Friday, September 16, 2011

Alone but not lonely

Kembali aku ke pengajian aku yang merupakan tahun terakhir, setelah aku mendapat cuti yang terpanjang selepas cuti SPM (6bulan). Despite ramai yang tak sabar nak abes belajar dan terus berkerja, aku pula sangat2 appreciate masa student life ni dan grab sebanyak mana ilmu yang aku boleh sebelum aku melangkah ke dunia perkerjaan. Ramai student kalau boleh nak abeskan secepat mungkin kerana bagi mereka, dapat gaji adalah suatu yang sangat best, namun ramai yang masih tidak sedar kehidupan di sana lebih mencabar berbanding student life.

Adakalanya aku rasa sangat menyesal mengapa tahun terakhir ni la baru aku jadi pengerak, lambat sangat kalau nak dicompare dengan pengerak yang lain jauh lebih muda dari aku (budak asasi lak tu), agak kecewa jugak la mengapa aku tak didedahkan dengan lebih awal. Namun apa yang lepas tu biarkan lepas. Let be gone be gone. Selagi ada masa selagi tu la ada peluang.

Kita hidup ni mesti ada matlamat, kebanyakkan orang matlamatnya hanyalah
abes belajar, dapat kerja, kawin. abes belajar, dapat kerja, kawin. Dan kehidupan seharian mereka pon asyek ulang rutin harian yang sama. Bangun tido, makan, kerja, lepak, tengok movie, shopping, main fesbuk, bukak tweeter pastu tido. Pastu ulang menda same.

Ada sesetengah orang tu lagi parah, bangun tido, bukak fesbuk bukak tweeter main tweet tweet tweet post status post komen post like komen post status sampai dia tido balek.

Tidakkah anda rasa mereka ini seperti robot? Hanya ulang perkara yang sama tiap2 hari dan hanya 'ikut' trend orang ramai sahaja ? Biarkan diri hanyut ikut dunia sahaja tanpa ada rasa tanggung jawab yang perlu diselesaikan..

Anda seorang yang menguasai dunia sekeliling anda, yang ada matlamat untuk mengejutkan orang lain ? Ataupun anda seorang yang dikuasai oleh dunia teknologi yang serba canggih.

Anda fikirkan lah..

Kita hidup ni bukannnya untuk kita seorang sahaja, hanya memikirkan dunia ni untuk diri kita sahaja. Tapi kita harus berfikir bahawa kita hidup di dunia ni adalah untuk orang lain, orang lain yang tak sedar sangat memerlukan orang seperti kita untuk menyedarkan.

Well, perkara ini la yang mengejutkan aku dibuai mimpi selama 20 tahun. Tanggung jawab yang kita ada lebih banyak daripada masa yang diberikan. Okey aku terasa sangat pedas (siapa yang makan cili dia la rasa pedas) selepas sedar yang aku ni banyak membuang masa. Masih banyak lagi perlu diperbaiki diri sendiri.

note : aku tak reti nak kopi pes dari orang lain, apa yang aku tulis selama ni kat blog dan status aku kesemuanya apa yang terlintas kat fikiran aku jer.


