Showing posts with label ikhwah. Show all posts
Showing posts with label ikhwah. Show all posts

Friday, September 16, 2011

Alone but not lonely

Kembali aku ke pengajian aku yang merupakan tahun terakhir, setelah aku mendapat cuti yang terpanjang selepas cuti SPM (6bulan). Despite ramai yang tak sabar nak abes belajar dan terus berkerja, aku pula sangat2 appreciate masa student life ni dan grab sebanyak mana ilmu yang aku boleh sebelum aku melangkah ke dunia perkerjaan. Ramai student kalau boleh nak abeskan secepat mungkin kerana bagi mereka, dapat gaji adalah suatu yang sangat best, namun ramai yang masih tidak sedar kehidupan di sana lebih mencabar berbanding student life.

Adakalanya aku rasa sangat menyesal mengapa tahun terakhir ni la baru aku jadi pengerak, lambat sangat kalau nak dicompare dengan pengerak yang lain jauh lebih muda dari aku (budak asasi lak tu), agak kecewa jugak la mengapa aku tak didedahkan dengan lebih awal. Namun apa yang lepas tu biarkan lepas. Let be gone be gone. Selagi ada masa selagi tu la ada peluang.

Kita hidup ni mesti ada matlamat, kebanyakkan orang matlamatnya hanyalah
abes belajar, dapat kerja, kawin. abes belajar, dapat kerja, kawin. Dan kehidupan seharian mereka pon asyek ulang rutin harian yang sama. Bangun tido, makan, kerja, lepak, tengok movie, shopping, main fesbuk, bukak tweeter pastu tido. Pastu ulang menda same.

Ada sesetengah orang tu lagi parah, bangun tido, bukak fesbuk bukak tweeter main tweet tweet tweet post status post komen post like komen post status sampai dia tido balek.

Tidakkah anda rasa mereka ini seperti robot? Hanya ulang perkara yang sama tiap2 hari dan hanya 'ikut' trend orang ramai sahaja ? Biarkan diri hanyut ikut dunia sahaja tanpa ada rasa tanggung jawab yang perlu diselesaikan..

Anda seorang yang menguasai dunia sekeliling anda, yang ada matlamat untuk mengejutkan orang lain ? Ataupun anda seorang yang dikuasai oleh dunia teknologi yang serba canggih.

Anda fikirkan lah..

Kita hidup ni bukannnya untuk kita seorang sahaja, hanya memikirkan dunia ni untuk diri kita sahaja. Tapi kita harus berfikir bahawa kita hidup di dunia ni adalah untuk orang lain, orang lain yang tak sedar sangat memerlukan orang seperti kita untuk menyedarkan.

Well, perkara ini la yang mengejutkan aku dibuai mimpi selama 20 tahun. Tanggung jawab yang kita ada lebih banyak daripada masa yang diberikan. Okey aku terasa sangat pedas (siapa yang makan cili dia la rasa pedas) selepas sedar yang aku ni banyak membuang masa. Masih banyak lagi perlu diperbaiki diri sendiri.

note : aku tak reti nak kopi pes dari orang lain, apa yang aku tulis selama ni kat blog dan status aku kesemuanya apa yang terlintas kat fikiran aku jer.


