Thursday, December 29, 2011

Matematik bukan sahaja ilmu kira-kira, tapi adalah untuk mencapai kebahagian hidup. Siapa tak setuju?


(sebelum tu aku nak mengucapkan terima kasih banyak2 kepada supervisor aku Dr.MR dan second reader aku Dr.SK diatas penkongsian ilmu dan pengalaman mereka) 

Penerapan nilai dalam matematik : Positivisme mantik
Itu nama tajuk fyp(final year project) aku.
Dan pagi tadi aku baru je abis viva final presentation dan abis writing thesis sebanyak 63muka surat. Draft pon dah check. Print out dan hard cover je lum lagi.

Tu jawapan aku kalau ditanya tentang progress aku.

Percaya tak, sehari sebelum aku nak present viva aku ni, aku dok sebok tengok wrestling je memanjang dan malam tu aku baru siap buat slide untuk nak present esok.

“Wei ko ni tak risau ke dengan fyp ni? Orang dok pulun dari pagi hingga ke malam, tiap2 buat projek. Ko leh dok rilek je lagi tengok wrestling. Aku lak dok risau tengok ko cam ni” kata member aku sambil praktis baca slide untuk presentation keesokkan harinya.

Mata aku masih lagi tak lepas dari skrin komputer. Tangan kiri dok sebok cari browse video yang belum lagi tonton. Lambat sangat video nak buffering time2 cam ni. Tangan lagi sebelah pegang kerepek untuk dimakan. Mulut tengah kunyah2 sambil membalas “Rilek la, sume menda dah siap kan, tak perlu la nak tensyen2. Haha meh tengok smackdown dengan aku ni. ”

“Aku nak je smack kat ko balek ni” Mencebik member aku tu. Apa tah lagi yang dirisaukannya. Heran aku.

Senyap.

Tiada respon.

Hanya kedengaran bunyi video smackdown aku yang pasangkan. Match Cmpunk. Ferevet aku tu.

Selang beberapa minit lepas tu.

“Wei, apa perasaan ko bile buat fyp eh?”

Pertanyaan tu tiba2 buat jari aku tekan pause kat Youtube yang aku sedang tonton tu. Tah tiba2 aku ter-refleks soklan cam ni. Kepala aku paling menghadapnya sambil berkata dengan wajah yang ceria.
“Serius best, aku enjoy dengan fyp aku ni”

Adakalanya jawapan aku ni memberikan pelbagai ekspresi muka orang lain. Ada yang heran, ada yang tak sangka, ada yang dahi berkerut dan ada juga mukanya seperti tanda tanya.



 Secara jujurnya, sebelum aku masuk 4th year aku ni (final year), aku digambarkan fyp adalah sesuatu yang sangat menakutkan dan seram. Sangat tensyen dan sangat merisaukan. Kena tukar method. Kena banyak rujukan la. Kena banyak membaca. Kena buat research. Kena pergi library cari jurnal. Kena buat eksperimen/survey. Kena analisis data. Kena buat thesis sebanyak 50m/s. Kena jumpa supervisor. Supervisor jarang kat bilek. Kena diskus dengan supervisor. Pastu kena diskus dengan second reader. Lecturer yang lain suka hentam macam2 time viva. Dan pelbagai lagi tuduhan yang tak sepatutnya. Aku digambarkan oleh member2 dan senior2 aku sebelum ni. Dan aku jadi sangat takut.

What you get is how do you see.(aku ubah sikit quote what you get is what you see)

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya pula. Aku jadi lagi suka membaca. Suka mengkaji. Suka menganalisis data. Suka buat research. Suka jumpa supervisor. Suka diskus dengan supervisor. Suka diskus dengan second reader. Borak macam2. Kadang2 aku pi bilik lecturer bukannya diskus projek pon, saje nak melawat diorang. Writing makin improve. Presenting skill pon makin improve. Makin luas pembacaan. Dan aku suka sharing kat orang lain apa yang aku baca dan faham.

Gain knowledge, gain experience and gain good habit.

Well aku cerita ni bukannya nak banggakan diri. Tapi sebagai sharing untuk nak mengubah satu paradigma kat pelajar2 degree yang mengambil FYP secara ‘terpaksa’.

Dan penempatan aku dapat lecturer yang baik bukannya ber’nasib baik’ semata2, tapi cara kita melihat tu adakah ia satu peluang ataupun satu penyekatan. Aku bagi contoh, ada beberapa senior aku yang dapat lecturer yang sama dan tajuk projek pon lebih kurang sama dengan aku, asyek merungut jer tentang fyp nya, pastu condemn sana sini, asyek risau je memanjang, hasil progressnya pon kurang memberangsangkan dan time viva kena hentam macam2 sebab tak prepared well.
Serius aku nak tau, kenapa dia kurang gemar buat dengan apa yang aku seronok buat ni. Adakah benar aku sangat bernasib baik dapat lecturer yang baik dan dapat tajuk yang senang ni?

Tentang FYP yang aku buat ni, aku terangkan secara ringkas dan mudah untuk difahami.
FYP yang aku buat ni sebenarnya sangat mengelirukan kepada ramai guru2 sekolah yang mengajar matematik. Kaitan matematik dengan agama? Kaitan matematik dengan kesenian? Kaitan matematik dengan sejarah?
Serius sangat mengelirukan, sebab tak pernah terfikir pon perkaitan antara perkara2 tu. Namun perkara yang mengelirukan tak semestinya perkara yang susah. Cuma kita tak pernah jumpa jer.
Rata2 masyarakat di Malaysia hanya memandang matematik sebagai satu ilmu berkaitan dengan nombor jer.


Dengar math jer, owhh kena bawak kalkulator dan kira nombor jer. Booooring~~~
math disinonim dengan kalkulator. Tapi saya sangat tidak setuju !!

Tapi tu sebenarnya satu paradigma masyarakat semata2. Hakikatnya, menurut ilmuan silam matematik dilihat sebagai perantaraan sains dengan metafizik (ilmu ketuhanan) yang sarat nilainya, sama ada dari segi kualitatif dan juga kuantitatif. Matlamat terakhir bagi mempelajari matematik adalah untuk mencapai kebahagian dan kesejahteraan hidup dalam menjalani kehidupan di sini. (waaah tulis blog ni dah macam buat thesis la pulak kan)

math =  tranquillity (siapa setuju?)


Bunyi matlamat terakhir tu macam tak leh terima. Tapi serius, tu hanya paradigma yang hanya berfikir tentang logiknya tanpa membuat apa2 pembuktian.
Mungkin korang tak leh terima apa yang aku tulis ni. Tapi, alhamdulilah, menerusi pembacaan dan kajian aku, aku dapat kaitan diantara

Matematik=Islam=Kimia=Sejarah=Sosial=Kesenian=Fizik=Akhlak=Astronomi=etc

note: Siapa tak setuju boleh bertanyakan soalan dan memberi pandangannya.
Siapa yang setuju komen like 100000x