Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Tuesday, November 2, 2010

Dengan hanya sedikit kesabaran, anda mampu menyelamatkan banyak perkara



1. Selasa, hari kedua dalam study week. Start semester ni upm buat jadual peperiksaan tak bagi langsung gap kat student. Lepas paper first aku, keesokkan ada paper math method [subjek ultimate] Then lepas tu 1 hari ada 2 paper berat [complex analysis dan programming]. Adoii..

Nasib aku agak baik jugak la. Ada kawan aku, syarina a.k.a nana lagi la sian. 4 paper dalam 1 hari ! [vector-complex-programming-kemahiran bfikir] huih. tak sanggup aku, naseb baek la vector aku tak yah kena repeat paper. Bersyukur jugak la.. Khamis lepas aku pas abes jawab solid state pon dah rase longlai. Tu baru 1 paper. Lum lagi paper lain.

Kadang2 aku tak paham la, kenapa la kena buat exam pack sampai 1 minggu. SPM pon tak de macam ni. Nak kalut gi mane pon aku tak tau. Wat naye ke pelajar jer. Cuti depabali ada exam. Cuti raya haji pon ada exam. Amenda la bahagian akademi ni susun jadual periksa. Sian pelajar yang dapat exam rapat2 gila...


2. Apa yang terjadi kita sekarang adalah apa yang kita buat semalam(or lebih dari tu). Cam lagu scorpions, what you give you get back. Mungkin sebab ada benda tak sepatutnya jadi tiba2 terkena kat kita, yang tu kita marah.

Memang mudah kita salah kan orang bila terjadi tu, sebab orang tu yang buat. Tapi kita kena jugak check kita apa salah yang kita buat. Susah nak nampak sebab tak semua menda Allah nak tunjukkan kita dengan jelas. Ada silap kita yang menyebabkan perkara tu terjadi, walaupun bukan salah kita. Dengan hanya sedikit kesabaran, kita mampu menyelamatkan banyak benda.

Mungkin sesetengah orang rasa masalah belum selesai. Tapi bagi aku, bila kedua2 pihak dah mula toleransi dan tak de dendam, tokse la nak ungkit2 lagi. Let gone be gone. We alright. And there no problem. Let start the new start, shall we?


3. Tahun ni team bola tampar aku tak berjaya masuk ke peringkat final. Sebab pertamanya persaingannya sangat sukar dan taktik serangannya sangat kuat. Dulu kami johan boleh la sebab bersaing antara falkulti FPP sahaja. Sebab keduanya kami terlalu bergantung kat keupayaan individu pada 1 posisi [kelemahan ketika serang] Contohnya, Siang a.k.a slamdunk menjadi tukang spike dan aku jadi tukang set [assist spike]. Bila kami 2 dalam gerakan menyerang, ia menyebabkan posisi dibelakang kosong, dan menyebabkan opponent mudah mengutip mata selepas mereka berjaya defend bola kami. Hurm...


4. Haha makin nak exam, makin gila la geng2 anney nih. Masa ni la nak tengok wayang la, maen futsal la, jamming la, gi berkelah kat sungai tengkala, main counterstrike la, memancing la, bbq kat balai ilmu, gi new zealand dan blah3. Then team bola tampar ajak wat reunion lak esok hurm. Enjoy sikit2 boleh, tapi tak sume aku ikut. Huih aku memang tak leh ikut sangat la sebab aku pon bukan study sangat awal2.

Petang tadi, ain ajak cat banting, ok fine sebab 2 memang keje aku, aku kena siapkan la cepat2. Lepas aku dan nadirah siap cat, aku berazam nak stop sume menda dan focus kat study dulu.


5. Aku tak tau sejak bila gitar kat bilek aku jadi makin banyak dan bilek dah jadi port jamming pulak haha. Seronok diorang maen lagu ramai2. Dah jadi cam pusat hiburan lak dengan game GTA kat desktop mughti. Then lagu so far away tiba2 jadi popular, dan member aku ijat bersungguh2 nak maen bass pastu jamming same2. Haihh pelik betol aku time awal sem sume malas, bile nak final la sume menda nak buat huu..

Lantas aku tampal notis ni ka pintu bilek aku.
hahaha



note : tiap kali update mesti panjang2. makin sibuk, makin banyak cite.

Tuesday, August 31, 2010

Tips 1 : Bagaimana mengelak kerja bertangguh?




Tips 1 : Bagaimana mengelak kerja bertangguh?

..


Ada seorang pernah bertanya kepada ku "Macamana nak jadi cam hang eh ? keje salu siap awal dan jarang tangguh2 kerja cam aku", Terkejut aku. Ada jugak orang cakap kerja aku siap awal. Aku pun tak pernah rasa yang aku ni bukan procrastinator. Even nak buat entri yang ni pun aku tangguh2 sampai lewat malam.

