Showing posts with label upm. Show all posts
Showing posts with label upm. Show all posts

Friday, September 16, 2011

Alone but not lonely

Kembali aku ke pengajian aku yang merupakan tahun terakhir, setelah aku mendapat cuti yang terpanjang selepas cuti SPM (6bulan). Despite ramai yang tak sabar nak abes belajar dan terus berkerja, aku pula sangat2 appreciate masa student life ni dan grab sebanyak mana ilmu yang aku boleh sebelum aku melangkah ke dunia perkerjaan. Ramai student kalau boleh nak abeskan secepat mungkin kerana bagi mereka, dapat gaji adalah suatu yang sangat best, namun ramai yang masih tidak sedar kehidupan di sana lebih mencabar berbanding student life.

Adakalanya aku rasa sangat menyesal mengapa tahun terakhir ni la baru aku jadi pengerak, lambat sangat kalau nak dicompare dengan pengerak yang lain jauh lebih muda dari aku (budak asasi lak tu), agak kecewa jugak la mengapa aku tak didedahkan dengan lebih awal. Namun apa yang lepas tu biarkan lepas. Let be gone be gone. Selagi ada masa selagi tu la ada peluang.

Kita hidup ni mesti ada matlamat, kebanyakkan orang matlamatnya hanyalah
abes belajar, dapat kerja, kawin. abes belajar, dapat kerja, kawin. Dan kehidupan seharian mereka pon asyek ulang rutin harian yang sama. Bangun tido, makan, kerja, lepak, tengok movie, shopping, main fesbuk, bukak tweeter pastu tido. Pastu ulang menda same.

Ada sesetengah orang tu lagi parah, bangun tido, bukak fesbuk bukak tweeter main tweet tweet tweet post status post komen post like komen post status sampai dia tido balek.

Tidakkah anda rasa mereka ini seperti robot? Hanya ulang perkara yang sama tiap2 hari dan hanya 'ikut' trend orang ramai sahaja ? Biarkan diri hanyut ikut dunia sahaja tanpa ada rasa tanggung jawab yang perlu diselesaikan..

Anda seorang yang menguasai dunia sekeliling anda, yang ada matlamat untuk mengejutkan orang lain ? Ataupun anda seorang yang dikuasai oleh dunia teknologi yang serba canggih.

Anda fikirkan lah..

Kita hidup ni bukannnya untuk kita seorang sahaja, hanya memikirkan dunia ni untuk diri kita sahaja. Tapi kita harus berfikir bahawa kita hidup di dunia ni adalah untuk orang lain, orang lain yang tak sedar sangat memerlukan orang seperti kita untuk menyedarkan.

Well, perkara ini la yang mengejutkan aku dibuai mimpi selama 20 tahun. Tanggung jawab yang kita ada lebih banyak daripada masa yang diberikan. Okey aku terasa sangat pedas (siapa yang makan cili dia la rasa pedas) selepas sedar yang aku ni banyak membuang masa. Masih banyak lagi perlu diperbaiki diri sendiri.

note : aku tak reti nak kopi pes dari orang lain, apa yang aku tulis selama ni kat blog dan status aku kesemuanya apa yang terlintas kat fikiran aku jer.


