Baru baru ni aku ada terbaca post salah seorang blogger perempuan mengenai tajuk diatas. Dah abis baca, tapi still tak dapat jawapan mengenai lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal.
Kalau la benar lelaki mempunyai 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal, kenapa
- Golongan perempuan di kebanyakkan IPT jauh lebih ramai daripada lelaki, sehinggakan menjadi 3/4 daripada penuntut di IPT? Adakah perempuan lebih bernafsu kerana nafsu 9nya terhadap buku2, lecture note sehinggakan bernafsu melihat pensyarah lelaki yang dah tua botak ditengah kepalanya ?
- Golongan lelaki lebih ramai di pusat serenti ? Adakah mereka lebih bijak dalam menjadi doktor kepada diri sendiri daripada perempuan kerana 9 akalnya ?
- Golongan lelaki lebih ramai menceburi bidang rempit daripada perempuan ? Adakah kerana 9 akalnya menyebabkan mereka terfikir mereka tak mampu nak mati shahid di palestin, lalu mereka mati 'shahid' di jalan yang tinggi [highway] ?
Perempuan pula dituduh seorang yang bodoh dan 'jenis yang mudah' kerana mempunyai 1 akal. Hurmm
Member aku pena cakap "sebab tu la lelaki pandai kelentong dan perempuan pandai kena kelentong"
Walaupun ada benarnya member aku cakap, tapi aku tak rasa ia dari disebabkan "9akal lelaki dan 1akal perempuan"
Hakikat sebenarnya, kalau ditafsir oleh imam Ghazali adalah
“Lelaki diciptakan Allah mempunyai 9 rasional 1 emosi dan perempuan diciptakan Allah mempunyai 1 rasional 9 emosi”.
1. Kepimpinan. [Leadership]
Antara kelebihan 9 rasional yang Allah kurniakan kepada lelaki adalah kepimpinan yang lebih baik. Dalam membuat keputusan, lelaki lebih rasional, jarang mengikut kata hati dan perasaan seperti perempuan. Walaupun tekanan menghimpitnya, mereka masih lagi dapat berfikir secara rasional. Tak cepat emo, tu la sebabnya lelaki boleh jadi pemimpin yang baik.
Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita”.
Kalau dari segi kepimpinan tadi, 9 emosi perempuan merupakan kelemahan bagi perempuan dan tidak boleh handle masalah sebaik lelaki. Namun begitu, 9 emosi ini la merupakan kekuatan bagi perempuan yang tidak ada pada lelaki, yang menjadikan mereka ibu dan isteri yang kuat. Malah lebih kuat daripada lelaki dari segi emosi dan empati.
"Lelaki kalau boleh mengandung dan beranak pun, hanya sekali dalam seumur hidup sahaja" ujar cikgu khadijah, guru biologi aku ketika sekolah
Pada waktu itu, aku langsung tak paham apa yang cekgu aku maksudkan itu. Sekali dalam seumur hidup? Bukan ke lelaki ni gagah dan kuat? Takkan tak tahan kot. Mana boleh. Lelaki kuat laa..
Jawapannya, Ya. Walaupun secara fizikal lelaki lebih kuat dari perempuan, namun dari segi emosi lelaki tak mampu nak menyamai perempuan.
Firman Allah : Lelaki adalah pelindung bagi perempuan, dan perempuan adalah pelindung bagi lelaki.












