Thursday, October 2, 2014

PANDUAN BELI RUMAH











Jika anda membeli rumah untuk kali pertama, proses pembelian rumah seperti buat S&P, berurusan dengan lawyer, caj guaman, duti setem dan sebagainya, boleh menimbulkan kekeliruan kepada anda. Disini saya sertakan beberapa panduan kepada proses-proses yang terlibat di dalam urusan pembelian rumah.

Deposit (Down Payment)


• Biasanya anda perlu bayar Booking Fee atau Earnest Fee sebanyak 2%-3% dari harga beli. Bayaran ini tidak akan dikembalikan, jadi fikir masak-masak sebelum anda membayar.
• Bank biasanya akan memberi pinjaman sebanyak 85%-90% dari harga beli. Anda perlu ada simpanan tunai sekurang-kurangnya untuk baki down payment 10%-15%.
• Jika simpanan tunai tidak cukup, anda boleh mengeluarkan sebahagian simpanan KWSP Akaun 2 untuk bayaran down-payment ini.

Perjanjian Jual-Beli (Sale & Purchase Agreement)

• Semasa perjanjian jual-beli dibuat, anda perlu selesaikan bayaran down payment 10%
• Anda biasanya diberi masa 3+1 bulan untuk menyelesaikan baki bayaran atau mendapat pinjaman rumah
• Jika anda membeli rumah yang sedang dalam pembinaan, biasanya pemaju (developer) akan menyediakan lawyer untuk perjanjian jual-beli (S&P). Bank akan berurusan dengan pemaju untuk membuat bayaran seterusnya bagi pihak anda.
• Jika anda membeli rumah siap (dari individu) biasanya anda perlu melantik peguam bagi pihak anda dalam urusan perjanjian jual-beli.

Caj Guaman & Duti Setem (Legal Fees & Stamp Duty)

• Biasanya caj guaman & duti setem akan dikenakan oleh peguam untuk i) Surat Perjanjian Jual-Beli dan ii) Perjanjian Pinjaman dengan Bank.
• Untuk setiap perjanjian, anggaran caj guaman dan duti setem adalah sekitar 2% dari harga beli / jumlah pinjaman.
• Tidak kira peguam mana yang anda pilih, pastikan anda minta diskaun sebanyak mungkin. Ini kerana kerja-kerja guaman dan kertas kerja yang dibuat adalah sama sahaja tidak kira berapa banyak pinjaman dibuat.

Memohon Pinjaman Bank

• Pinjaman bank perlu dibuat secepat mungkin kerana trend semasa menunjukkan proses kelulusan pinjaman di bank agak perlahan sehingga 2-3 minggu. Ini berlaku terutamanya di kalangan bank-bank tempatan. Jika lambat mohon, lambatlah loan akan disburse dan akhirnya, anda yang terpaksa menanggung interest 10% setahun (daily rest) dari developer.
• Antara pinjaman konvensional & pembiayaan Islamik, saya berpendapat kedua-duanya sama sahaja dari segi perlaksanaannya. Walaupun Islamik "dikatakan" bebas riba, ia dibuat atas sifat mengambil-untung yang berlebihan dengan meletak kadar keuntungan bank yang amat tinggi berbanding pinjaman konvensional. Ekonomi Islam tidak sepatutnya 'menganiaya' pembeli dengan meletak harga jualan yang melampau (sehingga 2-3 kali ganda dari harga kos).
• Dalam memilih pinjaman bank, kadar terendah Tahun Pertama tidak memberi perbezaan ketara kerana secara amnya, kadar pinjaman antara semua bank adalah sekitar 7% - 8% setahun.
• Apabila membuat pinjaman bank, anda perlu ingat, jika buat pinjaman RM150,000 untuk 25 tahun, faedah pinjaman atau keuntungan pembiayaan boleh mencecah RM170,000-RM180,000. Semakin banyak jumlah pinjaman, semakin tinggilah faedah atau keuntungan pembiayaan yang bank ambil. Penekanan harus diberi kepada bagaimana hendak mengurangkan faedah pinjaman tersebut.
• Penjimatan dalam pinjaman rumah BUKAN bergantung kepada kadar terendahuntuk 2 tahun pertama atau tempoh pinjaman, sebaliknya bergantung kepadabagaimana anda mengurus pinjaman rumah tersebut (debt management) danJenis kemudahan pinjaman yang digunakan.
Insurans

