Wednesday, September 15, 2010

Kenape lelaki selalu dikaikan dengan terer matematik...



Aku suka membaca, tapi aku selalu lupa apa yang aku bace tu. huh..useless la jadiknye.. So aku nak share kat sini supaya aku dapat ingat apa yang ada dalam otak aku ni.. huaaa.... [intro amal]

Buku yang aku baca ni sangat menarik, menceritakan tentang otak manusia yang mempunyai 3 quotient yang penting : Intelligent Quotient, Emotional Quotient, Spiritual Quotient. Dan ketiga2 quotient ni sangat berkait rapat dan tak boleh dipisahkan.


1. Ramai manusia hanye penting kan IQ dan EQ jer, dan SQ mereka diabaikan. Dan ramai juga yang tertanya mengapa orang2 yang kaya, pandai dan hidup dalam kemewahan, hati nya sangat resah. Macam ada satu menda yang tak kena walaupun hidup serba mewah. Sampai kan ada orang kaye sanggup bunuh diri sebab hati dia asyek resah jer. Pelik kan? Mereka tak tau bahawa mereka mengabaikan SQ dalam kehidupan seharian mereka, sebab tu la mereka asyek tak tenang jer. Ketenangan tu tak boleh dicari melalui kemewahan harta. Hanye boleh didapati dalam solat sahaja. Ketenangan adalah anugerah Tuhan kepada hamba2 yang dikehendaki NYA.


2. Kenapa lelaki selalu dikaitkan dengan terer math? Kosmate ku dila bertanye di entry nya.


Berdasarkan buku itu, Lobus pariental lelaki lebih besar 6% daripada perempuan. Atau dalam bahase omputihnye inferior-parietal lobule. Apa tu lobus pariental tu?

Lobus pariental adalah satu bahagian di dalam otak kita yang bertanggung jawab dalam mengatur "kemampuan viduo-spasial" dan sangat diperlukan dalam bidang matematik dan seni bina. Erti kate lain, mampu untuk menyelesaikan masalah ruang tiga dimensi [3D]

Bak kate lecturer aku, perempuan bila belajar hanya nampak apa yang ditulis di whiteboard sahaja, tapi lelaki 'nampak' jauh menembusi whiteboard.

Contoh yang lain, majoriti lelaki lebih bijak membaca peta sebab lelaki boleh membayangkan secara 3D. Manakala perempuan lebih suka bertanya jalan.

Walaupon lelaki mempunyai kelebihan 'membaca' ni, tapi ia tak bermaksud semua lelaki lebih pandai dari perempuan.

Sekarang ni musim world cup kan? Kita tengok perbezaan komen2 antara lelaki dan perempuan perihal bola sepak ni..


Lelaki

"Taktik Germany sangat menarik, banyak maen through pass dan pandai beat offside trap. Diorang bukan je padan beat, tapi defend diorang pandai buat perangkap offside. Sorang passing bola, lagi sorang dah on the run dulu, taktik ni sangat berkesan bile lawan Argentina dan England"

"England maen sangat boring, tempo yang agak slow dan banyak long ball. Jarang mengelecek, sangat berhati2 dalam passing dan berharap kat nasib 'set-piece' diorang jer. Terlalu bergantung sangat kat rooney. Padahal rooney tak bagi impak yang beso sangat pon"

"Team amerika selatan macam Brazil dan Argentina sangat kreatif dalam jentera serangannya. Banyak gelecek, banyak short pass, banyak mengumpan. Team yang tak bosan bile tengok. Sume skill diorang boleh buat. Cuma kelemahan diorang adalah mentaliti diorang tak sebaik team2 eropah. Bila Argentina dah bolos 2 gol, diorang kelihatan macam tak nak maen da. Senang jer Germany gol lagi 2. Brazil pula sangat emosional bile dah bolos 2 gol. Bile Brazil marah, diorang maen cam england lak, banyak long ball. Tackle dengan kasar, pastu siap terajang lagi. Haa kan dah kena red card" [rasenye perempuan tak paham apa yang laki cakap ni]


Perempuan

"Spain memang best, ada Torres, David Villa, Cassilas, diorang sume hensem2. Nasib baik Spain ada keeper hensem dan terer, kalau tak Germany dah gol sebijik.
[kalau tak de keeper memang la dah gol]

"Sape yang gol mase lawan Germany tu? Pemain baru ke? Tak pernah nampak pon."
[Charles Puyol dah maen sejak 2000 lagi, mentang2 la dia tak hensem]

"I tak paham la asal lelaki suka sangat tengok bola, bola tu kan bulat, sepak je la. Kalau tak sepak macamane nak gol. Tengok macam Germany banyak sepak bola, banyak la gol diorang"

"I sokong brazil sebab diorang ada orang hensem2 cam Kaka. I sokong Argentina jugak sebab diorang pendek2 kiut2 macam Messi. [padahal sorang jer]


Kiut kan orang argentina


Perempuan bila tengok bola hanye nampak apa yang ada kat skrin tv tu, lelaki dapat 'tengok' lebih daripada skrin tu, taktik, strategi, dan lain2.

yang tu la perempuan salu kalah Chess kalau lawan dengan lelaki hehehe.

Secara konklusinya, cara pemikiran lelaki dan perempuan adalah berbeza. Walaupun lelaki mempunyai kelebihan dalam imiginasi 3D nya tetapi ia tak bermaksud otak lelaki lebih cergas dari perempuan. Ia bergantung bagaimana manusia itu menggunakan otaknya. Perempuan pula ada kelebihan lain yang jarang lelaki ada seperti Multi-Task [buat banyak mende dalam 1 mase]. Nanti aku sambung pasal perempuan lak.


Lelaki : Brazil bile dah mengamok diorang maen sangat kalut, bagi long ball macam england sebab nak cepat gol, pastu maen kasar. Holland steady jer tak de kalut2, yang tu diorang boleh menang sebab diorang dapat control bola

Perempuan : Tapi comel la bila Kaka marah kan

note: aku suka la perempuan tengok bola, salu bagi komen yang tak disangka2 haha

[entry ini tidak bermaksud untuk menyidirkan kaum perempuan tentang kekurangannya, perempuan pun ada kelebihan yang tidak ada pada lelaki iaitu multi-task]




6 comments:

  1. a'ah btol la.. ptt la pompan xphm tgk bola

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, sy br follow blog ni, tp sy xjumpe pn entry2 lame yg awak kate ade kt dashboard tu?

    ReplyDelete
  3. walaikumusalam.. owh saya tak tau la pulak ada orang nak bace entry2 lame saye tu..

    jap yea,, saya akan publish skit2 entry saya tu..

    thank you for waiting.. dan teruskan membaca yea..
    =]

    ReplyDelete
  4. entry ini worth reading..

    http://fdausamad.blogspot.com/2010/10/maher-zain-ni-sunni-ke-syiah.html

    http://fdausamad.blogspot.com/2010/10/metafora-sarcacsm-sound-derek-dan.html

    serius!

    ReplyDelete
  5. haha..95% ryte! pompuan bkan phm sgt bola ni..taw gooolll je. =p

    ReplyDelete