Sunday, February 19, 2012

Goodreads


Sebuah buku ditulis boleh mengubah sejarah manusia. Masyarakat boleh berkembang dari satu ideologi kepada satu penafsiran ideologi yang baru, hanya kerana sebuah buku.

Apa yang terjadi pada masyarakat kita adalah, masyarakat kita kurang membaca dan kurang mengkaji. Dengan kurang membaca dan mengkaji itu menyebabkan masyarakat kita malas berfikir, hanya menurut sahaja.

Melepak dan membuang masa

Masyarakat kita cepat berpuas hati dengan khabar angin, hearsay yang tiada nilai pengetahuan. Semuanya superficial.

Secara jujurnya aku kurang gemar dengan surat kabo Metro Kosmo dan seangkatannya. Headline dan contentnya, sangat nak cari keuntungan semata2. Tajuk punye la nak meletup, isinya habuk pon takde. Macam tin kosong. Nampak mentaliti masyarakat kita sangat rendah. Artis dan hiburan dijadikan idola dan pegangan hidup, manakala golongan agama pula dilempar taik yang takde kena mengena dengan mereka.

Aku sampai sekarang tak paham kenapa ramai orang kita masih lagi beli tabloid yang memalukan seperti ni.



Masyarakat kita kehilangan ciri keghairahan terhadapat ilmu. Keghairahan terhadap pengetahuan dan kemahuan yang tinggi untuk mencari jawapan tentang sesuatu perkara hingga ke akar umbi, semakin pudar dari ummah yang pernah hebat dan bijak pandai ini.


Jadi untuk menjadi golongan banyak membaca dan banyak mengkaji ni, aku recommend kan, join la website Goodreads ni. Ada website ni, pembaca boleh memberi pandangan dan komen terhadap review buku yang dia baca, dalam masa yang lain kita boleh tengok pandangan orang berbeza2 terhadap satu perkara tu. Pembaca seharusnya tahu menilai dan bukannya amik bulat2 dari buku tu.

Dulu aku ferevet buku motivation, tapi semakin banyak aku baca, makin kurang interest aku kat genre tu sebab kebanyakkannya adalah friction dan common sense. Genre motivation ni mungkin sesuai untuk orang yang tak banyak pengalaman hidup. Berbeza dengan history dan sociology. Topik dan ulasannya meluas. Banyak kita boleh belajar dari genre ni.

Setakat ni, ni buku ferevet aku baca. Menariknya, penulis memberi perkaitan antara Islam dengan dunia yang berlaku sekarang.
 Dan apa yang terjadi jika Islam benar2 tak wujud? Of course, kita takkan hidup bertamadun seperti sekarang. Tak wujudnya teknologi seperti sekarang. Perubatan tak berkembang. Pendidikan dan sosiologi pon tak maju. Masih ada lagi konsep hamba. Dan pelbagai lagi. Nak tau sebabnya, kena la kaji sejarah dan baca buku ni. Highly recommend.


Daripada membazir masa asyek dok update status fesbuk je, apa salahnya kita tukar hobi kita dengan banyak membaca pula. Ni linknya,




Dalam masyarakat kita, ada dua jenis golongan. Satu golongan malas membaca, satu lagi golongan rajin membaca. Dalam golongan rajin membaca pecah lagi dua golongan, satu golongan hanya suka membaca jer, satu lagi suka membaca dan suka mengkaji, dan suka berfikir. Golongan yang suka membaca, mengkaji dan berfikir ini lah sebaik2 golongan yang boleh menilai sesuatu dengan baik.

Great Red Spirit, Samurai Scanners, Dance Macabre.