• Untuk pinjaman rumah, anda biasanya perlu menyediakan insurans pinjaman MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance) dimana pinjaman akan diselesaikan dengan penuh jika berlaku kematian/hilang upaya kekal ke atas anda.
• MRTA boleh dibayar dengan tunai atau dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman (biasanya tambahan 5% dari harga beli dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman)
• Insurans kebakaran juga diwajibkan ke atas anda untuk melindungi rumah yang anda cagarkan kepada bank dari risiko tertentu. Biasanya dicaj setiap tahun pada kadar RM100 untuk setiap RM100,000 dari nilai rumah .
Bayaran Bulanan
• Walaupun bank memberi kadar faedah rendah untuk Tahun 1 & 2, cuba amal sediakan budget untuk bayaran pinjaman rumah pada kadar 7%-8%. Ini akan membantu belanjawan keluarga dari menghadapi masalah kewangan (terlebih belanja) di masa akan datang.
• Pastikan anda bayar tepat pada masanya untuk mengelakkan caj lewat bayar.
• Pastikan anda tidak gagal membayar ansuran bulanan, kerana setiap jumlah tertunggak akan memberi Credit Rating yang buruk ke atas anda (CCRIS) dan ada kemungkinan jumlah yang tertunggak akan dikenakan caj tambahan oleh bank.

TQ,
Reference : Rumah.net.my

Wednesday, January 22, 2014

Apa yang best bila posting di SMK Lawas

Kali ini aku nak kongsikan sedikit pengalaman aku berkhidmat di SMK Lawas.

3 sekolah aku jadi guru, ketiga2 sekolah berbeza budaya dan sosio ekonominya.


  1. SMK Seri Serdang terletak di bersebelahan dengan UPM, tempat kebanyakkan anak2 pensyarah dan cendikawan guru disana.
  2. SMK USJ4 pula terletak di kawasan golongan elit Subang Jaya. Kebanyakkan anak2 pegawai ataupun peniaga yang bersederhana dan tinggi pendapatannya.
  3. SMK Lawas pula terletak di pekan koboi yang berada di hujuuung Sarawak dan satu2nya pekan yang ada 4 sempadan : Brunei, Sabah, Labuan dan Indonesia.

Sosio Ekonomi

Dari segi Sosio-ekonomi di lawas ni, kebanyakkan ibu bapa disini berkerjaya petani, nelayan, buruh ataupun kerani,Yang hidup bersederhana sikit biasanya ibu bapa berkerjaya pegawai kerajaan ataupun peniaga.

Di sekeliling Lawas ada 4 buah sekolah menengah sahaja, sekolah rendah ada jumlah lebih dari 20 buah sekolah. Sekolah menengah sangat padat dengan pelajarnya. Kebanyakkan pelajar dari kawasan pedalaman pindah ke pekan lawas untuk meneruskan persekolahan di sekolah menengah. Jadi trend biasa pelajar sekolah ni tumpang rumah makciknya ataupun rumah sepupunya untuk masuk sekolah menengah. (ada pelajar aku pernah kena gastrik perut sebab kurang selera makan di rumah aunty nya)

Secara purata pendapatan sekeluarga disini lebih kurang RM500-RM1200 sebulan. Average bagi kebanyakkan pelajar disini ada 4-7 adik beradik.Aku pasan walaupun pendapatan keluarga agak rendah, mereka mampu menanggung 1 sekeluarga yang ramai ahlinya.

Guru Disanjung Tinggi

Besnye mengajar di SMK Lawas, mana2 pelajar yang terserempak dengan guru, mereka akan beri salam "selamat pagi cikgu" walaupun guru tu tak mengajar mereka di kelas. Dulu aku mengajar di sekolah kawasan elit, mereka tak tegur guru2 yang tak mengajar mereka sebab tak kenal. Mereka hanya tegur guru mereka yang kenal sahaja.

Kat lawas berbeza, mereka sangat respek kat golongan guru ni. Bukan setakat pelajar, makcik cleaner yang tetiap hari sapu kat sekolah pon rajin sapa mana2 guru. Kalau di pekan, pergi ke kedai ataupun pasar, orang disini sangat hormati guru..Mereka mengganggap kerjaya guru ni adalah kerjaya yang mulia dan harus disanjung tinggi.

Pengalaman ni aku tak pernah rasai mana-mana tempat di semenanjung Malaysia.

Pemanduan yang tenang dan santai

Di sekeliling pekan lawas pun sangat tenang sahaja dan tidak sibuk. Disini aku pergi ke sekolah tiap2 naik motor iiekpai. Untuk makluman pembaca, aku tak de lesen motor. Dan aku takut nak bawak motor di bandar KL ataupun Selangor. Kebanyakkan pemandu kereta Lawas, mereka memandu kereta dengan sangat berhemah dan pelahan.

 Orang semenanjung yang biasa dengan traffic jam dan suka bawak laju selalu merungut orang lawas ni bawak kereta lembab gile. Tapi bagi aku, ia adalah tempat yang sangat tenang dan santai. Tak perlu nak terkejar-kejar seperti pemandu kereta di Selangor. Nak tau orang semenanjung disini senang je, tengok gaya pemanduannya, yang suka hon ataupun bawak laju tu konfom orang semenanjung.

