Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Friday, September 16, 2011

Alone but not lonely

Kembali aku ke pengajian aku yang merupakan tahun terakhir, setelah aku mendapat cuti yang terpanjang selepas cuti SPM (6bulan). Despite ramai yang tak sabar nak abes belajar dan terus berkerja, aku pula sangat2 appreciate masa student life ni dan grab sebanyak mana ilmu yang aku boleh sebelum aku melangkah ke dunia perkerjaan. Ramai student kalau boleh nak abeskan secepat mungkin kerana bagi mereka, dapat gaji adalah suatu yang sangat best, namun ramai yang masih tidak sedar kehidupan di sana lebih mencabar berbanding student life.

Adakalanya aku rasa sangat menyesal mengapa tahun terakhir ni la baru aku jadi pengerak, lambat sangat kalau nak dicompare dengan pengerak yang lain jauh lebih muda dari aku (budak asasi lak tu), agak kecewa jugak la mengapa aku tak didedahkan dengan lebih awal. Namun apa yang lepas tu biarkan lepas. Let be gone be gone. Selagi ada masa selagi tu la ada peluang.

Kita hidup ni mesti ada matlamat, kebanyakkan orang matlamatnya hanyalah
abes belajar, dapat kerja, kawin. abes belajar, dapat kerja, kawin. Dan kehidupan seharian mereka pon asyek ulang rutin harian yang sama. Bangun tido, makan, kerja, lepak, tengok movie, shopping, main fesbuk, bukak tweeter pastu tido. Pastu ulang menda same.

Ada sesetengah orang tu lagi parah, bangun tido, bukak fesbuk bukak tweeter main tweet tweet tweet post status post komen post like komen post status sampai dia tido balek.

Tidakkah anda rasa mereka ini seperti robot? Hanya ulang perkara yang sama tiap2 hari dan hanya 'ikut' trend orang ramai sahaja ? Biarkan diri hanyut ikut dunia sahaja tanpa ada rasa tanggung jawab yang perlu diselesaikan..

Anda seorang yang menguasai dunia sekeliling anda, yang ada matlamat untuk mengejutkan orang lain ? Ataupun anda seorang yang dikuasai oleh dunia teknologi yang serba canggih.

Anda fikirkan lah..

Kita hidup ni bukannnya untuk kita seorang sahaja, hanya memikirkan dunia ni untuk diri kita sahaja. Tapi kita harus berfikir bahawa kita hidup di dunia ni adalah untuk orang lain, orang lain yang tak sedar sangat memerlukan orang seperti kita untuk menyedarkan.

Well, perkara ini la yang mengejutkan aku dibuai mimpi selama 20 tahun. Tanggung jawab yang kita ada lebih banyak daripada masa yang diberikan. Okey aku terasa sangat pedas (siapa yang makan cili dia la rasa pedas) selepas sedar yang aku ni banyak membuang masa. Masih banyak lagi perlu diperbaiki diri sendiri.

note : aku tak reti nak kopi pes dari orang lain, apa yang aku tulis selama ni kat blog dan status aku kesemuanya apa yang terlintas kat fikiran aku jer.


