Monday, October 31, 2011
Tarbiyah bukan untuk orang manja
Tarbiyah bukan untuk orang manja
Tarbiyah bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa..
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon akhawat sebagai sang isteri,
yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain..
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta’dil harakh ini dan itu.
Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqo hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya perlukan dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da’wah,
Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da’wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya....
.
.
Wednesday, October 19, 2011
Adorable Evening
i'll see it in you by the person you are in me and you forever, me and you forever
i'm simple like this, just as simple can be it's me and you forever, me and you forever
i said it before but i got to believe in me and you forever, me and you forever
i wanna see me with the person i am in you and me forever, you and me forever.
5-6pm, walk around outside dewan besar to the padang kawat (parking lot) in raining evening, then see the guardian
Tidak bertegur saudara seislam lebih dari 3 hari.
Islam melarang umatnya dari tidak bertegur sapa dengan sahabat seIslamnya yang lain dek kerana pergaduhan perkara keduniaan lebih dari 3 hari. Antara yang dimaksudkan pergaduhan kerana sebab dunia adalah kerana tanah, harta pusaka, rumah, tanam bunga masuk kawasan jiran, isu pangkat, isu cemburu wanita dan lelaki dan lain-lain yang tidak ada kaitan secara langsung kepada Islam.
Nabi SAW bersabda :
ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ
Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari”
( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)
Kenapa 3 hari?, inilah sifat fitrah dalam kerana Islam. Walaupun Nabi SAW pernah menasihatkan agar jangan marah dalam sabdanya :-
سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ مَاذَا يباعدني من غَضِبِ اللَّهِ عز وجل قال لاَ تَغْضَبْ
Ertinya : Ditanya kepada Rasulullah SAW : Apakah yang menjauhkan aku dari kemurkaan Allah SWT , jawab Nabi : Janganlah kamu marah ”
( Riwayat Ahmad, 2/175)
Walaubagaimanapun, kemarahan tetap tidak dapat dielak secara total, justeru Islam memberikan motivasi dan cara bagaimana cara menangani marah dengan pelbagai cara. Apabila ia berkait dengan orang lain, Islam mengajar kita agar jangan terlalu terbawa-bawa sehingga memutuskan ikatan persaudaraan dan persahabatan hanya kerana kes marah & gaduh tadi.
Imam An-Nawawi menyebutkan :-
تحرم الهجرة بين المسلمين أكثر من ثلاث ليال بالنص وتباح في الثلاث بالمفهوم وإنما عفى عنه في ذلك لأن الآدمي مجبول على الغضب
Ertinya : “Diharamkan tidak bertegur sapa di antara Muslimin ( yang disebabkan punca pergaduhan dunia) lebih dari 3 hari secara jelas dari Nas hadith, dan secara mafhumnya difahami harus untuk melakukan itu (jika perlu) selama 3 hari, dan sesungguhnya dimaafkan sifat demikian kerana manusia sentiasa terbawa-bawa sifat marah”
( Syarah Sohih Muslim, 16/117)
Memang tidak mungkin untuk melenyapkan pergaduhan kerana keduniaan di antara sesama manusia, justeru Islam menggalakkan kemaafan antara satu sama lain.
Islam membenarkan tidak bertegur sapa untuk maksimum 3 hari sebagai memenuhi kehendak fitrah manusia, tetapi tidak lebih dari itu, kerana lebih dari tempoh tersebut akan membawa mudarat kepada ikatan dan keutuhan sesama Islam.
Di dalam kaedah Islam ditegaskan :-
فتقدم المصلحة العامة على الخاصة
Ertinya : “Kepentingan umum sentiasa di dahulukan atas kepentingan peribadi”
( Az-Zakhirah, 2/467 ; Al-I’tisam , As-Syatibi, 2/116 ; Al-Muwafaqat, 2/367)
Justeru, melayani kemarahan dan keegoan diri adalah kepentingan peribadi, jangan sampai ia melewati batas kepentingan umum. Kepentingan umum yang menjadi objektif Islam adalah masyarakat Islam yang berkasih sayang, bantu membantu dan objektif ini akan terhakis jika semua individu melayani kepentingan dan keegoan dirinya dalam hal ini lebih dari 3 hari.
Cuma perlu difahami, jika tidak bertegur sapa kerana berjauhan, kesibukan dan terputus komunikasi sehingga tidak dapat bertegur sapa lebih dari 3 hari, ia tidak termasuk dalam larangan Islam.
Monday, October 10, 2011
9-10-11
klik untuk tumbuh besaran
tarikh yang sangat cantik, dan malam tadi pon sangaaat cantik
panorama bulan...photo are unedited..
1. jam 8.55 mlm
2. jam 9.30 mlm
3. jam 10.10 mlm
lokasi telok mas, melaka
Subhanallah!!
awan putih seolah-olah mengelilingi bulan pada malam ni...teruja melihatnya...
credit to kawan aku di melaka yang capture gambar ni. aku tak de dslr so kalau amek gambar pon bulan jadi bulat putih jer..
