Friday, September 9, 2011

Collection : Jersey

Dalam masa tiga hari, akhirnya aku berjaya mengemas bilek aku yang bersepah dengan baju. Disebabkan 2nd row almari aku patah, jadi aku kena keluarkan segala isi yang ada dan lipat balik. Pelbagai harta karun yang aku jumpa. Dari baju lama sehingga la ada baju 'baru' yang tapi dah lama dijadikan bahan sejarah disitu(still diconsider kan sebagai baru sebab tak pernah pakai langsung) 

Tah camane aku jumpa banyak jersi yang aku jadikan ia sebagai collection hobi aku ketika dahulu. Time 2005-2006 time aku sekolah dulu aku rajin buat bisnes jersi. Ramai kawan2 aku beli dari aku dengan harga yang murah dan quality pon good. Aku tak la pandai sangat bisnes, cuma aku mungkin pandai negotiate harga dengan pemborong jersi kat PS. Alhamdulillah banyak booking jersi mase tu, dan berpuluh jersi berjaya dijual. Dulu aku ada rekod beli dan jual barang, tapi dah hilang kemana. 

Then aku rasa nak buat hobi baru pulak, kumpul jersi yang aku suka. Setakat ni team yang paling banyak aku kumpul team Arsenal, sejak zaman O2 dan badge lama sehingga la yang latest. Home, Away, yang ada nama V.Persie (11), Farbegas(4) dan Henry(14)
Arsenal passing game really wicked and sick! Masa zaman Henry-Pires-Bergkamp
Dah lame tak tengok Arsenal main short pass macam ni..


Anyway, jersey team lain pon aku banyak kumpul. Hampir setiap team aku ada. MU, Chelsea, InterMilan, AcMilan, RealMadrid, Barca. You name it. Even yang aku nak buat collection pon orang still nak beli jugak. Ni la antara jersey yang aku jual time dulu.



Home & Away Barcelona antara paling ramai orang beli(2006)

Best Design Kit
Bagi aku jersi liverpool yang ni paling smat aku pernah tengok. Sampaikan ada 2 kawan aku berebut nak beli jersi ni. Slacknya iklan kat depan tu. Tapi sekarang ni dah tak jual dah yang ni.

Last but not least, aku still follow up lagi jersi yang latest walaupun aku dah lama berhenti hobi collect jersi ni. Malas nak kumpul dah sebab hampir semua orang dah ada. Even sekarang pon dah berlambak orang buat bisnes jersi. Aku takkan beli dah jersi common, cuma aku still tengah cari lagi jersi rare yang jarang orang pakai.
As Roma warne putih dan emas, antara jersi rare aku pernah jumpa. 

Still tengah cari Italy 2006 (Totti, 10) - Rare

No comments:

Post a Comment