1 Julai
2013, aku melapor diri di Hotel Pearl, PJ. Disini khusus pertama yang aku
hadiri sebagai penjawat awam. Disini juga semua tempat berkumpul guru2 baru
yang akan posting ke Malaysia timur.
Bertuah aku, aku langsung tak rasa keseorangan langsung, sebab ramai
kawan2 aku dari UPM juga posting sekali dengan aku. Sangat meriah bila dapat jumpa geng posting
sekali. Cikgu math, cikgu fizik dan cikgu kimia, semua dari kolej yang sama. Sehari
taklimat di KL dan kendian diterbangkan ke Kuching, ada lagi 2 hari taklimat di
hotel Merdeka Palace.
Menginap di
hotel 5bintang, dihidangkan makanan mewah2, boleh melupakan seketika perasaan
bimbang mengenai tempat yang akan dipostingkan. Kebanyakkan guru risau tentang
hal ini. Tak dinafikan, aku pon tak terkecuali. Perkataan song, kapit, baram
cukup menakutkan bunyinya. Mane tak nye,
berita bot ekspress tenggelam kat sungai Rajang awal tahun ni. Kendian berita seorang
guru dirogol di sungai Rajang. Memang seram.
Detik yang
aku tak boleh lupakan, hari 4julai2013, malam pengumuman penempatan guru. Masa ni semua seram sejuk, hampir semua guru perempuan bergelinang air mata. Guru
laki pulak dok melawak, pergi psycho kawan2. Bestnye jadi laki, boleh ketawa
saat2 genting camgini. Mungkin kami tak kisah sangat kot penempatan ni. Bagi
aku, yang tak best nye kalau ditempat kat pedalaman, leceh sikit kalau nak
pergi pekan. 3+jam naik bot ekspress, 6+jam naik 4X4. Total 10+jam lebih
perjalanan, tak termasuk flight balik ke semenanjung.
Bulan
lepas, aku pernah berdoa, kalau la aku ditempatkan kat Malaysia timur,
tempatkan la aku kat belah Sabah. Sabah best sikit sebab banyak tempat
perlancongan. Sarawak boring kawasannya tak maju, ketua menteri nya kedekut,
amik hasil kekayaan rakyat tapi tak majukan negerinya.
Tak sangka
aku ditempatkan di Lawas, sempadan antara
Sabah, Sarawak, Labuan dan Brunei. Tak terkata betapa gembiranya aku doa
aku makbul. Aku rasa sangat bertuah. Nak pergi ke bandar senang, tak perlu naik
Hilux 4X4, four wheel drive, ataupun bot ekspress. Lalu jalan biasa je ke KK.
Alhamdulillah