  • First time ever sepanjang aku belajar di upm, aku rasa sangaat malas nak p kolej after sem break. Sebelum bukak sem awal2 lagi dah kemas dan pack barang, secara fizikalnya memang dah ready, tapi secara mentalitinya tak ready langsung. Biasanya time abes cuti aku seorang yang sangat tak sabar dan kalau boleh balek kolej cepat2. Seronok jumpe member pastu p program same2. Kali ni member2 sume dah grad, si dia pon dah grad. Owhh aku rindu si wira hijau tu.. Lame tak tengok huuuu
  • Sem lepas time buat projek FYP aku biasanya bergerak as a team of 5 members, so banyak jugak la aku belajar dengan mat and the gang betapa kreatipnya diorang ni. Pergi pelbagai tempat untuk buat projek hantar survey, then collect data dan macam2 lagi. Tapi kali ni aku bergerak sorang2 selepas diorang sume dah grad, kekok pulak bile takde teamwork.         
  • Ramadhan yang lepas aku berasa sangat bersyukur betapa mudahnya aku mendapat makanan yang free sepanjang ramadhan (first time puasa penuh kat rumah since form one selalu puasa kat kolej/asrama), compare dengan ramadhan tahun lepas, makan nasi, telur dadar dengan kicap jer. Nak mewah sikit, kteorang makan ayam masak pedas/lemak/tomyam/dll hasil air tangan kami sendiri. Kalau malas sangat nak masak, kteorang berbuka kat Masjid Putrajaya/Besi. Oowh rindunya zaman2 tu sambil tengok panorama petang2 sebelum berbuka. 
  • Waktu siang sekarang ni aku bergerak solo seperti lone ranger, jarang ada member sekali ikut(mostly kosmate tak sama kelas). aku kembali ke zaman tahun pertama menaiki bas semula dan berjalan kaki ke falkulti. (Since moto tak de dan kereta tak bawak sebab susah parking) Sorang2 jer aku berjalan gi falkulti (hahaha bunyi cam lonely gile) Actually tak de la lonely pon sebab dalam kelas pon boleh gak buat kawan, dalam bas pon boleh.. kat mana2 pon leh buat kawan jugak kan2.  
  • Waktu petang lak different story, since bila dah duduk 1 komuniti kolej ni, kami rase sangat rapat despite lain2 jurusan, lain batch dan lain2 umor. Lebih2 lagi bila blok lelaki cuma ada 1 jer, so lagi kuat la assabiah kami hehe. Different background dan pelbagai ragam orang, tapi masing2 boleh buat kawan, even strangers nak pecah masuk bilek bukan senang sebab masing2 dah kenal, just keluar dari bilek dan bersosial je la. Cuma aku paling heran ada jugak yang asyek dok terperap jer kat bilek buat hal sendiri, tak turun futsal, tak turun surau, malas pi yasin floor, malas join program. Serius la, apa pekdahnya hidup sorang2 ni? Tak de beza dengan duduk gua jer. Tak berkembang otak dok layan dunia sendiri jer.
  • Aku sangat bersyukur pemilihan bilek kali ni sangat randomly dan tak dipilih mengikut jurusan yang sama, baru variety sket (kalau dapat rumet yang sama kos memang boring la, jumpa orang sama kat mane2) Well aku dapat rumet another orang kedah lagi, Azmi budak course final year pertanian pendidikan. First time aku masuk kolej tak yah sapu2 dan bersihkan habuk2, sebab semuanya dah dibuat oleh rumet aku sendiri. Pastu siap beli tikar baru lak tu (tak claim duit pon kat aku, aku bagi pon dia tak nak) Bahagian bilek dia sangaat kemas sehinggakan bahagian aku lak seolah2 mirroring dia(kita mesti terpengaruh sekali) Rajen basuh baju, rajen kemas bilek, rajen belanja orang (kemarin belanje aku satey), rajen ngaji Al-Quran, rajen turun program dll. Tak sangka ada jugak laki cam ni, ada sebahagian orang buat sikit tapi dah bising macam2, tapi ada sebahagian orang buat banyak menda tapi satu menda pon tak cakap. Act is speak louder than words eh ...
  • Still, aku join geng2 ikhwah mohon share ni. Kawan makin bertambah2 bila kita berkawan melalui satu fikrah yang dibawah satu panji islam. Perasaan kawan tu memang berlainan dari kenalan yang kita biasa jumpa. Itu adakalanya aku lebih seronok jumpa geng2 ni daripada dok bilek tak wat per2. Aku rasa title post aku kali ni memang kena tukar la. Sepatutnya 'Not alone anymore but we are unite and together.'

