Wednesday, January 18, 2012

Apa yang lebih cool daripada seorang polis memandu kereta?


Jawapannya, seorang polis memandu Ford Mustang Cobra sambil drift sana sini. Seperti dalam video ini.



Aku tak pasti bagaimana mekanisme drift pada sebuah motor tu boleh berlaku. Dari apa konsep fizik yang aku faham, halaju kenderaan dua tayar ni akan berkurangan sebanyak satu per empat (1/4) daripada kelajuan sebenar apabila kenderaan ni meluncur 'drifting'. Jadi tak berapa efisien jika dibandingkan dengan motor yang 'corner baring' tu. Namun tu dari segi pemerhatian aku je. Tak semestinya analisis aku ni benar sebab aku tak pernah lak buat drift motor ataupun corner baring dengan motor. Setakat bawak motor kapcai EX5 gi semayang jumaat biase je la.



Ake kategorikan kereta kepada tiga kelas :-


Exotic Car
  1. seperti Mercedes Benz, Alfa Romeo, Audi, BMW, Ferrari, Pagani Zonda, Porsche, Lamborghini etc
  2. biasanya pengeluar dari German, Italy dan sekitar2 eropah.
  3. kereta yang hampir perfect, selesa dari segi pemanduannya, pick up laju, handling mantap, dan long distant driving. Dan kereta yang hebat mesti kena ada wang yang hebat. Harganya sangat tinggi. Biasanya dimiliki oleh businessman minyak dan anak menteri. Secara ringkasnya, aku simpulkan kepada 3 kategori:
    • Top Speed : Superb
    • Acceleration : Very High
    • Handling : High

    Murchielago menjadi kebanggaan Jerman
Tuner Car
  1. Contohnya Toyota, Mazda, Honda, Subaru, Mitsubishi, Nissan etc
  2. mostly pengeluar dari Jepun.
  3. Kereta yang sangat common di Asia dan juga di Malaysia (ingat tak slogan asia untuk orang asia?)
  4. Tak sehebat kereta exotic ni, harganya murah dan berpatutan, tak laju sangat dan biasa2 jer. Rakyat biasa mampu membelinya. Kereta Tuner ni lebih dikenali dengan kelebihan meluncur 'drift'. Kereta taufu yang murah seperti AE86 pon boleh drift. Jika dimodifiedkan sekali dengan tambah turbo dan nos. Boleh menjadi kereta yang
    • Top Speed : Moderate
    • Acceleration : Moderate
    • Handling : Superb
Inspira menjadi kebanggaan Malaysia (haha)

AE86 menjadi kebanggaan Jepun

Muscle Car
  1. Contohnya Covette, Ford, Dodge, Camaro, Shelby, Chevrolet, Pontiac, Plymouth etc
  2. biasanya pengeluar dari US
  3. Abaikan betapa buruknya kereta ni, kereta ni mempunyai CC yang sangat besor dan kuasa kudanya dah mencapai sebuah lori. Sangat mementingkan pick-up laju. Bunyi enjinnya yang sangat cambest. Muscle car ni kurang digemari dan unfamiliar di Malaysia kerana imej kereta ni sangat tidak menarik dan membosankan. Namun bagi sesiapa yang lebih melihat kepada hati dan kualiti yang terdapat pada seseorang tanpa melihat pada imejnya, yaaa ini kereta yang sangat sesuai kepada anda.

    • Top Speed : High
    • Acceleration : Superb
    • Handling : Poor
    • Image : Very Ugly

Dodge Charge
Plymouth Road Runner




Analisis aku ni tak semestinya tepat. Sebab aku dapat ni pon dari research aku mengenai kereta ni. Namun untuk 3 kelas kategori ni boleh la dikira sebagai sumber yang dipercayai, sebab ia datang dari 3 benua yang berbeza dan stail nak buat kereta tu pon berbeza2 (kalau korang perasan la) Apa2 pun, sebarang pertanyaan sangat dialu2kan, kalau nak komen tak setuju pon dialu2kan. Untuk keterangan lanjut, sila la buat research sendiri yea..

Nota kaki : Aku rasa cam nak je tukar karier jadi polis bawak Ford Mustang Cobra sambil pakai spek mata hitam cam video kat atas tu. Serius cool~~

Ford Mustang + Cops + Drifting = Epic


*Muscle Car ferevet aku sejak dulu. Terus search kereta ni kat Ebay ; Ford Mustang

No comments:

Post a Comment