  • First time ever sepanjang aku belajar di upm, aku rasa sangaat malas nak p kolej after sem break. Sebelum bukak sem awal2 lagi dah kemas dan pack barang, secara fizikalnya memang dah ready, tapi secara mentalitinya tak ready langsung. Biasanya time abes cuti aku seorang yang sangat tak sabar dan kalau boleh balek kolej cepat2. Seronok jumpe member pastu p program same2. Kali ni member2 sume dah grad, si dia pon dah grad. Owhh aku rindu si wira hijau tu.. Lame tak tengok huuuu
  • Sem lepas time buat projek FYP aku biasanya bergerak as a team of 5 members, so banyak jugak la aku belajar dengan mat and the gang betapa kreatipnya diorang ni. Pergi pelbagai tempat untuk buat projek hantar survey, then collect data dan macam2 lagi. Tapi kali ni aku bergerak sorang2 selepas diorang sume dah grad, kekok pulak bile takde teamwork.         
  • Ramadhan yang lepas aku berasa sangat bersyukur betapa mudahnya aku mendapat makanan yang free sepanjang ramadhan (first time puasa penuh kat rumah since form one selalu puasa kat kolej/asrama), compare dengan ramadhan tahun lepas, makan nasi, telur dadar dengan kicap jer. Nak mewah sikit, kteorang makan ayam masak pedas/lemak/tomyam/dll hasil air tangan kami sendiri. Kalau malas sangat nak masak, kteorang berbuka kat Masjid Putrajaya/Besi. Oowh rindunya zaman2 tu sambil tengok panorama petang2 sebelum berbuka. 
  • Waktu siang sekarang ni aku bergerak solo seperti lone ranger, jarang ada member sekali ikut(mostly kosmate tak sama kelas). aku kembali ke zaman tahun pertama menaiki bas semula dan berjalan kaki ke falkulti. (Since moto tak de dan kereta tak bawak sebab susah parking) Sorang2 jer aku berjalan gi falkulti (hahaha bunyi cam lonely gile) Actually tak de la lonely pon sebab dalam kelas pon boleh gak buat kawan, dalam bas pon boleh.. kat mana2 pon leh buat kawan jugak kan2.  
  • Waktu petang lak different story, since bila dah duduk 1 komuniti kolej ni, kami rase sangat rapat despite lain2 jurusan, lain batch dan lain2 umor. Lebih2 lagi bila blok lelaki cuma ada 1 jer, so lagi kuat la assabiah kami hehe. Different background dan pelbagai ragam orang, tapi masing2 boleh buat kawan, even strangers nak pecah masuk bilek bukan senang sebab masing2 dah kenal, just keluar dari bilek dan bersosial je la. Cuma aku paling heran ada jugak yang asyek dok terperap jer kat bilek buat hal sendiri, tak turun futsal, tak turun surau, malas pi yasin floor, malas join program. Serius la, apa pekdahnya hidup sorang2 ni? Tak de beza dengan duduk gua jer. Tak berkembang otak dok layan dunia sendiri jer.
  • Aku sangat bersyukur pemilihan bilek kali ni sangat randomly dan tak dipilih mengikut jurusan yang sama, baru variety sket (kalau dapat rumet yang sama kos memang boring la, jumpa orang sama kat mane2) Well aku dapat rumet another orang kedah lagi, Azmi budak course final year pertanian pendidikan. First time aku masuk kolej tak yah sapu2 dan bersihkan habuk2, sebab semuanya dah dibuat oleh rumet aku sendiri. Pastu siap beli tikar baru lak tu (tak claim duit pon kat aku, aku bagi pon dia tak nak) Bahagian bilek dia sangaat kemas sehinggakan bahagian aku lak seolah2 mirroring dia(kita mesti terpengaruh sekali) Rajen basuh baju, rajen kemas bilek, rajen belanja orang (kemarin belanje aku satey), rajen ngaji Al-Quran, rajen turun program dll. Tak sangka ada jugak laki cam ni, ada sebahagian orang buat sikit tapi dah bising macam2, tapi ada sebahagian orang buat banyak menda tapi satu menda pon tak cakap. Act is speak louder than words eh ...
  • Still, aku join geng2 ikhwah mohon share ni. Kawan makin bertambah2 bila kita berkawan melalui satu fikrah yang dibawah satu panji islam. Perasaan kawan tu memang berlainan dari kenalan yang kita biasa jumpa. Itu adakalanya aku lebih seronok jumpa geng2 ni daripada dok bilek tak wat per2. Aku rasa title post aku kali ni memang kena tukar la. Sepatutnya 'Not alone anymore but we are unite and together.'

Saturday, December 25, 2010

Orang yang kalut adakalanya nampak sangat kelakar, tapi mereka lebih banyak berjaya dari orang biasa


Menjadi seorang yang agak cool calm, jarang kalut dan tidak terburu2 membuat keputusan kelebihannya adalah kita dapat mengawal emosi supaya sentiasa tenang dalam pelbagai situasi pun. Jarang melenting dan tidak cemas jika ada sesuatu yang berlaku. Jarang respon dengan spontan dan reaktif. Depend kat neuroticism seseorang tu.