Wednesday, June 8, 2011

Maksud sebenar " Lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal"




Baru baru ni aku ada terbaca post salah seorang blogger perempuan mengenai tajuk diatas. Dah abis baca, tapi still tak dapat jawapan mengenai lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal.
Kalau la benar lelaki mempunyai 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal, kenapa

  1. Golongan perempuan di kebanyakkan IPT jauh lebih ramai daripada lelaki, sehinggakan menjadi 3/4 daripada penuntut di IPT? Adakah perempuan lebih bernafsu kerana nafsu 9nya terhadap buku2, lecture note sehinggakan bernafsu melihat pensyarah lelaki yang dah tua botak ditengah kepalanya ?
  2. Golongan lelaki lebih ramai di pusat serenti ? Adakah mereka lebih bijak dalam menjadi doktor kepada diri sendiri daripada perempuan kerana 9 akalnya ?
  3. Golongan lelaki lebih ramai menceburi bidang rempit daripada perempuan ? Adakah kerana 9 akalnya menyebabkan mereka terfikir mereka tak mampu nak mati shahid di palestin, lalu mereka mati 'shahid' di jalan yang tinggi [highway] ?
Anda rasa logik tak?

Namun ramai di antara kita yang masih kerap membuat tuduhan dan pendapat yang melulu. Dikatakan lelaki itu lebih menggunakan nafsu kerana lelaki adalah kaum pervert dan kaki rogol. Kalau nak ikutkan nisbah nafsu lelaki : perempuan adalah 1:9, tetapi kenapa pula dalam isu semasa lelaki tidak dapat mengawal 'satu' nafsunya?

Perempuan pula dituduh seorang yang bodoh dan 'jenis yang mudah' kerana mempunyai 1 akal. Hurmm

Member aku pena cakap "sebab tu la lelaki pandai kelentong dan perempuan pandai kena kelentong"
Walaupun ada benarnya member aku cakap, tapi aku tak rasa ia dari disebabkan "9akal lelaki dan 1akal perempuan"

Kalau nak diterjemahkan melalui google translator, ataupun direct translate, memang la menjadi 'lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 1 akal 9 nafsu. '

Hakikat sebenarnya, kalau ditafsir oleh imam Ghazali adalah
“Lelaki diciptakan Allah mempunyai 9 rasional 1 emosi dan perempuan diciptakan Allah mempunyai 1 rasional 9 emosi”.

1. Kepimpinan. [Leadership]

Antara kelebihan 9 rasional yang Allah kurniakan kepada lelaki adalah kepimpinan yang lebih baik. Dalam membuat keputusan, lelaki lebih rasional, jarang mengikut kata hati dan perasaan seperti perempuan. Walaupun tekanan menghimpitnya, mereka masih lagi dapat berfikir secara rasional. Tak cepat emo, tu la sebabnya lelaki boleh jadi pemimpin yang baik.

Bayangkan kalau kuasa talak diberikan kepada perempuan, asal silap paham sikit terus nak emo2 mintak cerai. Kan talak still dikira walaupun dilafaz tanpa niat, yang tu bahayanya kalau perempuan diberi kuasa talak. Maunya tiap-tiap hari suami diceraikan oleh bininya.

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita”.

Sama dengan perkahwinan juga, kenapa mesti lelaki kena jadi wali, bukannya perempuan? Ini kerana lelaki lebih tegas dan lebih rasional dalam pemilihan menantunya. Lelaki lebih tengok kriteria menantunya dan kalau boleh nak yang betul2 berkualiti untuk menjadi suami anaknya.

Beza dengan perempuan, cube bayangkan anak perempuannya asyek menangis jer, merayu nak sangat2 dipekanankan oleh mat bangla karpet. Si ibu merasa sangat kesian dan simpati. Perempuan kan mudah tersentuh. Jadi dalam kes2 yang serius seperti ini sangat diperlukan untuk lelaki membuat keputusan yang rasional, dan tidak bersangkut dengan apa2 emosi. No hard feelings ok..

