Monday, July 1, 2013

Penempatan Pertama


1 Julai 2013, aku melapor diri di Hotel Pearl, PJ. Disini khusus pertama yang aku hadiri sebagai penjawat awam. Disini juga semua tempat berkumpul guru2 baru yang akan posting ke Malaysia timur.  Bertuah aku, aku langsung tak rasa keseorangan langsung, sebab ramai kawan2 aku dari UPM juga posting sekali dengan aku.  Sangat meriah bila dapat jumpa geng posting sekali. Cikgu math, cikgu fizik dan cikgu kimia, semua dari kolej yang sama. Sehari taklimat di KL dan kendian diterbangkan ke Kuching, ada lagi 2 hari taklimat di hotel Merdeka Palace.

Menginap di hotel 5bintang, dihidangkan makanan mewah2, boleh melupakan seketika perasaan bimbang mengenai tempat yang akan dipostingkan. Kebanyakkan guru risau tentang hal ini. Tak dinafikan, aku pon tak terkecuali. Perkataan song, kapit, baram cukup menakutkan bunyinya.  Mane tak nye, berita bot ekspress tenggelam kat sungai Rajang awal tahun ni. Kendian berita seorang guru dirogol di sungai Rajang. Memang seram.

Detik yang aku tak boleh lupakan, hari 4julai2013, malam pengumuman penempatan guru. Masa ni semua seram sejuk, hampir semua guru perempuan bergelinang air mata. Guru laki pulak dok melawak, pergi psycho kawan2. Bestnye jadi laki, boleh ketawa saat2 genting camgini. Mungkin kami tak kisah sangat kot penempatan ni. Bagi aku, yang tak best nye kalau ditempat kat pedalaman, leceh sikit kalau nak pergi pekan. 3+jam naik bot ekspress, 6+jam naik 4X4. Total 10+jam lebih perjalanan, tak termasuk flight balik ke semenanjung.

Bulan lepas, aku pernah berdoa, kalau la aku ditempatkan kat Malaysia timur, tempatkan la aku kat belah Sabah. Sabah best sikit sebab banyak tempat perlancongan. Sarawak boring kawasannya tak maju, ketua menteri nya kedekut, amik hasil kekayaan rakyat tapi tak majukan negerinya.

Tak sangka aku ditempatkan di Lawas, sempadan antara  Sabah, Sarawak, Labuan dan Brunei. Tak terkata betapa gembiranya aku doa aku makbul. Aku rasa sangat bertuah. Nak pergi ke bandar senang, tak perlu naik Hilux 4X4, four wheel drive, ataupun bot ekspress. Lalu jalan biasa je ke KK.

Alhamdulillah