Neuroticism adalah kecenderungan seseorang itu untuk mengalami emosi yang tidak menyenangkan seperti marah, cemas ataupun kalut. Ciri2 golongan yang tinggi neuroticism ni adalah sensetif dan nervous. Bertentangan dengan ciri2 tenang dan penyabar. Cek link ni. Wikipedia Big 5

Namun kalau bersikap terlalu tenang dan tak de langsung perasaan kalut kadang2 tak membantu dalam sesetengah perkara. Bila peluang muncul dengan tiba2, tapi tak mengambil dengan terburu2, kadang2 sangat merugikan. Kalau ada apa2 yang meragukan aku, ataupun kerja/peluang aku datang tiba2 dan aku kena bertindak on the spot, aku jarang amik port dan tak amik tindakan dengan segera. Kalau aku sempat buat pun, aku jarang buat dengan kelam kabut dan relax-pelan2 kayuh. [tapi tak bermaksud aku ni seorang suka mengambil mudah]

Biasanya orang selalu salah anggap golongan yang 'relax-cool' ni suka sangat take for granted. Sebab golongan ni terlalu relax dan tak suka tension2. Jadi tak nampak cam bersungguh dalam banyak perkara. Perahsia dan tak suka heboh2kan usaha yang mereka lakukan. Orang yang pandai menilai jer tahu kesungguhan mereka.

Yah [kakak aku] dan ijat sanjou [member upm/pure math aku] adalah salah seorang yang agak kalut dan selalu buat keputusan yang terburu2. Cam yah bile last minit boleh tiba2 buat keputusan nak pergi kenduri kawen membernya kat JB dengan menaiki bas sorang2 dan tengah2 malam. Even mase trip dia pergi new zealand pun, tengahari nak gerak nak flight pagi tu baru nak packing barang. Macam balek kampung New zealand kat pahang jer huhu.

Ijat busut pulak, seorang yang agak kelam kabut dalam semua hal dan sentiase jadi bahan kutuk dan gelak member2 kami tentang kalutnya. Sesetengah member2 sangat rimas bila dia dok kalut pinjam nota orang, gi kaco member study dengan tanya soklan pelik2, then tak abes2 bekap liverpool yang busut. Ada sekali tu mase training bola [dia 1st keeper UPM], kena gelak dengan member2 sebab dok kalut baca nota kat tengah2 padang. Bagi aku dia seorang yang lawak tentang kalutnya. Setengah orang tak suka pagai kalut2 ni, tapi aku seronok dok kaco orang cam ni ha3. [haha jangan mare member]

Apa yang aku perhatikan lah, walaupun orang yang kalut dan suka buat keputusan terburu2 ni agak menjengkelkan, mereka biasanya lebih banyak mengambil peluang berbanding dengan orang lain. Dan diorang biasanya lebih berjaya berbanding dari orang biasa. Itu dari sudut positif yang aku nampak.

Pernah buat Big 5 personaliti test tak? Aku suka buat ujian personaliti, dan banyak kali gak aku buat dengan variety test. Bila kita mengenal diri kita dengan lebih jauh lagi, kita boleh memahami kita ni jenis orang yang macamane. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing2.

Ni salah satu contoh result aku. Banyak website yang buat test ni, korang cari la mane2. Kalau korang buat test dari pelbagai website pun, peratus tak banyak beza untuk setiap personaliti.

Extroversion|||||||||||||||||70%
Orderliness||||38%
Emotional Stability||||||||||||||||||||88%
Accommodation|||||||||||||60%
Inquisitiveness

|||||||||||||

63%

Big Five Test Results
Extroversion (70%) high which suggests you are overly talkative, outgoing, sociable and interacting at the expense too often of developing your own individual interests and internally based identity.
Accommodation (60%) moderately high which suggests you are, at times, overly kind natured, trusting, and helpful at the expense of your own individual development (martyr complex)
Orderliness (38%) low which suggests you are overly flexible, random, scattered, and fun seeking at the expense too often of structure, reliability, work ethic, and long term accomplishment.
Emotional Stability (88%) very high which suggests you are very relaxed, calm, secure, and confident.
Inquisitiveness (63%) medium which suggests you are moderately intellectual, curious, and imaginative.

Strength : Very stable emotional, doesn't get into pressure easily.

Weakness : Overly flexible and not optimist enough. better fix that anyway. Patut la aku kena saman baru2 ni, tak suka ikut peraturan. Takpe2, at least menda tu buat aku rase nak change for better discipline.