Thursday, October 6, 2011
There is not 'I' in 'team', but there's 'we' in 'weapon'
Laporan minggu keempat Final Year Aku
1. First of all, 2nd daripada adik beradik aku, abang aku nal telah berjaya melangsungkan perkahwinan pada hari sabtu dan ahad yang lepas dengan Nur Faeza. Aku bawak member2 aku kendurinya hari ahad lepas seramai 10 orang dari upm (Mughti, Hafizudin, Kubeng, Mijea, Kuwe, Dila, Mimi, Mat, Faez Bachok) Mughti dll jeles aku ada adik beradik dan anak sedara yang sangat cerah kulitnya haha.
Malas nak sembang lebih, dulu pon aku seputih diorang pon, cume sekarang ni aku banyak bersukan kan, yang tu jadi gelap kekeke.
Anyway, tahniah diucapkan kepada pengantin.
Semoga berbahagia hingga ke syurga
2. Aku ada plan sekali dengan yati nak tarik sume subjek sem depan ke sem ni dan tinggalkan praktikal jer kat sekolah. Jadi start bulan febuari boleh terus jer praktikal. Yati, dila ali dan jan decided nak praktikal terus sem ni. Amek 20jam kredit untuk sem ni tak ada masalah bagi aku, sebab dulu aku pena amek sampai 21-23 kredit. Boleh jer, tapi bila difikir balek kalau aku amek 20jam kredit tu, aku ada 5 amali = 4 amali subjek + 1 amali projek (Kalau dikira contact hour jadi 29 kredit, 1 amali = 3 jam) Tak payah la, baik aku amek kredit sikit untuk baiki pointer, dan projek aku dikira 6 kredit walaupun aku amik 3 kredit sem ni. Lagipun nak dok kalut abes awal2 buat apa, aku still ada banyak program aku dan perjuangan aku tak abes lagi kat sini. So sem ni aku cume amek 15kredit jer dan tinggalkan 5 kredit untuk sem depan.
3. Alhamdulillah, bila kita selalu jaga amalan kita, Insya Allah akan bantu kita berubah menjadi lebih disiplin dan lebih efisien dalam gerak kerja duniawi kita ni. Pada setiap petang sabtu aku pi mengajar dekat cyberjaya, ada plan jugak nak sambung mengajar kat shah alam semula hari rabu tapi lum decide lagi. Assignment sume aku siapkan secepat mungkin dan jarang delay kan. Ada masa free je aku selalu pi Inspem sambung writing thesis aku, Dengan Radzi buat meja dia kat inspem cam rumah sendiri lak (siap dengan bantal, baju sume)
Tengok member2 aku (Radzi,Mughti,MadShah, Is, Yusra dan Mat Apis) sambung master kat jabatan math ni buat aku terasa nak sambung jugak belajar. Tak terfikir lak sepanjang aku belajar kat sini, tapi sejak join geng2 ‘buat bom’ ni ada kalanya selalu membantu aku untuk berfikir lebih jauh dan matang.
Thanks
4. Pada minggu kedua, aku dan brothers yang berlainan group bergabung menjadi kumpulan besar dan menghadapi exam pada for the first ever paper, dan seminggu selepas itu kami di draft kan kepada new brand dipilih (or randomly), Aku dan baem sahaje dari FB, kami di transfer ke Team Syahmi yang seramai 10 orang, level lebih tinggi dan lebih sukar. Jadi lebih banyak workload yang aku kena beri. Walaubagaimana pun, aku rasakan ni seperti nafas yang baru, new place and new environment.
5. Pada minggu pertama lagi aku dah jumpa beberapa orang pemuda yang ada potential, jadi pada minggu pertama juga aku rekrut diorang jadi team aku consist of 4 members. Train awal2 lagi bagus. Tak sampai minggu ke3 aku dah start jadual amal (mutabaah amal), agak cepat jugak la bagi sesetengah orang, tapi bila aku nampak diorang ni ada potential tinggi, aku rasa why not kita asah potensi diorang awal2 kan..? Dan 5-6 orang final year aku rekrut untuk assist aku.Walaupun mereka ini ‘kuda tua’ tapi pengalaman mereka still lagi mantop dan banyak membantu aku dalam group ni. Alhamdulillah, golongan pemuda ni bukan sahaja menghidupkan diri dan jiwa mereka, tapi mereka juga menghidupkan suasana sekeliling yang lebih baik. Insya Allah, semoga pemuda2 k6 ni dapat sama2 membangun dan berkembang pesat seperti pemuda2 k13 dan k10 juga.
Theme :
Evolution - Line In The Sand (motorhead)
It's not ironic, Its obvious & Balance (Skylit drive)
Subscribe to:
Posts (Atom)