  • First time ever sepanjang aku belajar di upm, aku rasa sangaat malas nak p kolej after sem break. Sebelum bukak sem awal2 lagi dah kemas dan pack barang, secara fizikalnya memang dah ready, tapi secara mentalitinya tak ready langsung. Biasanya time abes cuti aku seorang yang sangat tak sabar dan kalau boleh balek kolej cepat2. Seronok jumpe member pastu p program same2. Kali ni member2 sume dah grad, si dia pon dah grad. Owhh aku rindu si wira hijau tu.. Lame tak tengok huuuu
  • Sem lepas time buat projek FYP aku biasanya bergerak as a team of 5 members, so banyak jugak la aku belajar dengan mat and the gang betapa kreatipnya diorang ni. Pergi pelbagai tempat untuk buat projek hantar survey, then collect data dan macam2 lagi. Tapi kali ni aku bergerak sorang2 selepas diorang sume dah grad, kekok pulak bile takde teamwork.         
  • Ramadhan yang lepas aku berasa sangat bersyukur betapa mudahnya aku mendapat makanan yang free sepanjang ramadhan (first time puasa penuh kat rumah since form one selalu puasa kat kolej/asrama), compare dengan ramadhan tahun lepas, makan nasi, telur dadar dengan kicap jer. Nak mewah sikit, kteorang makan ayam masak pedas/lemak/tomyam/dll hasil air tangan kami sendiri. Kalau malas sangat nak masak, kteorang berbuka kat Masjid Putrajaya/Besi. Oowh rindunya zaman2 tu sambil tengok panorama petang2 sebelum berbuka. 
  • Waktu siang sekarang ni aku bergerak solo seperti lone ranger, jarang ada member sekali ikut(mostly kosmate tak sama kelas). aku kembali ke zaman tahun pertama menaiki bas semula dan berjalan kaki ke falkulti. (Since moto tak de dan kereta tak bawak sebab susah parking) Sorang2 jer aku berjalan gi falkulti (hahaha bunyi cam lonely gile) Actually tak de la lonely pon sebab dalam kelas pon boleh gak buat kawan, dalam bas pon boleh.. kat mana2 pon leh buat kawan jugak kan2.  
  • Waktu petang lak different story, since bila dah duduk 1 komuniti kolej ni, kami rase sangat rapat despite lain2 jurusan, lain batch dan lain2 umor. Lebih2 lagi bila blok lelaki cuma ada 1 jer, so lagi kuat la assabiah kami hehe. Different background dan pelbagai ragam orang, tapi masing2 boleh buat kawan, even strangers nak pecah masuk bilek bukan senang sebab masing2 dah kenal, just keluar dari bilek dan bersosial je la. Cuma aku paling heran ada jugak yang asyek dok terperap jer kat bilek buat hal sendiri, tak turun futsal, tak turun surau, malas pi yasin floor, malas join program. Serius la, apa pekdahnya hidup sorang2 ni? Tak de beza dengan duduk gua jer. Tak berkembang otak dok layan dunia sendiri jer.
  • Aku sangat bersyukur pemilihan bilek kali ni sangat randomly dan tak dipilih mengikut jurusan yang sama, baru variety sket (kalau dapat rumet yang sama kos memang boring la, jumpa orang sama kat mane2) Well aku dapat rumet another orang kedah lagi, Azmi budak course final year pertanian pendidikan. First time aku masuk kolej tak yah sapu2 dan bersihkan habuk2, sebab semuanya dah dibuat oleh rumet aku sendiri. Pastu siap beli tikar baru lak tu (tak claim duit pon kat aku, aku bagi pon dia tak nak) Bahagian bilek dia sangaat kemas sehinggakan bahagian aku lak seolah2 mirroring dia(kita mesti terpengaruh sekali) Rajen basuh baju, rajen kemas bilek, rajen belanja orang (kemarin belanje aku satey), rajen ngaji Al-Quran, rajen turun program dll. Tak sangka ada jugak laki cam ni, ada sebahagian orang buat sikit tapi dah bising macam2, tapi ada sebahagian orang buat banyak menda tapi satu menda pon tak cakap. Act is speak louder than words eh ...
  • Still, aku join geng2 ikhwah mohon share ni. Kawan makin bertambah2 bila kita berkawan melalui satu fikrah yang dibawah satu panji islam. Perasaan kawan tu memang berlainan dari kenalan yang kita biasa jumpa. Itu adakalanya aku lebih seronok jumpa geng2 ni daripada dok bilek tak wat per2. Aku rasa title post aku kali ni memang kena tukar la. Sepatutnya 'Not alone anymore but we are unite and together.'

Friday, August 26, 2011

Bayangkan jika Barcelona tumpas kepada Kelab Liga Perdana Malaysia, Telekom Melaka


Hampir 2 bulan lebih aku tak update blog ni. Dengan alasan aku sudah ada kumpulan private 'mohon share' yang mengantikan blog update aku ini. Tambahan pula, kata2 aku di lidah lebih pantas daripada jari aku yang menaip, menyebabkan otak menjadi blank kejap apabila tempo kena slow mengikut tangan. Ceeeh.



Tapi apa salahnya kalau aku kongsi sedikit kat sini kan? Daripada aku 'update' kat kumpulan mohon share aku dengan hanya berkata2, update dengan menulis dan menaip lebih lama dan tampak lebih kekal daripada bercakap.

Lagipun manusia kan mudah lupa, otak yang dikurniakan oleh Allah bukan dicipta untuk menyimpan memori semata2. Munyet pon boleh simpan memori pisang kaler apa yang paling bes. Tapi Allah ciptakan otak kepada manusia adalah berfikir, yang lebih besar peranannya daripada mana2 makhluk.

Segagah2 singa yang paling kuat mengaum di rimba pun, mampu ditundukkan oleh manusia dengan menjadi bahan lawak di sarkas. Hebat tak otak manusia ??

Nasi tambah lagi...

Panjang pulak intro aku ni kan. Bak kate kawan aku "Haaaih asyek nak makan nasi tambah jer"

Tak habes2 aku kena amaran kad kuning tiap kali intro aku melebihi masa agenda utama yang nak disampaikan. Saja nak melambat2kan masa, apa nak heran nya ? Ni kan taktik bola sepak yang feymes kat EPL kan - Delay Game. Entah kenapa Mesia macam tak familiar pulak dengan taktik ni.

