Thursday, December 9, 2010

Tips Kesihatan : Petua melegakan selsema




2 3 menjak ni, ramai kawan2 aku kena jangkit selsema dan tak sihat. Ye la cuaca tak menentu sangat kan. Musim tengkujuh ni hujan dan panas selalu silih berganti. Time final aritu aku tengok si bazli dah kena selsema. Kesian aku tengok dia mata merah dan hidung dia berair2. Baru2 ni dia tanya aku lagi tips macamane nak sembuh selsema ni. Sempat lagi maen hujan member ni. Tu la mak tak bagi maen hujan tamo dengar.

Disini ada 8 gejala2 selsema ni
  1. Kerongkong rase kering dan sakit [biasanya ni starting dulu]
  2. Hidung selalu berair2, dan kadang2 kuar hingus yang pekat
  3. Selalu Bersin.
  4. Hidung tersumbat.
  5. Sakit kepala.
  6. Kadang2, badan tak selesa dan demam.
  7. Sakit badan.
  8. Mata berair.

Seperti yang kita tahu, selsema ni merupakan jangkitan virus di salur pernafasan, yang memberi kesan terhadap lobang2 hidung dan kerongkong. Ada lebih dari 200 jenis virus selsema, jenis2 virus ni selalu berubah setiap musim. Jadi tak de virus yang spesifik untuk satu2nya musim durian. [tak de kaitan dengan durian ye he3]

Antibiotik biasanya tak menghapuskan virus2. Bapak aku cakap penyakit selsema, sakit kepala dan batuk2 tak ubat yang boleh rawat. Kat farmasi dan klinik pon bagi ubat pain killer, tak elok sangat makan sebab tu bahan kimia kan, lagipon yang boleh rawat penyakit tu hanya la badan kita jer. Jangkitan2 virus tu sendiri akan hilang melalui antibodi badan kita.

melainkan kalau terkena jangkitan sekunder. Jangkitan sekunder ni kononnya cam second wave of virus attack la, badan kita still lagi lemah dan tak cukup antibodi, jadi mase tu antibiotik mungkin diperlukan.

Ada orang pena cakap aku ni seorang yang 'imun' selsema, sebab ada hidung yang sangat sensetif. Bukan bermaksud imun terus selsema ni cuma jarang kena selsema berbanding orang lain. Hidung aku ni sangat sensetip, mudah bersin tak ikut tempat dan masa. Kadang2 time panas pon aku selalu bersin jer. Alhamdulillah la, rupanya penyakit 'rutin harian' aku ni adalah antibodi aku sendiri.

Biasanya kalau aku selsema mesti diantara aku minum air watercooler, vakuum bilik ataupun bersihkan kipas. [manja gile tak kena habuk sikit pon] tapi nak wat camane, aku ni alahan habuk. Minum air watercooler 2 teguk pon boleh buat demam sampai seminggu. huhu

Biasanya budak kecik sangat sensetif dan lebih mudah terkena selsema berbanding orang dewasa.

Q : dari mana datang nya kahak dan hinguss ? :D [link]
A: Hingus nama saintifiknya cecair mukus dimana ia berfungsi di hidung untuk melindungi badan kita daripada memasuki agen jangkitan seperti kuman, bakteria dan fungi [boleh tahan jugak eh bio aku ni jawab soklan, dah macam doktor la pulak]


Petua Rawatan

1. Rawatan Tradisonal.


ada banyak jenis rawatan jenis tradisional yang menggunakan bahan2 tradisional jugak. Seperti kapur sireh, batang sireh, kunyit hidup, minyak kelapa dan sebagainya. Cara rawatan guna tradisional tak ramai yang tau, even ada jugak gantikan kapur sireh dengan kapur barus, then g tonyoh kat hidung. Pemenda la member ni.
minyak kelapa + daun sirih


Tips ni aku dapat tau dari salah sorang member ni, cari kunyit hidup dan bersihkan. Kemudian asahkan kunyit tu kat belakang pasu [tak pasti asal kena guna pasu] then sapu hasil asahan tu kat hidung. Biasanya mujarab kat bayi2, aku pon tak tau pasti sangat sebab tak pena cuba lak.