  • First time ever sepanjang aku belajar di upm, aku rasa sangaat malas nak p kolej after sem break. Sebelum bukak sem awal2 lagi dah kemas dan pack barang, secara fizikalnya memang dah ready, tapi secara mentalitinya tak ready langsung. Biasanya time abes cuti aku seorang yang sangat tak sabar dan kalau boleh balek kolej cepat2. Seronok jumpe member pastu p program same2. Kali ni member2 sume dah grad, si dia pon dah grad. Owhh aku rindu si wira hijau tu.. Lame tak tengok huuuu
  • Sem lepas time buat projek FYP aku biasanya bergerak as a team of 5 members, so banyak jugak la aku belajar dengan mat and the gang betapa kreatipnya diorang ni. Pergi pelbagai tempat untuk buat projek hantar survey, then collect data dan macam2 lagi. Tapi kali ni aku bergerak sorang2 selepas diorang sume dah grad, kekok pulak bile takde teamwork.         
  • Ramadhan yang lepas aku berasa sangat bersyukur betapa mudahnya aku mendapat makanan yang free sepanjang ramadhan (first time puasa penuh kat rumah since form one selalu puasa kat kolej/asrama), compare dengan ramadhan tahun lepas, makan nasi, telur dadar dengan kicap jer. Nak mewah sikit, kteorang makan ayam masak pedas/lemak/tomyam/dll hasil air tangan kami sendiri. Kalau malas sangat nak masak, kteorang berbuka kat Masjid Putrajaya/Besi. Oowh rindunya zaman2 tu sambil tengok panorama petang2 sebelum berbuka. 
  • Waktu siang sekarang ni aku bergerak solo seperti lone ranger, jarang ada member sekali ikut(mostly kosmate tak sama kelas). aku kembali ke zaman tahun pertama menaiki bas semula dan berjalan kaki ke falkulti. (Since moto tak de dan kereta tak bawak sebab susah parking) Sorang2 jer aku berjalan gi falkulti (hahaha bunyi cam lonely gile) Actually tak de la lonely pon sebab dalam kelas pon boleh gak buat kawan, dalam bas pon boleh.. kat mana2 pon leh buat kawan jugak kan2.  
  • Waktu petang lak different story, since bila dah duduk 1 komuniti kolej ni, kami rase sangat rapat despite lain2 jurusan, lain batch dan lain2 umor. Lebih2 lagi bila blok lelaki cuma ada 1 jer, so lagi kuat la assabiah kami hehe. Different background dan pelbagai ragam orang, tapi masing2 boleh buat kawan, even strangers nak pecah masuk bilek bukan senang sebab masing2 dah kenal, just keluar dari bilek dan bersosial je la. Cuma aku paling heran ada jugak yang asyek dok terperap jer kat bilek buat hal sendiri, tak turun futsal, tak turun surau, malas pi yasin floor, malas join program. Serius la, apa pekdahnya hidup sorang2 ni? Tak de beza dengan duduk gua jer. Tak berkembang otak dok layan dunia sendiri jer.
  • Aku sangat bersyukur pemilihan bilek kali ni sangat randomly dan tak dipilih mengikut jurusan yang sama, baru variety sket (kalau dapat rumet yang sama kos memang boring la, jumpa orang sama kat mane2) Well aku dapat rumet another orang kedah lagi, Azmi budak course final year pertanian pendidikan. First time aku masuk kolej tak yah sapu2 dan bersihkan habuk2, sebab semuanya dah dibuat oleh rumet aku sendiri. Pastu siap beli tikar baru lak tu (tak claim duit pon kat aku, aku bagi pon dia tak nak) Bahagian bilek dia sangaat kemas sehinggakan bahagian aku lak seolah2 mirroring dia(kita mesti terpengaruh sekali) Rajen basuh baju, rajen kemas bilek, rajen belanja orang (kemarin belanje aku satey), rajen ngaji Al-Quran, rajen turun program dll. Tak sangka ada jugak laki cam ni, ada sebahagian orang buat sikit tapi dah bising macam2, tapi ada sebahagian orang buat banyak menda tapi satu menda pon tak cakap. Act is speak louder than words eh ...
  • Still, aku join geng2 ikhwah mohon share ni. Kawan makin bertambah2 bila kita berkawan melalui satu fikrah yang dibawah satu panji islam. Perasaan kawan tu memang berlainan dari kenalan yang kita biasa jumpa. Itu adakalanya aku lebih seronok jumpa geng2 ni daripada dok bilek tak wat per2. Aku rasa title post aku kali ni memang kena tukar la. Sepatutnya 'Not alone anymore but we are unite and together.'