Aku masih ingat lagi ada satu ketika aku tengah otw ke sekolah, ada kereta depan aku tiba2 berhenti di tengah jalan, berhenti sebab ada lagi satu kereta di depannya behenti semata-mata untuk membeli nasi lemak di gerai tepi jalan. Aku geleng je kepala. Kereta di depan aku pon bukannya nak hon ke apa. Boleh lagi bersabar dan tunggu je sehingga kereta didepannya itu berjalan semula. Orang Lawas boleh bersabar dan tak mudah merungut. Kalau kes ni orang buat kat semenanjung, memang dah kena maki sekali ditambah dengan jari hantu bertubi-tubi.

Last but not least, 1Malaysia (perpaduan)

despite different race, despite different religion, they really can get along well. Most of them..
Melayu, cina dan lunbawang. Boleh jadi 1 geng kawan.Perkara yang common di SMK Lawas. (ni budak kelas aku)


dah lewat ni, pukul 1pagi aku siap post ni.. aku kena gerak ke sekolah 6.30 esok pagi ni..

Tuesday, January 21, 2014

Variety of experience

Tahun 2012 = SMK Seri Serdang
Tahun 2013 = SMK USJ 4 & SMK Lawas
Tahun 2014 = SMK Lawas

Alhamdulillah, tahun 2014 ini adalah tahun kedua aku berkhidmat sebagai guru sepenuh masa di Lawas. Kalau sekalikan dengan guru praktikal dan guru ganti, ni dah tahun ketiga pengalaman aku jadi guru. Kalau ikut tempoh masa aku berkhidmat di Lawas, tak sampai pun setahun. Tapi yang pasti, tahun ni adalah tahun kedua aku jadi guru tetap di Lawas.

Ramai orang selalu menyangka tugas guru ni adalah tugas yang mudah. Bagi aku itu adalah satu persepsi yang sangat salah. Dimata orang luar, kerjaya guru ni banyak cuti dan balik awal. Mengajar bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Tugas guru memang sibuk. Setiap hari setiap minggu ada je tugas2 baru yang kena dilaksanakan secepat mungkin. Dan tak semua orang boleh jadi guru. Zaman sekarang ni guru lagi ditambah dengan pelbagai tugas. Dari pelajar ke kelas sehingga la tugas pengkeranian di luar waktu pejabat. Balik dari sekolah sambung pula buat kerja di rumah. Yang hanya benar2 faham situasi sebenar guru ni adalah guru tu sendiri dan ahli keluarganya.

Apa yang menariknya jadi guru ni. 1 perkara yang boleh menghilangkan rasa penat aku sepanjang aku berkhidmat sebagai guru adalah : Pengalaman yang pelbagai. Ya, pengalaman.

Sepanjang 3 tahun aku berkhidmat di sekolah, aku dapat :-

  • pelbagai sikap pelajar
  • pelbagai personaliti kawan sekerja guru
  • pelbagai ragam kelas
  • pelbagai kerenah pengetua
  • pelbagai sistem pengurusan
  • pelbagai aktiviti dan event
  • pelbagai budaya sekolah
  • pelbagai cerewet ibu bapa
  • pelbagai kaedah pengajaran
  • pelbagai taraf sosio-ekonomi kawasan tu
  • pelbagai sukan kena adili
  • pelbagai pengalaman cikgu kejar budak lari dari sekolah
  • pelbagai bakat yang kena cungkil
  • pelbagai tugasan yang merapu
  • dan pelbagai perkara yang tak mampu aku tulis kat sini (tak pergi la sekolah esok kalau aku senaraikan semua)
Itu yang buat aku rasa seronok jadi guru. Daripada pengalaman aku mengajar budak sekolah menengah, pelajar ni macam2 ragam. Pelajar menengah rendah berbeza dengan pelajar menengah atas. Cara kita kendalikan kelas pon kena ada kepebagaian. Tak boleh stick 1 kaedah jer. Kelas lain2, budak pon lain2, cara kita pon kena lain2. Pengalaman tiap2 tahun pon lain2. Aku tak pernah jemu pergi ke sekolah jumpa pelajar2 yang lain setiap tahun. 

Indahnya ciptaan Allah yang sangat unik ini, manusia memang unik, takde yang sama.. 

Setiap pelajar berbeza sikap, setiap kelas pon berbeza disiplin, setiap tingkatan pun berbeza perangai. Setiap sekolah pon berbeza sistemnya. Setiap negeri pon berbeza budayanya.

Aku soh buat latihan, budak laki jadi harry potter kat belakang. Budak kelas 3 unggul.