemuda yang ada potential, jadi pada minggu pertama juga aku rekrut diorang jadi team aku consist of 4 members. Train awal2 lagi bagus. Tak sampai minggu ke3 aku dah start jadual amal (mutabaah amal), agak cepat jugak la bagi sesetengah orang, tapi bila aku nampak diorang ni ada potential tinggi, aku rasa why not kita asah potensi diorang awal2 kan..? Dan 5-6 orang final year aku rekrut untuk assist aku.Walaupun mereka ini ‘kuda tua’ tapi pengalaman mereka still lagi mantop dan banyak membantu aku dalam group ni. Alhamdulillah, golongan pemuda ni bukan sahaja menghidupkan diri dan jiwa mereka, tapi mereka juga menghidupkan suasana sekeliling yang lebih baik. Insya Allah, semoga pemuda2 k6 ni dapat sama2 membangun dan berkembang pesat seperti pemuda2 k13 dan k10 juga.






Theme : 
Evolution - Line In The Sand (motorhead)
It's not ironic, Its obvious & Balance (Skylit drive)