"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya,
Akal mengatakan wanita cantik atas dasar
ilmu dan
kepandaiannya
Hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya,
Dan iman mengatakan wanita cantik atas dasar agamanya"
Aku terbace satu forum menarik yang direka oleh seorang jejaka dalam GB nih "Ciri-ciri wanita yang disukai lelaki" Lantas aku mengepost satu kata2 hikmah yang aku dapat dari seorang rakan aku amier azrul lalu aku terus mendapat ilham untuk entry mengikut penilaian aku terhadap perempuan, serta huraian mengikut pengalaman aku dan member2 laki aku.
Dan hasilnya,forum itu menjadi menarik pulak. Dan makin ramai yang membincangkan apa yang menarik dimata lelaki yang sebenar. Well lain orang lain pendapat, tapi kata2 aku diatas nimemang ada kebenarannya.
Dan ia mengikut apa pesepsi lelaki itu ( mahupun perempuan sekali),
bak kata omputih "what you see is what you get".
Contoh 1
Seorang lelaki itu hanya melihat perempuan melalui kecantikan semata2, tidak lain tidak bukan mesti adalah untuk nafsunya. Dan dia bangga dengan kecantikan milik pasangannya dan dia menunjukkan kepada kawan2nya (biasa la laki, mesti nak tunjuk hebat sikit kat member) Dan apa yang dia dapat hanya la keseronokan duniawi semata2(kapel sana sini), bukan kah keseronokkan terlahir dari nafsu?
Contoh 2
Seorang lelaki melihat seorang perempuan itu dari segi sudut agama dan akhlaknya, dan dia memilih berdasarkan hati dan imannya. Ofkos mesti la dia nak mengadakan hubungan halal dengan mengahwini perempuan tersebut.Dan niatnya adalah untuk menjadi pasangan hingga ke syurga. Adakah logik dia memilih perempuan tersebut adalah untuk nak ikut trend kapel dak remaja zaman sekarang dan romen sana sini?
Well, anda fikir2kan lah...
Kisah seorang lelaki:
Dulu aku banyak buat kesilapan, aku sentiasa rambang mata dan mesti nak target dak perempuan lawa jer(ofkos la mana2 laki pon suke kat perempuan lawa pon kan) Well dapat tu memang dapat (ha3 riak sikit) tapi ia bukanlah seperti yang aku sangkakan. Aku banyak kali tetipu dengan kecantikan luaran. Ku sangkakan cantik kat luar mesti cantik kat dalam, tapi biasanya mesti hampeh. Seperti kotak cantik yang kosong. Ataupun ia seolah2 anda membeli sebuah rumah yang sangat cantik diluarnya, tapi didalamnya bersepah2 dengan tempat pembiakan penagih dadah.
Well aku tak lah maksudkan semua budak perempuan lawa tuh pagai hodoh, jangan silap faham ea. (kang abes la skandal2 aku lari nih he3)Kadang2 orang hodoh pon pagai hodoh gak. tapi tak semua macam tu. Cuma apa yang aku nak sampaikan kat sini, jangan menilai orang melalui luaran semata2.
Sampai sekarang aku masih lagi tertarik dengan seorang dak perempuan yang akhlaknya sangat baik, dan dia sangat menjaga auratnya. Dia tidak mempunyai bakat sangat tapi dia sentiasa ingin belajar. Dia tak skema tapi sikapnya sangat disenangi oleh orang ramai. Dia lebih bijak sedikit berbanding perempuan yang aku kenal sebelum ini, dan itu yang membuatnya dia sangat unik bagiku. Dia ada 3 pakej 'kecantikan' yang aku tulis tu. (dan mungkin 4 kowt) Tatkala sesetengah dak perempuan lain risau tentang berat badan semakin bertambah ataupun masalah perhubungan dengan kawannya2, dia lebih berminat untuk membaca bahan ilmiah dan berfikir. Dan ideanya mesti sangat menarik. Ini adalah salah satu contohnya:
small mind~talk about people
average mind~ talk about themselves
big mind~ talk about ideas
.....dan sampai sekarang ia mampu buat aku terdiam berfikir kata2 nya
[post asal pada 10/2/2010, 42 komen, dikarang oleh fariz danialz]
salam akhi fariz.. mohon untuk share artikel akhi ni
ReplyDeletethanks~
ReplyDeletei like this post.. waa bertuahnya gadis idamannya.... ^_^
ReplyDeletenilailah wanita dengan cahaya keimanan dan ketaqwaan di hati mu...insyaALLAH wanita yg solehah akan berada dalam genggaman mu sebagai seorang isteri..peneman di sisi suami..
ReplyDelete