Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan ” apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti “. Betapa malunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah SWT di Akhirat nanti.
Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar kita berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah SWT nanti, Amin Ya Rabbal Alamin.
Tak nak ke kita dalam keadaan tidak sedar ataupun subconscious, mulut kita membaca Al-Quran dengan sendirinya? Biasanya perkara yang kita buat secara rutin harian akan mengambarkan apa yang akan terjadi pada ketika dalam keadaan separa sedar, ataupun tak sedar, dan yang pasti akan berlaku, pada ketika di ambang maut. Astagfirullah...
Walau seteruk macamane pon orang tu, pasti dia juga impikan mati dalam keadaan baik, lebih2 lagi kalau mati dalam keadaan sujud terakhir.
Haven't we wish that too?