Link yang aku bagi kat atas ni agak simple dan senang jer soalan dia, ada 25 soalan jer. Ada test big 5 ni sampai 500 soalan lebih [mak aihh banyak giille] Lepas korang  buat test ni. post la result kat komen bawah ni [ataupun kat blog korang pon ok, bagi link la boleh aku respon nanti]



Tuesday, November 2, 2010

Dengan hanya sedikit kesabaran, anda mampu menyelamatkan banyak perkara



1. Selasa, hari kedua dalam study week. Start semester ni upm buat jadual peperiksaan tak bagi langsung gap kat student. Lepas paper first aku, keesokkan ada paper math method [subjek ultimate] Then lepas tu 1 hari ada 2 paper berat [complex analysis dan programming]. Adoii..

Nasib aku agak baik jugak la. Ada kawan aku, syarina a.k.a nana lagi la sian. 4 paper dalam 1 hari ! [vector-complex-programming-kemahiran bfikir] huih. tak sanggup aku, naseb baek la vector aku tak yah kena repeat paper. Bersyukur jugak la.. Khamis lepas aku pas abes jawab solid state pon dah rase longlai. Tu baru 1 paper. Lum lagi paper lain.

Kadang2 aku tak paham la, kenapa la kena buat exam pack sampai 1 minggu. SPM pon tak de macam ni. Nak kalut gi mane pon aku tak tau. Wat naye ke pelajar jer. Cuti depabali ada exam. Cuti raya haji pon ada exam. Amenda la bahagian akademi ni susun jadual periksa. Sian pelajar yang dapat exam rapat2 gila...


2. Apa yang terjadi kita sekarang adalah apa yang kita buat semalam(or lebih dari tu). Cam lagu scorpions, what you give you get back. Mungkin sebab ada benda tak sepatutnya jadi tiba2 terkena kat kita, yang tu kita marah.

Memang mudah kita salah kan orang bila terjadi tu, sebab orang tu yang buat. Tapi kita kena jugak check kita apa salah yang kita buat. Susah nak nampak sebab tak semua menda Allah nak tunjukkan kita dengan jelas. Ada silap kita yang menyebabkan perkara tu terjadi, walaupun bukan salah kita. Dengan hanya sedikit kesabaran, kita mampu menyelamatkan banyak benda.

Mungkin sesetengah orang rasa masalah belum selesai. Tapi bagi aku, bila kedua2 pihak dah mula toleransi dan tak de dendam, tokse la nak ungkit2 lagi. Let gone be gone. We alright. And there no problem. Let start the new start, shall we?


3. Tahun ni team bola tampar aku tak berjaya masuk ke peringkat final. Sebab pertamanya persaingannya sangat sukar dan taktik serangannya sangat kuat. Dulu kami johan boleh la sebab bersaing antara falkulti FPP sahaja. Sebab keduanya kami terlalu bergantung kat keupayaan individu pada 1 posisi [kelemahan ketika serang] Contohnya, Siang a.k.a slamdunk menjadi tukang spike dan aku jadi tukang set [assist spike]. Bila kami 2 dalam gerakan menyerang, ia menyebabkan posisi dibelakang kosong, dan menyebabkan opponent mudah mengutip mata selepas mereka berjaya defend bola kami. Hurm...


4. Haha makin nak exam, makin gila la geng2 anney nih. Masa ni la nak tengok wayang la, maen futsal la, jamming la, gi berkelah kat sungai tengkala, main counterstrike la, memancing la, bbq kat balai ilmu, gi new zealand dan blah3. Then team bola tampar ajak wat reunion lak esok hurm. Enjoy sikit2 boleh, tapi tak sume aku ikut. Huih aku memang tak leh ikut sangat la sebab aku pon bukan study sangat awal2.

Petang tadi, ain ajak cat banting, ok fine sebab 2 memang keje aku, aku kena siapkan la cepat2. Lepas aku dan nadirah siap cat, aku berazam nak stop sume menda dan focus kat study dulu.


