Showing posts with label formspring. Show all posts
Showing posts with label formspring. Show all posts

Monday, December 6, 2010

Tulisan kita bukan untuk memaksa org baca, tapi orang yang akan memaksa kita untuk menulis lagi



Tiap kali aku nak update blog biasanya aku tak de idea sangat nak tulis apa, tapi bila banyak sangat idea sebab banyak buat mende dan sibuk dengan assigment [especially masa minggu exam] masa tu la idea bercurah2.

1 kelemahan aku bila update blog adalah aku mengambil masa yang agak lama untuk nak tulis 1 entry jer. Tapi 1 entry agak panjang sikit. Tak suka kalau update pendek2 dan banyak. Cam sesetengah orang suka update entry "hai korang sume, sya x de idea sgt nk update blog hari ni ok bye"

Seolah2 kita berjumpa dengan seseorang tu dan hanya berkata "Hai ahmad , aku tak da apa2 nak cakap kat ko hari ni. ok la. bye." Wtf man amenda ko cakap ni, kok ye pon tanya la khabar sikit ke. jangan la terus blah je. Tak kan lah 1 hari pon tak de cerita kan.

At least ada la menda nak share info sikit. Kalau nak copy paste artikel pon boleh jer. Jangan la tiru bulat2 jer, paling koman pon mengolah cara tersendiri ya.

Ada seorang bloggers ni tanya aku kat formspring soalannya berbunyi
"tak penat ke taip blog panjang-panjang? mane dapat idea wat entri eh? nak tau tips boleh?=) "
Aku pon jawab
"haa thats is very good question. depends la on the individual to write something that he/she loves and favorites. macam kita ni suka tulis bila ada 1 isu timbul. so banyak la idea bercurah2.. tu kelebihan la kalau salu tulis panjang2, tapi kelemahannya pulak mengambil masa yang agak panjang dan kadang2 tak berapa kosisten. contohnya macam sekarang ni kita tak de idea sangat nak tulis ape"
Formspring ni dah macam mini blog aku dah, bila orang bagi aku soalan or 1 isu, aku suka jawab panjang2 instead of giving very short answer. Setengah orang suka jumlah jawapan yang sangat banyak, ada yang sampai melebihi 3000+. dengan jawapan simple seperti idk, haha, yes, no, =] dan lain2.

Aku ingatkan jawapan aku yang panjang2 ni boring, tapi ramai jugak yang suka kat jawapan panjang2 aku ni. Ada yang respon cara penulisan aku ni membuatkan dia pon nak tulis panjang2 dan banyak pengolahan idea. Ni responnya
Dah, tadi bace sume jawapan lame2 kamu dan entry panjang2. yang tu saya rase inspring nak tulis panjang2 daripada jawap merapu2 jer.

so,thanks atas kesedaran-secara-tak-sengaje tu!=)

anyway, dah bace kat blog..oh, saye stalker yang berjaya. hehe.suke kat style tulisan awak.

Well, 1 jer kelemahan aku ialah, tak konsisten dan mengambil masa yang sangat panjang untuk menulis.


Quotes yang membakar semangat aku untuk menulis
Tulisan kita bukan untuk memaksa org baca,
tapi orang yang akan memaksa kita untuk menulis lagi
-Iskandar Shah Mohd Zawawi

Hurm miss the quotes...


Friday, November 26, 2010

Q&A Formspring [sebarang pertanyaan dialu2kan]



Q : Couple time zaman sekolah, pendapat ? [link]

A : aku tak tau macamane boleh dapat name 'cinta monyet' tapi apa yang aku perhatikan, cinta tu hanya melayan perasaan semate2 dan tak matang langsung.. seronok jer dibuai mimpi ketika bawak kereta, tak sedar ada batu besar kat depan..
jarang yang boleh pergi jauh.. biasanya senarionya lebih kurang macam ni, bercinta kat sekolah macam nak rak, then bile dapat result teruk, mula buat haluan masing2, si balak/awek lak dapat pergi ke oversea/ipta, dia pulak terkandas keje kat fotostat/kedai makan jer,.. agak2 korang kan si balak/awek tu still nak lagi ke? say babai la sebab ada minah/balak lebih layak kat tempat belajar.. [well, im telling by my own observation towards to my friends]

