Wednesday, June 8, 2011

Maksud sebenar " Lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal"




Baru baru ni aku ada terbaca post salah seorang blogger perempuan mengenai tajuk diatas. Dah abis baca, tapi still tak dapat jawapan mengenai lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal.
Kalau la benar lelaki mempunyai 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal, kenapa

  1. Golongan perempuan di kebanyakkan IPT jauh lebih ramai daripada lelaki, sehinggakan menjadi 3/4 daripada penuntut di IPT? Adakah perempuan lebih bernafsu kerana nafsu 9nya terhadap buku2, lecture note sehinggakan bernafsu melihat pensyarah lelaki yang dah tua botak ditengah kepalanya ?
  2. Golongan lelaki lebih ramai di pusat serenti ? Adakah mereka lebih bijak dalam menjadi doktor kepada diri sendiri daripada perempuan kerana 9 akalnya ?
  3. Golongan lelaki lebih ramai menceburi bidang rempit daripada perempuan ? Adakah kerana 9 akalnya menyebabkan mereka terfikir mereka tak mampu nak mati shahid di palestin, lalu mereka mati 'shahid' di jalan yang tinggi [highway] ?
Anda rasa logik tak?

Namun ramai di antara kita yang masih kerap membuat tuduhan dan pendapat yang melulu. Dikatakan lelaki itu lebih menggunakan nafsu kerana lelaki adalah kaum pervert dan kaki rogol. Kalau nak ikutkan nisbah nafsu lelaki : perempuan adalah 1:9, tetapi kenapa pula dalam isu semasa lelaki tidak dapat mengawal 'satu' nafsunya?

Perempuan pula dituduh seorang yang bodoh dan 'jenis yang mudah' kerana mempunyai 1 akal. Hurmm

Member aku pena cakap "sebab tu la lelaki pandai kelentong dan perempuan pandai kena kelentong"
Walaupun ada benarnya member aku cakap, tapi aku tak rasa ia dari disebabkan "9akal lelaki dan 1akal perempuan"

Kalau nak diterjemahkan melalui google translator, ataupun direct translate, memang la menjadi 'lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 1 akal 9 nafsu. '

Hakikat sebenarnya, kalau ditafsir oleh imam Ghazali adalah
“Lelaki diciptakan Allah mempunyai 9 rasional 1 emosi dan perempuan diciptakan Allah mempunyai 1 rasional 9 emosi”.

1. Kepimpinan. [Leadership]

Antara kelebihan 9 rasional yang Allah kurniakan kepada lelaki adalah kepimpinan yang lebih baik. Dalam membuat keputusan, lelaki lebih rasional, jarang mengikut kata hati dan perasaan seperti perempuan. Walaupun tekanan menghimpitnya, mereka masih lagi dapat berfikir secara rasional. Tak cepat emo, tu la sebabnya lelaki boleh jadi pemimpin yang baik.

Bayangkan kalau kuasa talak diberikan kepada perempuan, asal silap paham sikit terus nak emo2 mintak cerai. Kan talak still dikira walaupun dilafaz tanpa niat, yang tu bahayanya kalau perempuan diberi kuasa talak. Maunya tiap-tiap hari suami diceraikan oleh bininya.

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita”.

Sama dengan perkahwinan juga, kenapa mesti lelaki kena jadi wali, bukannya perempuan? Ini kerana lelaki lebih tegas dan lebih rasional dalam pemilihan menantunya. Lelaki lebih tengok kriteria menantunya dan kalau boleh nak yang betul2 berkualiti untuk menjadi suami anaknya.

Beza dengan perempuan, cube bayangkan anak perempuannya asyek menangis jer, merayu nak sangat2 dipekanankan oleh mat bangla karpet. Si ibu merasa sangat kesian dan simpati. Perempuan kan mudah tersentuh. Jadi dalam kes2 yang serius seperti ini sangat diperlukan untuk lelaki membuat keputusan yang rasional, dan tidak bersangkut dengan apa2 emosi. No hard feelings ok..

"Kenapa lelaki bila tengah fikir mesti kena diam eh?" tanya seorang perempuan
Sebab itu la lelaki sangat disinonimkan dengan 'diam' dan tidak bersuara. Apabila lelaki dalam mood diam, dia sedang berfikir dan sedang memilih dan membuat keputusan tanpa melibatkan apa2 emosi. Sangat fokus, sehingga nak bercakap mengenai perkara dia fikir pon tak mampu dikhuatiri terganggu.