5. Aku tak tau sejak bila gitar kat bilek aku jadi makin banyak dan bilek dah jadi port jamming pulak haha. Seronok diorang maen lagu ramai2. Dah jadi cam pusat hiburan lak dengan game GTA kat desktop mughti. Then lagu so far away tiba2 jadi popular, dan member aku ijat bersungguh2 nak maen bass pastu jamming same2. Haihh pelik betol aku time awal sem sume malas, bile nak final la sume menda nak buat huu..

Lantas aku tampal notis ni ka pintu bilek aku.
hahaha



note : tiap kali update mesti panjang2. makin sibuk, makin banyak cite.

Tuesday, October 26, 2010

Life is too short to waste time hating anyone.





Salam
Pejam celik pejam, dah minggu ke 14, minggu yang terakhir untuk semester aku yang ke 5 ini. Cepat jer masa. Aku pon tak ingat bila kali terakhir aku post entry blog. Sedar2 dah 5 minggu update, diatas sebab2 kekangan masa dan masalah connection ini.



1.Connection internet yang aku pakai ni adalah server uspot. Server ini baru je diperbaikpulih dan masih ada lagi sedikit2 masalah. Contohnya, kadang2 uspot tak boleh bukak google dan yahoo. Fine, tak pe la. Aku tak kisah sangat kalau tak dapat bukak. However, yang aku herannya, facebook boleh lak bukak dupolopat jam. Ada sekali tu aku sangat la urgent nak bukak gmail ataupun yahoomail (aku ada 2 email) sebab nak amik attachment assingment latex dari member aku. Sekali dua2 email tu server down memanjang, jenuh jugak la aku asyek refresh jer. Last2 aku p library jer. Dan website paling laju kalau bukak kat upm ni adalah = facebook.



2,Sepanjang sem ni aku sangat la sibuk sampai kan ada segelintir terasa. Aku mengambil lebihan kredit pada sem ni. Kebanyakkan kelas aku pada waktu petang. Dan aku juga mengambil kokurikulum pada hari sabtu (3rd year baru nak amek huhu) Untuk komitmen aku terhadap ragbi selama 3 tahun langsung tak de untuk sem ni, sangat susah aku nak turun training dan match. Disebabkan kelas petang aku tu subjek ultimate jugak (solid state), tak leh ponteng la. Tahniah la sebab berjaya ke separuh akhir, Insya Allah sem depan aku join balik. Dan tahniah juga kepada pasukan bola sebab berjaya johan 2 kali. Proud of it because i was in the team before.



3.Masa tengah sebuk2 dengan assigment, test dan presentation, ni banyak pulak idea aku nak tulis sampai bercurah2. Bila tak sibuk tak de pulak idea. Sem ni banyak pulak presentation(pnp, real analysis, koko, f.school etc), jadi aku boleh la sampaikan idea yang bercurah2 ni kat depan orang ramai. Semakin banyak aku tampil ke depan, semakin aku rasa sangat seronok. Sampaikan orang selalu ingat apa yang aku cakap, dan aku pulak selalu lupa yang aku cakap. Aku ni seorang pelupa, sangat rugi kalau aku tak amek note pengalaman yang penting dan tak amik hikmah. Next time kena write down..



4. [edited]

9 likes



Kita sesama manusia memang la tak leh terlepas dari perselisihan faham antara 1 sama lain, jadi apa yang terjadi tu let go jer la. Tak perlu nak simpan dalam hati. Bersikap professional la, takkan la nak asyek gado jer dengan menda remeh temeh. Toleransi la kan. Disebabkan menda yang kecik, sanggup putus ramai kawan.

Buat apa la nak hidup benci membenci dengan nak gado sana sini. Tak de pekdah nya. Banyak menda lain nak buat. Hidup ni terlalu singkat untuk membenci orang. Kan3 ??

Seperti quote aku di facebook : Life is too short to waste time hating anyone.


5. Takyah la gado2. Haa main gitar lagi best kan2...
Baru2 ni aku dengan bazli jamming lagu secondheart beat (ax7)
huih best tu riff lagu ni. Lagi best bila part main dual harmonic riff. Bazli maen rhythm, aku main lead.
Haa aku suka part ni. zacky dengan syn buat dual solo same2



6.Sori sangat2 tak jumpa lagi baby lagi. Ayahcik sebok sangat, ada 1 hari nak balik tapi nenek pulak balik kampong. Insya Allah ayahcik balik secepat mungkin eh