-----------------------------------------

Q : selalunye yang kita dengar arts student study muzik, tapi kalau budak sains study muzik, ada yang cakap susah nak bawak, betul kea? [link]

A : eh ape lak.. aku amek bacelor sains pandai je maen gitar,bass dan piano[piano baru belajar], siap ada band amateur lagi tu.., kosmate2 aku pon terer gak maen gitar. member aku budak sains, ada jer yang menang battle of the band, kalah kan budak2 arts lagi tu..

sape cakap kalau nak pandai musik kena amek ijazah muzik??

muzik ni seni la... mane boleh dipelajari dalam kuliah ataupun lecture note. takyah gi kelas pon boleh pandai musik la

--------------------------------------------

Q : ikut pandangan masyrakat, industri muzik kat malaysia ni susah nak maju. even kite ambil diploma muzik or degree dalam course muzik pun, peluang kerjaya kita tipis dalam bidang tu. apa pandangan korang? [link]

A : music is all about passionate, art and talented. you can't create a song just by learning a lecture note.

nak pandai musik bukan dengan mengambil ijazah muzik ataupun pergi baca nota kuliah. musik adalah bakat kreativiti, bukannya perkara logik yang boleh dipelajari oleh buku sekolah.

so far apa yang aku observe, industri muzik kat m'sia susah nak maju sebab artis2 yang seksi meksi, yang tunjuk aksi2 menghairahkan, yang banyak kontroversi senang dapat tempat berbanding yang betul2 ada bakat seni.. yang tu la m'sia susah nak dapat nama kat antarabangsa.

contoh maher zain, dia mementingkan jiwa yang bersih dan bakat seni semata2, bukannya pentingkan kepalenye yang botak. malah dia lagi baik dari artis m'sia yang hanya mementingkan rupa paras semate2

----------------------------------------

Q : kenapa lelaki suka mencarut ?

A: lelaki yang suka mencarut biasanya mereka rasa mereka kelihatan sangat cool dan macho apabila mereka mencarut. mereka rasa mereka sangat educated apabila mereka menggunakan perkataan yang jarang didengari. mereka rasa vocabulary mereka tinggi dengan menggunakan bahasa inggeris. tapi mereka tak sedar sebenarnya mereka kelihatan sangat tidak bijak.

Kaunter Pertanyaan : Soalan peribadi, aduan, isu semasa atau komen dan kritikan. Sila beri maklumat balas kepada kami.

----------------------------------------------

Soalan2 diatas diambil dari formspring aku, saje nak testing share kat blog. baru aku tau formspring ni boleh share kat blogspot jugak. dan juga facebook.

kebanyakkan member2 aku suka jawap ringkas2, sebab banyak soalan yang datang kan. tapo aku lagi suka jawab panjang2 instead of jawab banyak soalan, ada la isi dan pandangan aku sendiri daripada bagi jawapan simple dan tak de isi.

best pulak formspring aku bila baca balik , sampaikan bila aku jawap dengan panjang lebar, maken ramai lak orang suka tanya. kadang2 tanya pendapat aku tentang isu tentang sosial masyarakat kita,, pendapat golongan gay, pendapat couple, macam2 la.. panjang aku nak elaborate ni.. dah boleh buat 1 entry post.

then ramai lak tertunggu2 soalan diorang bila la nak kuar kat profile aku ni. agaknya sebab aku memilih soalan kowt, yang tu la lambat sikit aku nak jawap hurm..


221 pending kat inbox, 224 jawapan kat page

[sape2 je boleh tanya, yang tak de account formspring tu [anonymous] sila la letak nama selepas soalan, sebab biasanya aku tak layan sangat soalan anonymous tanpa nama]