"Eh aper lak, biasanya aku malas2 ko tak nampak lak, bila time aku rajin sikit baru ko pasan" Kata detik hati ku, bukan senang nak lawan nafsu malas ni. Untuk menjadi seorang individu muslim yang cemerlang dunia dan akhirat, seseorang itu seharusnya menentang sekeras2nya sikap nafsu malasnya.
Oleh sebab itu, kalau kita menangguhkan kerja yang sedia ada, kerja baru lak akan datang bertimbun2. Kerja yang sedia ada pun belum mahir dan terer, datang pulak kerja baru yang kita langsung tak faham.


Menangguhkan kerja merupakan perkara biasa yang dialami oleh seorang pelajar mahupun pekerja. Tak kesah la sama ada kita di sekolah, universiti ataupun dimana2 industri pekerjaan, tekanan kerja yang bertimbun2 tetap akan datang kepada kita.

Well aku akan memberikan tips2 mengelakkan diri dari kerja bertangguh setelah aku baca beberapa artikel majalah dan juga sebuah buku motivasi tentangnya. Ia merupakan nasihat yang amat berguna kepada korang sume (termasuk aku sekali)


Tips Mengelakkan diri dari kerja bertangguh..


1. MULAKAN SEKARANG JUGA (DO IT NOW)

bak kata pepatah cina "Perjalanan jauh bermula dengan langkah pertama" Apabila anda telah memulakan sesuatu kerja, barulah anda akan nampak jaln dan masalah yang dihadapi.

Tiap kali anda rasa ragu2 dan bertangguh2 nak buat suatu task tu, jeritla WOI !BUAT SEKARANG !! dalam hati sekuat2,bangkit dari angan2 mimpi dan dan tanpa fikir panjang2 terus jer buat.
Kalau anda rasa cam tertangguh 1 task semasa anda membaca entri ni, terus stop bace sekarang dan siapkan apa yang kena siapkan dulu.


2.First Thing First
Ada dua ciri menda yang kita kena selesaikan dulu : kerja yang datang dulu dan kerja yang mudah diselesaikan.

Sementara kerja yang panjang dan rumit, pecahkan kepada beberapa bahagian supaya senang nak selesaikan. Mulakan dengan bahagian pertama. Kemudian teruskan ke bahagian lain tanpa rasa jemu.

Bayangkan jentolak yang kecil start dengan naik gunung yang tinggi dan beso untuk tolak tanah yang paling atas sedikit demi sedikit. Dalam masa 2 3 tahun gunung yang gagah tu mampu dibelah dan ada highway kat tengah. Tu la orang cakap, sikit2 lame2 jadi bukit.



3. Manfaatkan Masa Pendek
Kita sentiasa mempunyai banyak ruang masa yang pendek diantara 2 kerja beso.
Gunakan masa ni dengan menda2 bermanfaat. Contohnya bangun awal sebelum subuh. Sementara nak tunggu semayang subuh kita bolehlah siapkan banyak task dalam masa singkat tu. Ataupun masa menunggu lecturer masuk kuliah ataupun menunggu bas/LRT pun banyak menda kita boleh buat dalam masa sekejap tu.



4. Things To Do Today
Tak nak kelam kabut otak, buat shortlist kerja2 dulu.

Shortlist menda yang kena buat hari ni dan letak kat board bilik korang biar korang ingat sikit. Then potong bila task tu dah siap selesaikan dan bawak ke hari esok kerja yang belum siap tu.
[Image]

Shortlist tu biar la letak tempat yang kita biasa lihat, tapi jangan la jadikan tempat kegunaan menda lain seperti mouse pad..


5. Asingkan task2 menjadi 4 kategori
I :PS (Penting dan kena siapkan sekarang)Contoh : Assingment yang kena hantar esok, mesti sampai tempat kerja tepat pukul 8pagi, anto kawan yang tibe2 sawan ke hospital dll

II : PT (Penting tapi boleh ditangguhkan)Contoh : Study untuk exam 2 bulan depan, siapkan report program, baso baju, main futsal dan ragbi. Beli bahan masakan mingguan dll

III : KS (Kurang penting tapi kena buat sekarang)Contoh : Baca paper, post entri blog, tengok match bola, masak untuk member yang tengah lapo, makan, gosok gigi, mandi, berak dan kebanyakan menda basic yang urgent.. tak buat tak pe, tapi kalau nak buat kena la on time.. (tu pun kena pikir ka)

IV : KT (Kurang penting dan boleh ditangguhkan)Contoh : Shopping beli baju, main gitar, tengok katon tak pekdah, main farmville, main fishville, main fesbukville, main gem dll.
Dalam 4 kategori ni kita seharusnya bijak mengkategorikan task2 yang kita kena selesaikan. Ikut suka hati korang la nak transfer kan task2 yang mana lagi sesuai mengikut keadaan dan keperluan. Sebagai contoh, kita harus meletakan study dalam kategori PT bermaksud kita kena study dari awal2 lagi, bukannya dalam kategori PS iaitu study last minit.






Haa ni baru tips yang pertama. Ada lagi tips2 aku belum masukkan. Jadi nanti2kan sambungan yang kedua pula. =]