"Kenapa lelaki bila tengah fikir mesti kena diam eh?" tanya seorang perempuan
Sebab itu la lelaki sangat disinonimkan dengan 'diam' dan tidak bersuara. Apabila lelaki dalam mood diam, dia sedang berfikir dan sedang memilih dan membuat keputusan tanpa melibatkan apa2 emosi. Sangat fokus, sehingga nak bercakap mengenai perkara dia fikir pon tak mampu dikhuatiri terganggu.

"Khalis bila tengok cicak pon boleh tiba2 diam" ujar kakak aku mengenai suaminya.


2. Emosi dan naluri

Kalau dari segi kepimpinan tadi, 9 emosi perempuan merupakan kelemahan bagi perempuan dan tidak boleh handle masalah sebaik lelaki. Namun begitu, 9 emosi ini la merupakan kekuatan bagi perempuan yang tidak ada pada lelaki, yang menjadikan mereka ibu dan isteri yang kuat. Malah lebih kuat daripada lelaki dari segi emosi dan empati.

"Lelaki kalau boleh mengandung dan beranak pun, hanya sekali dalam seumur hidup sahaja" ujar cikgu khadijah, guru biologi aku ketika sekolah

Pada waktu itu, aku langsung tak paham apa yang cekgu aku maksudkan itu. Sekali dalam seumur hidup? Bukan ke lelaki ni gagah dan kuat? Takkan tak tahan kot. Mana boleh. Lelaki kuat laa..

Jawapannya, Ya. Walaupun secara fizikal lelaki lebih kuat dari perempuan, namun dari segi emosi lelaki tak mampu nak menyamai perempuan.


Pernah tak masa korang tengah demam, korang bagitau mak korang dan mak korang menjawab "haaa padan muke engkaooo... pandai pandai la engkaoo gi kelinik sendiri"

Pernah tak ? Pernah tak ?

Aku bet kerat jari korang tak pena dengar nya. Sejahat-jahat perempuan tu sekali pon, akan ada rasa simpati kepada anaknya.

"kessiannnye, demam teruk ke ni ? macamane boleh demam ni ? ada makan ubat tak? alahaai kesiannye, meh mak tolong anta gi sepital jumpa dokter" then paranoid kat semua benda termasuk la kucing depan rumah pon kena marah.

Kerana emosi dan naluri inilah wanita dipilih Allah untuk menjadi ibu yang menjaga dan menyokong sebuah keluarga. Sudah tentu, dengan penuh kasih sayang. Seorang ibu sanggup berjaga setiap malam demi menyusukan seorang anak yang dicintai sepenuh hati. Biarlah tidurnya tidak cukup asalkan si kecil tidur dalam kekenyangan. Ketika melahirkan pula, nyawanya dipertaruhkan dan segala rasa sakit lenyap sebaik saja terdengar tangisan si anak. Sekali lagi, emosilah yang menghilangkan rasa sakit tersebut.

Aku tak lupa bagaimana Mak menggagahkan diri untuk sediakan makanan kami sekeluarga walaupun ketika itu Mak dalam keadaan sakit. Tak pernah sekalipun Mak abaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan isteri walau dalam apa jua keadaan. Semua ini pastinya berlaku kerana rasa cinta dan kasihnya terhadap sebuah keluarga

Emosi itulah kelayakan untuk seorang manusia hamil.

Emosi untuk sabar dengan berat dan payahnya 9 bulan mengandung. Emosi untuk membelai, memberi makan kepada kandungan seperti memberi makan kepada diri sendiri. Emosi yang kerana emosi itulah, alam bayi di dalam kandungan digelar ALAM RAHIM, iaitu ‘alam kasih sayang’.

Kasih sayang yang sulit untuk ditemui dalam jiwa lelaki, biar pun fizikalnya sasa dan mentalnya berkuasa.


Lelaki dan Perempuan kedua2nya sekali mempunyai kelebihan dan kelemahan masing2. Walaupun kedua2 jantina ini mempunyai sifat yang berbeza, namun ia saling melengkapi antara satu sama lain dan saling memerlukan. 


Firman Allah : Lelaki adalah pelindung bagi perempuan, dan perempuan adalah pelindung bagi lelaki.

-------------------------------------------------
[sebarang aku tulis ni adalah hasil kajian dan pembacaan aku sendiri mengenai '9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal', aku masih lagi belum dapat kaji yang selebih 8 itu, pada sapa2 yang nak sambung or nak tambah idea aku, boleh la berkongsi idea disini yea]





[1 post ni aku amik masa 2 hari untuk menulis]

Friday, November 5, 2010

Kecantikan seorang wanita mengikut pandangan seorang lelaki (42comments)





"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya,

Akal mengatakan wanita cantik atas dasar
ilmu dan
kepandaiannya

Hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya,

Dan iman mengatakan wanita cantik atas dasar agamanya"


Aku terbace satu forum menarik yang direka oleh seorang jejaka dalam GB nih "Ciri-ciri wanita yang disukai lelaki" Lantas aku mengepost satu kata2 hikmah yang aku dapat dari seorang rakan aku amier azrul lalu aku terus mendapat ilham untuk entry mengikut penilaian aku terhadap perempuan, serta huraian mengikut pengalaman aku dan member2 laki aku.

Dan hasilnya,forum itu menjadi menarik pulak. Dan makin ramai yang membincangkan apa yang menarik dimata lelaki yang sebenar. Well lain orang lain pendapat, tapi kata2 aku diatas nimemang ada kebenarannya.

Dan ia mengikut apa pesepsi lelaki itu ( mahupun perempuan sekali),


bak kata omputih "what you see is what you get".


Contoh 1
Seorang lelaki itu hanya melihat perempuan melalui kecantikan semata2, tidak lain tidak bukan mesti adalah untuk nafsunya. Dan dia bangga dengan kecantikan milik pasangannya dan dia menunjukkan kepada kawan2nya (biasa la laki, mesti nak tunjuk hebat sikit kat member) Dan apa yang dia dapat hanya la keseronokan duniawi semata2(kapel sana sini), bukan kah keseronokkan terlahir dari nafsu?

Contoh 2
Seorang lelaki melihat seorang perempuan itu dari segi sudut agama dan akhlaknya, dan dia memilih berdasarkan hati dan imannya. Ofkos mesti la dia nak mengadakan hubungan halal dengan mengahwini perempuan tersebut.Dan niatnya adalah untuk menjadi pasangan hingga ke syurga. Adakah logik dia memilih perempuan tersebut adalah untuk nak ikut trend kapel dak remaja zaman sekarang dan romen sana sini?

Well, anda fikir2kan lah...


Kisah seorang lelaki:
Dulu aku banyak buat kesilapan, aku sentiasa rambang mata dan mesti nak target dak perempuan lawa jer(ofkos la mana2 laki pon suke kat perempuan lawa pon kan) Well dapat tu memang dapat (ha3 riak sikit) tapi ia bukanlah seperti yang aku sangkakan. Aku banyak kali tetipu dengan kecantikan luaran. Ku sangkakan cantik kat luar mesti cantik kat dalam, tapi biasanya mesti hampeh. Seperti kotak cantik yang kosong. Ataupun ia seolah2 anda membeli sebuah rumah yang sangat cantik diluarnya, tapi didalamnya bersepah2 dengan tempat pembiakan penagih dadah.

Well aku tak lah maksudkan semua budak perempuan lawa tuh pagai hodoh, jangan silap faham ea. (kang abes la skandal2 aku lari nih he3)Kadang2 orang hodoh pon pagai hodoh gak. tapi tak semua macam tu. Cuma apa yang aku nak sampaikan kat sini, jangan menilai orang melalui luaran semata2.


Sampai sekarang aku masih lagi tertarik dengan seorang dak perempuan yang akhlaknya sangat baik, dan dia sangat menjaga auratnya. Dia tidak mempunyai bakat sangat tapi dia sentiasa ingin belajar. Dia tak skema tapi sikapnya sangat disenangi oleh orang ramai. Dia lebih bijak sedikit berbanding perempuan yang aku kenal sebelum ini, dan itu yang membuatnya dia sangat unik bagiku. Dia ada 3 pakej 'kecantikan' yang aku tulis tu. (dan mungkin 4 kowt) Tatkala sesetengah dak perempuan lain risau tentang berat badan semakin bertambah ataupun masalah perhubungan dengan kawannya2, dia lebih berminat untuk membaca bahan ilmiah dan berfikir. Dan ideanya mesti sangat menarik. Ini adalah salah satu contohnya:


small mind~talk about people
average mind~ talk about themselves
big mind~ talk about ideas


.....dan sampai sekarang ia mampu buat aku terdiam berfikir kata2 nya

[post asal pada 10/2/2010, 42 komen, dikarang oleh fariz danialz]

Saturday, August 21, 2010

Kes Lynette Lincoln : Umat islam tak diajar untuk mencarut agama lain


gmbar ni aku dah banyak kali tengok kat fb sblum ni.. sangat pantas dan cepat jer berita panas ni tersebar kt email dn blog. Pada mulanya aku tak nak masuk campur sangat tapi bila dah ramai yang menyebarkan kat gengbloger.com dan website blog2 yang lain, aku rasa kita patut amik tindakan yang sewajarnya, bukannya membakar kemarahan umat islam kepada golongan bukan islam.

(aku upload gambar ni pun bukannya nak menyebarkan gambar ni tapi untuk nak bagi tegur sama2 kita supaya jangan bertindak perkara yang kurang bijak .)


(picture have been edit for smaller size and cut into half for those yang tahu pasal berita ni, yang tak tau sila teruskan membaca)

pada pendapat aku setelah aku melihat dan memantau komen orang2 yang dah start carut marut dan marah2 kepada orang tu, aku
tak rasa ia satu penyelesaian untuk orang itu berhenti dan menyesal diatas tindakannya itu.
bahkan ia boleh menyebabkan kemarahan seluruh umat islam di malaysia ini. Kebanyakkan orang islam tu sendiri menunjukkan
kebodohan mereka sendiri dengan mencarut sana sini.
Dimana kata tidak pernah sesekali pun
nabi muhammad s.a.w mengajar umatnya untuk mencarut dengan kata2 kesat. Even nabi muhammad s.a.w tak pernah ajar umatnya membakar gereja ataupun bergaduh sambil mencarut ke orang kristian, tapi ada segelintir umat islam yang tak cukup ilmu untuk mengutarakan pandangan sungguh memburukkan lagi keadaan dan memberi imej yang teruk ke nama Islam.
Mungkin benar kata mereka "
just bunch of faggot muslim in malaysia..." haa kan kita dah kena malu.


Kita marah2 dia , pastu carut marut dan pulaukan dia kat facebook pun apa yang kita dapat dari dia?
1.dia terus insaf dan berjanji tak berbuat lagi?
2.dia terus bertaubat dan berminat untuk mendalami ilmu islam dan mempunyai potensi untuk menganut agama islam?
3.ataupun dia terus senyap dan tak berbuat apa2.. (dan
kemungkinan dia memburuk2kan islam secara diam2)

umat islam seharusnya bertindak bijak. bukannya bertindak membuta tuli maki seranah sani sini.

Aku tak cakap kita tak boleh marah, tapi marah kena ada
ilmunya dan tempatnya. Bukannya sasuke ati jer nak mare2 kat mane2. Dan daripada kita marah kat orang yang membuat demikian, baik kita marah kat nafsu kita yang telah lama berkubu dihati kita.