3 sekolah aku jadi guru, ketiga2 sekolah berbeza budaya dan sosio ekonominya.
- SMK Seri Serdang terletak di bersebelahan dengan UPM, tempat kebanyakkan anak2 pensyarah dan cendikawan guru disana.
- SMK USJ4 pula terletak di kawasan golongan elit Subang Jaya. Kebanyakkan anak2 pegawai ataupun peniaga yang bersederhana dan tinggi pendapatannya.
- SMK Lawas pula terletak di pekan koboi yang berada di hujuuung Sarawak dan satu2nya pekan yang ada 4 sempadan : Brunei, Sabah, Labuan dan Indonesia.
Sosio Ekonomi
Dari segi Sosio-ekonomi di lawas ni, kebanyakkan ibu bapa disini berkerjaya petani, nelayan, buruh ataupun kerani,Yang hidup bersederhana sikit biasanya ibu bapa berkerjaya pegawai kerajaan ataupun peniaga.Di sekeliling Lawas ada 4 buah sekolah menengah sahaja, sekolah rendah ada jumlah lebih dari 20 buah sekolah. Sekolah menengah sangat padat dengan pelajarnya. Kebanyakkan pelajar dari kawasan pedalaman pindah ke pekan lawas untuk meneruskan persekolahan di sekolah menengah. Jadi trend biasa pelajar sekolah ni tumpang rumah makciknya ataupun rumah sepupunya untuk masuk sekolah menengah. (ada pelajar aku pernah kena gastrik perut sebab kurang selera makan di rumah aunty nya)
Secara purata pendapatan sekeluarga disini lebih kurang RM500-RM1200 sebulan. Average bagi kebanyakkan pelajar disini ada 4-7 adik beradik.Aku pasan walaupun pendapatan keluarga agak rendah, mereka mampu menanggung 1 sekeluarga yang ramai ahlinya.
Guru Disanjung Tinggi
Besnye mengajar di SMK Lawas, mana2 pelajar yang terserempak dengan guru, mereka akan beri salam "selamat pagi cikgu" walaupun guru tu tak mengajar mereka di kelas. Dulu aku mengajar di sekolah kawasan elit, mereka tak tegur guru2 yang tak mengajar mereka sebab tak kenal. Mereka hanya tegur guru mereka yang kenal sahaja.Kat lawas berbeza, mereka sangat respek kat golongan guru ni. Bukan setakat pelajar, makcik cleaner yang tetiap hari sapu kat sekolah pon rajin sapa mana2 guru. Kalau di pekan, pergi ke kedai ataupun pasar, orang disini sangat hormati guru..Mereka mengganggap kerjaya guru ni adalah kerjaya yang mulia dan harus disanjung tinggi.
Pengalaman ni aku tak pernah rasai mana-mana tempat di semenanjung Malaysia.
Pemanduan yang tenang dan santai
Di sekeliling pekan lawas pun sangat tenang sahaja dan tidak sibuk. Disini aku pergi ke sekolah tiap2 naik motor iiekpai. Untuk makluman pembaca, aku tak de lesen motor. Dan aku takut nak bawak motor di bandar KL ataupun Selangor. Kebanyakkan pemandu kereta Lawas, mereka memandu kereta dengan sangat berhemah dan pelahan.Orang semenanjung yang biasa dengan traffic jam dan suka bawak laju selalu merungut orang lawas ni bawak kereta lembab gile. Tapi bagi aku, ia adalah tempat yang sangat tenang dan santai. Tak perlu nak terkejar-kejar seperti pemandu kereta di Selangor. Nak tau orang semenanjung disini senang je, tengok gaya pemanduannya, yang suka hon ataupun bawak laju tu konfom orang semenanjung.
Aku masih ingat lagi ada satu ketika aku tengah otw ke sekolah, ada kereta depan aku tiba2 berhenti di tengah jalan, berhenti sebab ada lagi satu kereta di depannya behenti semata-mata untuk membeli nasi lemak di gerai tepi jalan. Aku geleng je kepala. Kereta di depan aku pon bukannya nak hon ke apa. Boleh lagi bersabar dan tunggu je sehingga kereta didepannya itu berjalan semula. Orang Lawas boleh bersabar dan tak mudah merungut. Kalau kes ni orang buat kat semenanjung, memang dah kena maki sekali ditambah dengan jari hantu bertubi-tubi.
Last but not least, 1Malaysia (perpaduan)
despite different race, despite different religion, they really can get along well. Most of them..
Melayu, cina dan lunbawang. Boleh jadi 1 geng kawan.Perkara yang common di SMK Lawas. (ni budak kelas aku)
cantiknya women di smk lawas ni
ReplyDeletecantiknya women di smk lawas ni
ReplyDelete(:
ReplyDeleteyang guna tudung tu pandai cakap cina kan?
ReplyDeleteya
Delete(\ /)
ReplyDelete(°×°)
(")(")
:-)
PLEASE READ PLEASE READ
ReplyDeleteHi, yes its real just got my blank atm card,from MR GEORGE. he is really good at what he is doing. met some people but they ran away with my money but mr george sent me the card two days ago through courier service in my country. The card programmed for only money withdraws without being noticed and can also be used for free online purchases of any kind. The application process is so simple, i have tried mine with the closest ATM machine close to me, to my greatest surprise It worked like magic. I was able to withdraw up to $3000 daily, i dont have to worry about getting a loan anymore.This ATM has really change my life. If you want to contact them.Here is the email address georgeflemming402@yandex.com