Friday, January 6, 2012

Lesson Plan

Secara jujurnya, ni menda yang aku agak menyampah nak buat tiap kali kelas mengajar di sekolah.
Ia seperti skrip lakonan, kita menulis skrip bagaimana pergerakkan kita, gaya apa yang kita nak gunakan dan apa cerita apa yang kita nak sampaikan.

Jadi seorang guru menggunakan lesson plan ni adalah sebagai skrip 'lakonan'nya di kelas.
Dan aku tak pandai berlakon dan aku memang tak suka berlakon.
Menjadi seorang guru kita bukannya kena 'berlakon' jadi guru, tapi naturally kita memang seorang guru.

Aku tak salahkan lesson plan tu, kerana ia memberi kita 'guideline' dalam pengajaran kita supaya kita tak la dok asyek merapu je. Lesson plan adakalahnya membantu guru bila guru terlari sikit dari objektif pengajaran.

Guru yang bijak menggunakan lesson plan tu sebagai rujukan kepada kita mengenai kaedah yang kita nak pakai ataupun isi kandungannya, itu yang lebih baik. Aku buat simple sahaja, tulis tentang method yang nak pakai je. Tentang soft skill tu kita patut dah belajar sendiri. Tak perlu nak selitkan sekali dalam 'skrip' tu. Namun, di sebahagian institut pengajaran sangat menekankan lesson plan ini, kena detail. Sume menda kena tulis. risau guru lari tak ikut skrip yang dibuatnya.

Mungkin disebabkan aku seorang yang fleksibel, tak suka kepada perkara2 yang rigid akan tidak setuju dengan perkara sebegini.

Adakalanya kita kena bersikap rigid, ada kalanya pula kita kena bersikap fleksibel.

Namun bagi aku, bukannnya perkara yang rigid aku akan sentiasa tak setuju, tetapi yang aku amik kisah adalah mengenai batasan kreativiti guru menjadi terhad. Hanya bertumpu sahaja pada content pengajaran sahaja.

Guru hanya mengikut flow pengajaran sahaja, kurangnya berfikir dan kreativiti. Dan menyebabkan pelajar juga malas berfikir dan tidak kreativiti dalam pembelajaran. Bagaimana pembelajaran nak berkesan kalau student pon malas berfikir dan ikut sahaja ?

Ini la yang terjadi kat masyarakat kita, bila pendidikan kita seolah2 me'limit'kan kreativiti dan ideologi pemikiran pelajar. Memberi implikasi kepada masyarakat kita yang hanya terima sahaja, malas berfikir dan tidak kisah kepada komuniti masyarakat kita yang lain secara tidak langsung. (in case, which is really true)

Apa yang aku dapat lihat sekarang, universiti mengajar seorang guru menjadi seorang robot, kemudian guru yang robot itu mengajar pelajarnya juga menjadi seorang robot.



Aku masih lagi teringat kisah kawan aku ketika di sekolah menengah dulu,
Najib : Cikgu, saya masih lagi tak paham la tentang kamiran tu, macamana t boleh kamirkan sekali?
Cikgu : Awak ni dari tadi lagi tak paham2, awak buat2 paham je la. Hafal lepas tu buat2 paham.

note : Apa aku tulis ni bukannya nak mengkritik mana2 guru sekolah, mana2 universiti ataupun mana2 masyarakat kita. Aku mengkritik sistem pendidikan kita, yang lebih kearah sistem pendidikan barat. (dan sampai sekarang barat jadi rujukan kita)

Dan implikasi yang terjadi adalah kebanyakkan masyarakat kita menjadi masyarakat yang
kurangnya membaca,
kurangnya mengkaji dan
kurangnya berfikir.


1 comment: