Monday, December 6, 2010

Tulisan kita bukan untuk memaksa org baca, tapi orang yang akan memaksa kita untuk menulis lagi



Tiap kali aku nak update blog biasanya aku tak de idea sangat nak tulis apa, tapi bila banyak sangat idea sebab banyak buat mende dan sibuk dengan assigment [especially masa minggu exam] masa tu la idea bercurah2.

1 kelemahan aku bila update blog adalah aku mengambil masa yang agak lama untuk nak tulis 1 entry jer. Tapi 1 entry agak panjang sikit. Tak suka kalau update pendek2 dan banyak. Cam sesetengah orang suka update entry "hai korang sume, sya x de idea sgt nk update blog hari ni ok bye"

Seolah2 kita berjumpa dengan seseorang tu dan hanya berkata "Hai ahmad , aku tak da apa2 nak cakap kat ko hari ni. ok la. bye." Wtf man amenda ko cakap ni, kok ye pon tanya la khabar sikit ke. jangan la terus blah je. Tak kan lah 1 hari pon tak de cerita kan.

At least ada la menda nak share info sikit. Kalau nak copy paste artikel pon boleh jer. Jangan la tiru bulat2 jer, paling koman pon mengolah cara tersendiri ya.

Ada seorang bloggers ni tanya aku kat formspring soalannya berbunyi
"tak penat ke taip blog panjang-panjang? mane dapat idea wat entri eh? nak tau tips boleh?=) "
Aku pon jawab
"haa thats is very good question. depends la on the individual to write something that he/she loves and favorites. macam kita ni suka tulis bila ada 1 isu timbul. so banyak la idea bercurah2.. tu kelebihan la kalau salu tulis panjang2, tapi kelemahannya pulak mengambil masa yang agak panjang dan kadang2 tak berapa kosisten. contohnya macam sekarang ni kita tak de idea sangat nak tulis ape"
Formspring ni dah macam mini blog aku dah, bila orang bagi aku soalan or 1 isu, aku suka jawab panjang2 instead of giving very short answer. Setengah orang suka jumlah jawapan yang sangat banyak, ada yang sampai melebihi 3000+. dengan jawapan simple seperti idk, haha, yes, no, =] dan lain2.

Aku ingatkan jawapan aku yang panjang2 ni boring, tapi ramai jugak yang suka kat jawapan panjang2 aku ni. Ada yang respon cara penulisan aku ni membuatkan dia pon nak tulis panjang2 dan banyak pengolahan idea. Ni responnya
Dah, tadi bace sume jawapan lame2 kamu dan entry panjang2. yang tu saya rase inspring nak tulis panjang2 daripada jawap merapu2 jer.

so,thanks atas kesedaran-secara-tak-sengaje tu!=)

anyway, dah bace kat blog..oh, saye stalker yang berjaya. hehe.suke kat style tulisan awak.

Well, 1 jer kelemahan aku ialah, tak konsisten dan mengambil masa yang sangat panjang untuk menulis.


Quotes yang membakar semangat aku untuk menulis
Tulisan kita bukan untuk memaksa org baca,
tapi orang yang akan memaksa kita untuk menulis lagi
-Iskandar Shah Mohd Zawawi

Hurm miss the quotes...


8 comments:

  1. first comment yeah

    oh, i still like ur writing. inspiring me somehow.anyway nice to know u

    ReplyDelete
  2. Wah. thanks Danny sebab menjadikan kata-kata tu sebagai satu inspirasi. Tengok sekarang kamu mendapat respons yang positif daripada rakan-rakan dengan penulisan yang baik. Teruskan perjuangan dalam dunia blog. Cuma kena ingat, dunia pun bersifat sementara... tiba masa kena lah memikirkan sesuatu.. faham kan?

    ReplyDelete
  3. anonymous : laju nye respon, terus je komen. thanks~

    is: thanks is.. jap tak paham la. nape baru2 ni is seakan2 cam ganjil semacam

    ReplyDelete
  4. delete blog, kemudian block orang, dan bagi kata2 yang sangat tersirat...

    ReplyDelete
  5. Emm... Entahlah danny. Selama ini aku cuba meletakkan diri aku sama dengan orang lain. Tak terlalu tinggi dan tak terlalu rendah. Tapi adakalanya kita kena sedar yang orang lain pulak yang tak mahu kelihatan sama tinggi atau sama rendah dengan kita.....

    ReplyDelete
  6. tapi is, tak perlu la sampai delete blog terus.. kalau block tu tak pe lagi

    ReplyDelete