Tapi apa salahnya kalau aku kongsi sedikit kat sini kan? Daripada aku 'update' kat kumpulan mohon share aku dengan hanya berkata2, update dengan menulis dan menaip lebih lama dan tampak lebih kekal daripada bercakap.
Lagipun manusia kan mudah lupa, otak yang dikurniakan oleh Allah bukan dicipta untuk menyimpan memori semata2. Munyet pon boleh simpan memori pisang kaler apa yang paling bes. Tapi Allah ciptakan otak kepada manusia adalah berfikir, yang lebih besar peranannya daripada mana2 makhluk.
Segagah2 singa yang paling kuat mengaum di rimba pun, mampu ditundukkan oleh manusia dengan menjadi bahan lawak di sarkas. Hebat tak otak manusia ??
Nasi tambah lagi...
Panjang pulak intro aku ni kan. Bak kate kawan aku "Haaaih asyek nak makan nasi tambah jer"
Tak habes2 aku kena amaran kad kuning tiap kali intro aku melebihi masa agenda utama yang nak disampaikan. Saja nak melambat2kan masa, apa nak heran nya ? Ni kan taktik bola sepak yang feymes kat EPL kan - Delay Game. Entah kenapa Mesia macam tak familiar pulak dengan taktik ni.
Ahad lepas aku ada 1 program touring yang sangat best. Program touring ala2 explore race, tapi versi ramadhan. Memandangkan kami berpuasa, jadi buat separuh hari saja (mampuih la nak lari kesana kemari sehari suntuk) Sebelum M.I.A, kami diberi sedikit briefing tentang program dan diberi sedikit pengisian bagi memantapkan iman bagi mengharungi cabaran mengesat peluh yang membasahi dahi dek panas terik.

Kerana menyangka kami group yang last sampai, alang-alang baju dah basah kami teruskan perjalanan dengan berlari tanpa singgah mana-mana. Memang jaguh lari tak benti. Tah kenape hujan tak berjaya mematahkan semangat kami berlari malah membuatkan kami semakin semangat memperjuangkan dan menegakkan Islam seperti para sahabat berperang ketika dahulu (cewah)
Elok-elok je dah sampai rupanya ada group yang tak sampai lagi, group awang yang berhenti rehat tanpa kena hujan sambil menunggu orang escort mereka dengan kereta. Ceeeet...
Banyak lagi perkara2 menarik dalam program2 kumpulan mohon share ni. Adalah sangat berbeza antara orang yang dah merasai dengan orang yang hanya mendengar cerita sahaja. Jadi join la kami jika ada can.
Ok la, dalam hidup ni apa yang penting kita grab sebanyak mana pengalaman dan ilmu, berbanding 'cite' je lebih. Apa la guna kalau hidup dah lama kemudian travel banyak tempat tanpa amek apa2 pun sebagai ibarah dan pengajaran... Betul tak?
Jadi, aku nak tulis sedikit fakta sejarah yang aku ingat dari program tu. At least aku bukan tulis kosong je kan tapi ada sedikit pengisian.
- 313 orang Islam di outnumbered mentang 1000 askar orang kafir Quraisy.
- Pihak islam mase tu langsung tak bersedia pon nak berperang. Awal2 nabi saw ajak mereka untuk menghalang orang kafir jer
- Perang yang pertama ni juga berlaku pada (10 ramadhan) bulan ramadhan yang pertama diwajibkan mereka berpuasa Bayangkan kalau kita first time berpuasa macamane.. Larat tak ? Pastu diajak berperang.
- Dalam 313 orang islam hanya ada 2 bilah pedang jer, yang lain pakai ranting kayu dan pelapah pokok tamar. Manakalan opposition pula dilengkapi senjata, dan armor baju besi.
- Pihak islam hanya ada 70unta dan 3 kuda jer, jadi setiap 3-4orang akan bergilir2 naik unta/kuda tu. Manakala pihak kafir setiap sorang lengkap dengan 1 unta/kuda
- Makanan pihak islam hanyalah 1 biji tamar yang dikongsi 2 orang untuk setiap kali makan. Itu pon mase sahur dan mase berbuke puasa.

