"Khalis bila tengok cicak pon boleh tiba2 diam" ujar kakak aku mengenai suaminya.


2. Emosi dan naluri

Kalau dari segi kepimpinan tadi, 9 emosi perempuan merupakan kelemahan bagi perempuan dan tidak boleh handle masalah sebaik lelaki. Namun begitu, 9 emosi ini la merupakan kekuatan bagi perempuan yang tidak ada pada lelaki, yang menjadikan mereka ibu dan isteri yang kuat. Malah lebih kuat daripada lelaki dari segi emosi dan empati.

"Lelaki kalau boleh mengandung dan beranak pun, hanya sekali dalam seumur hidup sahaja" ujar cikgu khadijah, guru biologi aku ketika sekolah

Pada waktu itu, aku langsung tak paham apa yang cekgu aku maksudkan itu. Sekali dalam seumur hidup? Bukan ke lelaki ni gagah dan kuat? Takkan tak tahan kot. Mana boleh. Lelaki kuat laa..

Jawapannya, Ya. Walaupun secara fizikal lelaki lebih kuat dari perempuan, namun dari segi emosi lelaki tak mampu nak menyamai perempuan.


Pernah tak masa korang tengah demam, korang bagitau mak korang dan mak korang menjawab "haaa padan muke engkaooo... pandai pandai la engkaoo gi kelinik sendiri"

Pernah tak ? Pernah tak ?

Aku bet kerat jari korang tak pena dengar nya. Sejahat-jahat perempuan tu sekali pon, akan ada rasa simpati kepada anaknya.

"kessiannnye, demam teruk ke ni ? macamane boleh demam ni ? ada makan ubat tak? alahaai kesiannye, meh mak tolong anta gi sepital jumpa dokter" then paranoid kat semua benda termasuk la kucing depan rumah pon kena marah.

Kerana emosi dan naluri inilah wanita dipilih Allah untuk menjadi ibu yang menjaga dan menyokong sebuah keluarga. Sudah tentu, dengan penuh kasih sayang. Seorang ibu sanggup berjaga setiap malam demi menyusukan seorang anak yang dicintai sepenuh hati. Biarlah tidurnya tidak cukup asalkan si kecil tidur dalam kekenyangan. Ketika melahirkan pula, nyawanya dipertaruhkan dan segala rasa sakit lenyap sebaik saja terdengar tangisan si anak. Sekali lagi, emosilah yang menghilangkan rasa sakit tersebut.

Aku tak lupa bagaimana Mak menggagahkan diri untuk sediakan makanan kami sekeluarga walaupun ketika itu Mak dalam keadaan sakit. Tak pernah sekalipun Mak abaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan isteri walau dalam apa jua keadaan. Semua ini pastinya berlaku kerana rasa cinta dan kasihnya terhadap sebuah keluarga

Emosi itulah kelayakan untuk seorang manusia hamil.

Emosi untuk sabar dengan berat dan payahnya 9 bulan mengandung. Emosi untuk membelai, memberi makan kepada kandungan seperti memberi makan kepada diri sendiri. Emosi yang kerana emosi itulah, alam bayi di dalam kandungan digelar ALAM RAHIM, iaitu ‘alam kasih sayang’.

Kasih sayang yang sulit untuk ditemui dalam jiwa lelaki, biar pun fizikalnya sasa dan mentalnya berkuasa.


Lelaki dan Perempuan kedua2nya sekali mempunyai kelebihan dan kelemahan masing2. Walaupun kedua2 jantina ini mempunyai sifat yang berbeza, namun ia saling melengkapi antara satu sama lain dan saling memerlukan. 


Firman Allah : Lelaki adalah pelindung bagi perempuan, dan perempuan adalah pelindung bagi lelaki.

-------------------------------------------------
[sebarang aku tulis ni adalah hasil kajian dan pembacaan aku sendiri mengenai '9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal', aku masih lagi belum dapat kaji yang selebih 8 itu, pada sapa2 yang nak sambung or nak tambah idea aku, boleh la berkongsi idea disini yea]





[1 post ni aku amik masa 2 hari untuk menulis]