Friday, September 9, 2011

Collection : Jersey

Dalam masa tiga hari, akhirnya aku berjaya mengemas bilek aku yang bersepah dengan baju. Disebabkan 2nd row almari aku patah, jadi aku kena keluarkan segala isi yang ada dan lipat balik. Pelbagai harta karun yang aku jumpa. Dari baju lama sehingga la ada baju 'baru' yang tapi dah lama dijadikan bahan sejarah disitu(still diconsider kan sebagai baru sebab tak pernah pakai langsung) 

Tah camane aku jumpa banyak jersi yang aku jadikan ia sebagai collection hobi aku ketika dahulu. Time 2005-2006 time aku sekolah dulu aku rajin buat bisnes jersi. Ramai kawan2 aku beli dari aku dengan harga yang murah dan quality pon good. Aku tak la pandai sangat bisnes, cuma aku mungkin pandai negotiate harga dengan pemborong jersi kat PS. Alhamdulillah banyak booking jersi mase tu, dan berpuluh jersi berjaya dijual. Dulu aku ada rekod beli dan jual barang, tapi dah hilang kemana. 

Then aku rasa nak buat hobi baru pulak, kumpul jersi yang aku suka. Setakat ni team yang paling banyak aku kumpul team Arsenal, sejak zaman O2 dan badge lama sehingga la yang latest. Home, Away, yang ada nama V.Persie (11), Farbegas(4) dan Henry(14)
Arsenal passing game really wicked and sick! Masa zaman Henry-Pires-Bergkamp
Dah lame tak tengok Arsenal main short pass macam ni..


Anyway, jersey team lain pon aku banyak kumpul. Hampir setiap team aku ada. MU, Chelsea, InterMilan, AcMilan, RealMadrid, Barca. You name it. Even yang aku nak buat collection pon orang still nak beli jugak. Ni la antara jersey yang aku jual time dulu.



Home & Away Barcelona antara paling ramai orang beli(2006)

Best Design Kit
Bagi aku jersi liverpool yang ni paling smat aku pernah tengok. Sampaikan ada 2 kawan aku berebut nak beli jersi ni. Slacknya iklan kat depan tu. Tapi sekarang ni dah tak jual dah yang ni.

Last but not least, aku still follow up lagi jersi yang latest walaupun aku dah lama berhenti hobi collect jersi ni. Malas nak kumpul dah sebab hampir semua orang dah ada. Even sekarang pon dah berlambak orang buat bisnes jersi. Aku takkan beli dah jersi common, cuma aku still tengah cari lagi jersi rare yang jarang orang pakai.
As Roma warne putih dan emas, antara jersi rare aku pernah jumpa. 

Still tengah cari Italy 2006 (Totti, 10) - Rare

Mohon Share



ni pon boleh jadi post ker ?


Thursday, September 8, 2011

Mitos Proton Tak Boleh Speeding Melebihi 120m/s

Fulan : Mana ade proton boleh bawak 160m/s der... Bawak 140m/s pon dah nak terbang. Kalau letak enjin mitsubshi kat dalam pon bunyi jer lebih, jalan tah kemane gakk. Kalau yang proton 1.3 tu toksah la nak mimpi nak cecah 140.. Bawak 120 boleh la..


Panas aku..


Ingat kereta proton lembab sangat ker?


Tak puas ati.


Aritu gak aku bawak dia ikut naik naik kereta dan soh dia amik gambar..


Sekali daaa...
 Aper cer ? hehe

JAP !, tu masa 28ogos2011, dah lama punye punye..


yang ni minggu ni punye..


Satria 1.3 speeding on 190m/s



note : Lupa nak khabaq kat dia kereta ni aku dah bikin enjin Impreza kat dalam kui kui kui

Saturday, September 3, 2011

Selamat Hari Raya Arsenal ! Tahun depan raya la lagi kat old trafford



MU lapan Arsenal dua,
Gembira hati tidak terkata,
Ramadhan sudah meninggalkan kita,
Menandakan Raya juga tiba.

Rooney hatrick Young dua,
Satu dari welbeck park nani,
Org muda tinggalkan kota,
Pulang ke desa sambut Aidilfitri.

Fergie gembira tidak terperi,
Melihat de Gea save penalti,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Salah silap harap dimaafi.

"Kami datang nak beraye" kata team kindergarden apabila bertemu dengan kumpulan toyol merah


salam perantauan aidilfitri dari nun jauh dari Barca


*pantun special edition raya diberi khas kepada ku untuk menganjing. 
dibuat oleh kawan aku yang menyokong team smurf yang bakal ditayang di pawagam pada 8september2011

note : team lain pulak yang lebih2 menganjing