Tuesday, November 2, 2010

Dengan hanya sedikit kesabaran, anda mampu menyelamatkan banyak perkara



1. Selasa, hari kedua dalam study week. Start semester ni upm buat jadual peperiksaan tak bagi langsung gap kat student. Lepas paper first aku, keesokkan ada paper math method [subjek ultimate] Then lepas tu 1 hari ada 2 paper berat [complex analysis dan programming]. Adoii..

Nasib aku agak baik jugak la. Ada kawan aku, syarina a.k.a nana lagi la sian. 4 paper dalam 1 hari ! [vector-complex-programming-kemahiran bfikir] huih. tak sanggup aku, naseb baek la vector aku tak yah kena repeat paper. Bersyukur jugak la.. Khamis lepas aku pas abes jawab solid state pon dah rase longlai. Tu baru 1 paper. Lum lagi paper lain.

Kadang2 aku tak paham la, kenapa la kena buat exam pack sampai 1 minggu. SPM pon tak de macam ni. Nak kalut gi mane pon aku tak tau. Wat naye ke pelajar jer. Cuti depabali ada exam. Cuti raya haji pon ada exam. Amenda la bahagian akademi ni susun jadual periksa. Sian pelajar yang dapat exam rapat2 gila...


2. Apa yang terjadi kita sekarang adalah apa yang kita buat semalam(or lebih dari tu). Cam lagu scorpions, what you give you get back. Mungkin sebab ada benda tak sepatutnya jadi tiba2 terkena kat kita, yang tu kita marah.

Memang mudah kita salah kan orang bila terjadi tu, sebab orang tu yang buat. Tapi kita kena jugak check kita apa salah yang kita buat. Susah nak nampak sebab tak semua menda Allah nak tunjukkan kita dengan jelas. Ada silap kita yang menyebabkan perkara tu terjadi, walaupun bukan salah kita. Dengan hanya sedikit kesabaran, kita mampu menyelamatkan banyak benda.

Mungkin sesetengah orang rasa masalah belum selesai. Tapi bagi aku, bila kedua2 pihak dah mula toleransi dan tak de dendam, tokse la nak ungkit2 lagi. Let gone be gone. We alright. And there no problem. Let start the new start, shall we?


3. Tahun ni team bola tampar aku tak berjaya masuk ke peringkat final. Sebab pertamanya persaingannya sangat sukar dan taktik serangannya sangat kuat. Dulu kami johan boleh la sebab bersaing antara falkulti FPP sahaja. Sebab keduanya kami terlalu bergantung kat keupayaan individu pada 1 posisi [kelemahan ketika serang] Contohnya, Siang a.k.a slamdunk menjadi tukang spike dan aku jadi tukang set [assist spike]. Bila kami 2 dalam gerakan menyerang, ia menyebabkan posisi dibelakang kosong, dan menyebabkan opponent mudah mengutip mata selepas mereka berjaya defend bola kami. Hurm...


4. Haha makin nak exam, makin gila la geng2 anney nih. Masa ni la nak tengok wayang la, maen futsal la, jamming la, gi berkelah kat sungai tengkala, main counterstrike la, memancing la, bbq kat balai ilmu, gi new zealand dan blah3. Then team bola tampar ajak wat reunion lak esok hurm. Enjoy sikit2 boleh, tapi tak sume aku ikut. Huih aku memang tak leh ikut sangat la sebab aku pon bukan study sangat awal2.

Petang tadi, ain ajak cat banting, ok fine sebab 2 memang keje aku, aku kena siapkan la cepat2. Lepas aku dan nadirah siap cat, aku berazam nak stop sume menda dan focus kat study dulu.


5. Aku tak tau sejak bila gitar kat bilek aku jadi makin banyak dan bilek dah jadi port jamming pulak haha. Seronok diorang maen lagu ramai2. Dah jadi cam pusat hiburan lak dengan game GTA kat desktop mughti. Then lagu so far away tiba2 jadi popular, dan member aku ijat bersungguh2 nak maen bass pastu jamming same2. Haihh pelik betol aku time awal sem sume malas, bile nak final la sume menda nak buat huu..

Lantas aku tampal notis ni ka pintu bilek aku.
hahaha



note : tiap kali update mesti panjang2. makin sibuk, makin banyak cite.

5 comments:

  1. Menarik blog danny sekarang... =)

    P/s: Repeat vector tu memberi peluang utk naik gred sehingga lebih 0.6 pointer.. ramai je yang ulang tingkat gred ( ULT ) and lagi untung yg ULF. Tapi kalau dulu Danny dapat gred tinggi tak payah lah ulang. huhu

    ReplyDelete
  2. nak jamming mlm nie
    tp tdo awl la plk
    kah3
    :P

    ReplyDelete
  3. Kanda : haha is3... dari dulu lagi ang salu sapot aku.. same best cam blog ang la jugak hehe

    anyways, aku tau ramai yang repeat paper tu sebab nak naek pointer, tapi plan aku try abeskan subjek lain dulu sebelum naek2 kan gred ni

    Bazli : kawe sajo tido awal, tamo demo dan anney sume kaco kawe time tido hahahaha...

    ReplyDelete