Tahun 2013 = SMK USJ 4 & SMK Lawas
Tahun 2014 = SMK Lawas
Alhamdulillah, tahun 2014 ini adalah tahun kedua aku berkhidmat sebagai guru sepenuh masa di Lawas. Kalau sekalikan dengan guru praktikal dan guru ganti, ni dah tahun ketiga pengalaman aku jadi guru. Kalau ikut tempoh masa aku berkhidmat di Lawas, tak sampai pun setahun. Tapi yang pasti, tahun ni adalah tahun kedua aku jadi guru tetap di Lawas.
Ramai orang selalu menyangka tugas guru ni adalah tugas yang mudah. Bagi aku itu adalah satu persepsi yang sangat salah. Dimata orang luar, kerjaya guru ni banyak cuti dan balik awal. Mengajar bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Tugas guru memang sibuk. Setiap hari setiap minggu ada je tugas2 baru yang kena dilaksanakan secepat mungkin. Dan tak semua orang boleh jadi guru. Zaman sekarang ni guru lagi ditambah dengan pelbagai tugas. Dari pelajar ke kelas sehingga la tugas pengkeranian di luar waktu pejabat. Balik dari sekolah sambung pula buat kerja di rumah. Yang hanya benar2 faham situasi sebenar guru ni adalah guru tu sendiri dan ahli keluarganya.
Apa yang menariknya jadi guru ni. 1 perkara yang boleh menghilangkan rasa penat aku sepanjang aku berkhidmat sebagai guru adalah : Pengalaman yang pelbagai. Ya, pengalaman.
Sepanjang 3 tahun aku berkhidmat di sekolah, aku dapat :-
- pelbagai sikap pelajar
- pelbagai personaliti kawan sekerja guru
- pelbagai ragam kelas
- pelbagai kerenah pengetua
- pelbagai sistem pengurusan
- pelbagai aktiviti dan event
- pelbagai budaya sekolah
- pelbagai cerewet ibu bapa
- pelbagai kaedah pengajaran
- pelbagai taraf sosio-ekonomi kawasan tu
- pelbagai sukan kena adili
- pelbagai pengalaman cikgu kejar budak lari dari sekolah
- pelbagai bakat yang kena cungkil
- pelbagai tugasan yang merapu
- dan pelbagai perkara yang tak mampu aku tulis kat sini (tak pergi la sekolah esok kalau aku senaraikan semua)
Itu yang buat aku rasa seronok jadi guru. Daripada pengalaman aku mengajar budak sekolah menengah, pelajar ni macam2 ragam. Pelajar menengah rendah berbeza dengan pelajar menengah atas. Cara kita kendalikan kelas pon kena ada kepebagaian. Tak boleh stick 1 kaedah jer. Kelas lain2, budak pon lain2, cara kita pon kena lain2. Pengalaman tiap2 tahun pon lain2. Aku tak pernah jemu pergi ke sekolah jumpa pelajar2 yang lain setiap tahun.
Indahnya ciptaan Allah yang sangat unik ini, manusia memang unik, takde yang sama..
Setiap pelajar berbeza sikap, setiap kelas pon berbeza disiplin, setiap tingkatan pun berbeza perangai. Setiap sekolah pon berbeza sistemnya. Setiap negeri pon berbeza budayanya.
Aku soh buat latihan, budak laki jadi harry potter kat belakang. Budak kelas 3 unggul.
kesaksian nyata dan kabar baik !!!
ReplyDeleteNama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan
Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar
Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda
untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com