2. Kalau rase susah ataupun tak tau yang mana satu kunyit hidup, boleh try method yang lain. Cari teh herba cina kat kedai cina ataupun farmasi. Teh herba cina ni memang pahit, so nak bagi rase sikit letak la madu ataupun asam masin. Dah boleh rasa cam teh limau lak. Make sure minum mase panas2, sebab kalau minum mase dah sejuk baik minum air kosong jer



3. Haa ni tips yang sangat famous, makan sup ayam. Dan dalam mase setengah jam lepas makan tak digalakkan minum air. Makan sup gearbox pon sedap. Makan sup torpedo la kalau ada bran.. hahahaha
credit to google


4. Kalau tak reti sangat pon, cari minyak cap kapak then titiskan beberapa kat mangkuk yang berisi air panas. Then wap2 kan kat muka korang. Petua ni mak aku pena buatkan kat aku time aku kecik, rasa lega sikit la. Kalau korang rasa cam tak berkesan, g sembamkan muka kat dalam mangkuk tu hahahaa

Minyak cap kapak ni alternatif dari minyak kayu putih. Tapi bukan minyak wangi yea. Kang ada jugak orang buang terbiat g titiskan minyak wangi [Calvin Klein, DC etc] kat dalam mangkuk tu.

Tips2 diatas ni adalah untuk melegakan jer selsema dengan menggunakan ubat tradisional. Lebih baik daripada menggunakan painkiller yang terdapat di farmasi ataupun klinik tu. Namun kalau dah lebih dari seminggu korang selsema ni, disarankan korang p klinik untuk mendapat rawatan yang seterusnya.

16 comments:

  1. Kepala aku semakin pening tengok orang dok goyang kepala sebelah tu...haha

    ReplyDelete
  2. nuar : tu iklan semate2, jangan dilayan hehehe

    IR : daun sireh tu bukan untuk makan la, tapi untuk sapu kat hidung dengan minyak kelapa sekali..

    ReplyDelete
  3. uit incik Dani.. masih ingat aku kah..? hehe

    ReplyDelete
  4. Aku selalu kena selsema ni.. kalau aku makan ubat ke, dia cepat hilang tapi cepat datang balik.. aku selalu biar je.. tunggu dia ilang sendiri, dengan cara tu lambat sikit untuk kena selsema balik..hehe

    ReplyDelete
  5. wahh..berinfo 2 bro.tq utk info bergune ne..

    ReplyDelete
  6. thanks sume2.. kalau korang ada tips2 tambahan ataupun petua korang ke untuk selsema ni, share2 jugak kat sini hehe

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, tuan rumah...
    selsema ni kebarangkalian ia ada kaitan dgn lendir2 tersumbat di sudut dalaman muka. Lendir ni lama2 kalau dibiar akan menjadi kotoran membuatkan hidung tersumbat dan muka sembab. Terdapat pelbagai cara nak rawat. Tapi salah satu yg daku jumpa adalah di:

    Rawatan mencairkan lendir dan kahak selsema

    Insyaallah berbaloi meluangkan masa teliti. Semoga berjaya. Tq.

    ReplyDelete
  8. makan sup ayam ye? hurm, okay. thank you!

    ReplyDelete
  9. urmm...mas sdg dlanda selsema ni..nasib ade tips yg bole dibuat..maklumlah...semua kne buat sendiri sbb jauh dirantauan....nnt nk beli sup ayam la...:-)

    ReplyDelete
  10. aku pun selalu selsema..sekejap klumpur..sekejap brussels..skjp tokyo..skjp moscow attending meeting...so kne cpt sembuh..biasa guna clarinase...ubat tradisional mmg lambat la..biar berkorban nyawa asal negara selamat.

    ReplyDelete
  11. rawatan dari dalam sangat penting, jadi kena jaga permakanan, rehat yang cukup

    ReplyDelete