Lalu di kubur

Ahad lepas aku ada 1 program touring yang sangat best. Program touring ala2 explore race, tapi versi ramadhan. Memandangkan kami berpuasa, jadi buat separuh hari saja (mampuih la nak lari kesana kemari sehari suntuk) Sebelum M.I.A, kami diberi sedikit briefing tentang program dan diberi sedikit pengisian bagi memantapkan iman bagi mengharungi cabaran mengesat peluh yang membasahi dahi dek panas terik.

Mission nya dengan berjalan kaki dari Setiawangsa[masjid muaz jabal] kemudian bergerak ke AU [masjid Ansar] dengan task mengedar flies sambil menjawab soalan yang diberikan. Entah macamane kami boleh tersalah baca map dan tersimpang jauh masuk ke highway DUKE. Tak cukup dengan tu, ku sangka kan panas terik hingga ke petang, rupanya hujan di tengah perjalanan 'sesat' kami. 
Peta yang Pening

Kerana menyangka kami group yang last sampai, alang-alang baju dah basah kami teruskan perjalanan dengan berlari tanpa singgah mana-mana. Memang jaguh lari tak benti. Tah kenape hujan tak berjaya mematahkan semangat kami berlari malah membuatkan kami semakin semangat memperjuangkan dan menegakkan Islam seperti para sahabat berperang ketika dahulu (cewah)

Mengelat

Elok-elok je dah sampai rupanya ada group yang tak sampai lagi, group awang yang berhenti rehat tanpa kena hujan sambil menunggu orang escort mereka dengan kereta. Ceeeet...

Banyak lagi perkara2 menarik dalam program2 kumpulan mohon share ni. Adalah sangat berbeza antara orang yang dah merasai dengan orang yang hanya mendengar cerita sahaja. Jadi join la kami jika ada can.


Ok la, dalam hidup ni apa yang penting kita grab sebanyak mana pengalaman dan ilmu, berbanding 'cite' je lebih. Apa la guna kalau hidup dah lama kemudian travel banyak tempat tanpa amek apa2 pun sebagai ibarah dan pengajaran... Betul tak?

Jadi, aku nak tulis sedikit fakta sejarah yang aku ingat dari program tu. At least aku bukan tulis kosong je kan tapi ada sedikit pengisian.

Fakta Perang Badar

  1. 313 orang Islam di outnumbered mentang 1000 askar orang kafir Quraisy.
  2. Pihak islam mase tu langsung tak bersedia pon nak berperang. Awal2 nabi saw ajak mereka untuk menghalang orang kafir jer
  3. Perang yang pertama ni juga berlaku pada (10 ramadhan) bulan ramadhan yang pertama diwajibkan mereka berpuasa Bayangkan kalau kita first time berpuasa macamane.. Larat tak ? Pastu diajak berperang.
  4. Dalam 313 orang islam hanya ada 2 bilah pedang jer, yang lain pakai ranting kayu dan pelapah pokok tamar. Manakalan opposition pula dilengkapi senjata, dan armor baju besi.
  5. Pihak islam hanya ada 70unta dan 3 kuda jer, jadi setiap 3-4orang akan bergilir2 naik unta/kuda tu. Manakala pihak kafir setiap sorang lengkap dengan 1 unta/kuda
  6. Makanan pihak islam hanyalah 1 biji tamar yang dikongsi 2 orang untuk setiap kali makan. Itu pon mase sahur dan mase berbuke puasa.
Ini adalah decisive battle, iaitu perang ketentuan umat islam. Kalau dibaca keenam2 fakta ni dan difikirkan bersama2 mengikut akal, sangat tak logik. Boleh dibandingkan seperti Team TNB Kelantan Liga Perdana Malaysia(Liga Bawahan) menentang First Line-up Manchester United (Non-friendly Match) Kalau anda main PES/FIFA pon, anda nak tak pakai team TNB Kelantan ni??

Tapi percaya lah, fakta sejarah tak menipu. Even fakta sejarah dari pihak opposition pon sangat tepat dengan fakta sejarah Islam. 313 orang Islam menang menentang 1000 orang Kafir Quraisy dengan bantuan 1000 Malaikat yang bersama2 dengan orang islam.

Secara jujurnya, aku sangat2 hairan (dan kagum) bagaimana para sahabat sangat2 beriman dan percaya kemenangan tu akan berpihak ke Islam, membatasi akal logik manusia yang akan selalu mengatakan 'The Big Team' akan sentiasa menang whatsoever. Aku main futsal lawan team hebat pon morale down kowtt..

Kalau la nak diuji dengan iman kita sekarang ni,,,,

..........adakah kita ni golongan yang lari dari perang ?

.........ataupun golongan yang menegakkan agama Islam walaupun fizikal/mental kita sangat outnumbered ?


Wallahualam