
Aku terbace satu forum menarik yang direka oleh seorang jejaka dalam GB nih "Ciri-ciri wanita yang disukai lelaki" Lantas aku mengepost satu kata2 hikmah yang aku dapat dari seorang rakan aku amier azrul lalu aku terus mendapat ilham untuk entry mengikut penilaian aku terhadap perempuan, serta huraian mengikut pengalaman aku dan member2 laki aku.
Contoh 1
Contoh 2
Well, anda fikir2kan lah...
Kisah seorang lelaki:Dulu aku banyak buat kesilapan, aku sentiasa rambang mata dan mesti nak target dak perempuan lawa jer(ofkos la mana2 laki pon suke kat perempuan lawa pon kan) Well dapat tu memang dapat (ha3 riak sikit) tapi ia bukanlah seperti yang aku sangkakan. Aku banyak kali tetipu dengan kecantikan luaran. Ku sangkakan cantik kat luar mesti cantik kat dalam, tapi biasanya mesti hampeh. Seperti kotak cantik yang kosong. Ataupun ia seolah2 anda membeli sebuah rumah yang sangat cantik diluarnya, tapi didalamnya bersepah2 dengan tempat pembiakan penagih dadah.
Well aku tak lah maksudkan semua budak perempuan lawa tuh pagai hodoh, jangan silap faham ea. (kang abes la skandal2 aku lari nih he3)Kadang2 orang hodoh pon pagai hodoh gak. tapi tak semua macam tu. Cuma apa yang aku nak sampaikan kat sini, jangan menilai orang melalui luaran semata2.
Sampai sekarang aku masih lagi tertarik dengan seorang dak perempuan yang akhlaknya sangat baik, dan dia sangat menjaga auratnya. Dia tidak mempunyai bakat sangat tapi dia sentiasa ingin belajar. Dia tak skema tapi sikapnya sangat disenangi oleh orang ramai. Dia lebih bijak sedikit berbanding perempuan yang aku kenal sebelum ini, dan itu yang membuatnya dia sangat unik bagiku. Dia ada 3 pakej 'kecantikan' yang aku tulis tu. (dan mungkin 4 kowt) Tatkala sesetengah dak perempuan lain risau tentang berat badan semakin bertambah ataupun masalah perhubungan dengan kawannya2, dia lebih berminat untuk membaca bahan ilmiah dan berfikir. Dan ideanya mesti sangat menarik. Ini adalah salah satu contohnya:
.....dan sampai sekarang ia mampu buat aku terdiam berfikir kata2 nya

