Wednesday, January 22, 2014

Apa yang best bila posting di SMK Lawas

Kali ini aku nak kongsikan sedikit pengalaman aku berkhidmat di SMK Lawas.

3 sekolah aku jadi guru, ketiga2 sekolah berbeza budaya dan sosio ekonominya.


  1. SMK Seri Serdang terletak di bersebelahan dengan UPM, tempat kebanyakkan anak2 pensyarah dan cendikawan guru disana.
  2. SMK USJ4 pula terletak di kawasan golongan elit Subang Jaya. Kebanyakkan anak2 pegawai ataupun peniaga yang bersederhana dan tinggi pendapatannya.
  3. SMK Lawas pula terletak di pekan koboi yang berada di hujuuung Sarawak dan satu2nya pekan yang ada 4 sempadan : Brunei, Sabah, Labuan dan Indonesia.

Sosio Ekonomi

Dari segi Sosio-ekonomi di lawas ni, kebanyakkan ibu bapa disini berkerjaya petani, nelayan, buruh ataupun kerani,Yang hidup bersederhana sikit biasanya ibu bapa berkerjaya pegawai kerajaan ataupun peniaga.

Di sekeliling Lawas ada 4 buah sekolah menengah sahaja, sekolah rendah ada jumlah lebih dari 20 buah sekolah. Sekolah menengah sangat padat dengan pelajarnya. Kebanyakkan pelajar dari kawasan pedalaman pindah ke pekan lawas untuk meneruskan persekolahan di sekolah menengah. Jadi trend biasa pelajar sekolah ni tumpang rumah makciknya ataupun rumah sepupunya untuk masuk sekolah menengah. (ada pelajar aku pernah kena gastrik perut sebab kurang selera makan di rumah aunty nya)

Secara purata pendapatan sekeluarga disini lebih kurang RM500-RM1200 sebulan. Average bagi kebanyakkan pelajar disini ada 4-7 adik beradik.Aku pasan walaupun pendapatan keluarga agak rendah, mereka mampu menanggung 1 sekeluarga yang ramai ahlinya.

Guru Disanjung Tinggi

Besnye mengajar di SMK Lawas, mana2 pelajar yang terserempak dengan guru, mereka akan beri salam "selamat pagi cikgu" walaupun guru tu tak mengajar mereka di kelas. Dulu aku mengajar di sekolah kawasan elit, mereka tak tegur guru2 yang tak mengajar mereka sebab tak kenal. Mereka hanya tegur guru mereka yang kenal sahaja.

Kat lawas berbeza, mereka sangat respek kat golongan guru ni. Bukan setakat pelajar, makcik cleaner yang tetiap hari sapu kat sekolah pon rajin sapa mana2 guru. Kalau di pekan, pergi ke kedai ataupun pasar, orang disini sangat hormati guru..Mereka mengganggap kerjaya guru ni adalah kerjaya yang mulia dan harus disanjung tinggi.

Pengalaman ni aku tak pernah rasai mana-mana tempat di semenanjung Malaysia.

Pemanduan yang tenang dan santai

Di sekeliling pekan lawas pun sangat tenang sahaja dan tidak sibuk. Disini aku pergi ke sekolah tiap2 naik motor iiekpai. Untuk makluman pembaca, aku tak de lesen motor. Dan aku takut nak bawak motor di bandar KL ataupun Selangor. Kebanyakkan pemandu kereta Lawas, mereka memandu kereta dengan sangat berhemah dan pelahan.

 Orang semenanjung yang biasa dengan traffic jam dan suka bawak laju selalu merungut orang lawas ni bawak kereta lembab gile. Tapi bagi aku, ia adalah tempat yang sangat tenang dan santai. Tak perlu nak terkejar-kejar seperti pemandu kereta di Selangor. Nak tau orang semenanjung disini senang je, tengok gaya pemanduannya, yang suka hon ataupun bawak laju tu konfom orang semenanjung.

Aku masih ingat lagi ada satu ketika aku tengah otw ke sekolah, ada kereta depan aku tiba2 berhenti di tengah jalan, berhenti sebab ada lagi satu kereta di depannya behenti semata-mata untuk membeli nasi lemak di gerai tepi jalan. Aku geleng je kepala. Kereta di depan aku pon bukannya nak hon ke apa. Boleh lagi bersabar dan tunggu je sehingga kereta didepannya itu berjalan semula. Orang Lawas boleh bersabar dan tak mudah merungut. Kalau kes ni orang buat kat semenanjung, memang dah kena maki sekali ditambah dengan jari hantu bertubi-tubi.

Last but not least, 1Malaysia (perpaduan)

despite different race, despite different religion, they really can get along well. Most of them..
Melayu, cina dan lunbawang. Boleh jadi 1 geng kawan.Perkara yang common di SMK Lawas. (ni budak kelas aku)


dah lewat ni, pukul 1pagi aku siap post ni.. aku kena gerak ke sekolah 6.30 esok pagi ni..

Tuesday, January 21, 2014

Variety of experience

Tahun 2012 = SMK Seri Serdang
Tahun 2013 = SMK USJ 4 & SMK Lawas
Tahun 2014 = SMK Lawas

Alhamdulillah, tahun 2014 ini adalah tahun kedua aku berkhidmat sebagai guru sepenuh masa di Lawas. Kalau sekalikan dengan guru praktikal dan guru ganti, ni dah tahun ketiga pengalaman aku jadi guru. Kalau ikut tempoh masa aku berkhidmat di Lawas, tak sampai pun setahun. Tapi yang pasti, tahun ni adalah tahun kedua aku jadi guru tetap di Lawas.

Ramai orang selalu menyangka tugas guru ni adalah tugas yang mudah. Bagi aku itu adalah satu persepsi yang sangat salah. Dimata orang luar, kerjaya guru ni banyak cuti dan balik awal. Mengajar bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Tugas guru memang sibuk. Setiap hari setiap minggu ada je tugas2 baru yang kena dilaksanakan secepat mungkin. Dan tak semua orang boleh jadi guru. Zaman sekarang ni guru lagi ditambah dengan pelbagai tugas. Dari pelajar ke kelas sehingga la tugas pengkeranian di luar waktu pejabat. Balik dari sekolah sambung pula buat kerja di rumah. Yang hanya benar2 faham situasi sebenar guru ni adalah guru tu sendiri dan ahli keluarganya.

Apa yang menariknya jadi guru ni. 1 perkara yang boleh menghilangkan rasa penat aku sepanjang aku berkhidmat sebagai guru adalah : Pengalaman yang pelbagai. Ya, pengalaman.

Sepanjang 3 tahun aku berkhidmat di sekolah, aku dapat :-

  • pelbagai sikap pelajar
  • pelbagai personaliti kawan sekerja guru
  • pelbagai ragam kelas
  • pelbagai kerenah pengetua
  • pelbagai sistem pengurusan
  • pelbagai aktiviti dan event
  • pelbagai budaya sekolah
  • pelbagai cerewet ibu bapa
  • pelbagai kaedah pengajaran
  • pelbagai taraf sosio-ekonomi kawasan tu
  • pelbagai sukan kena adili
  • pelbagai pengalaman cikgu kejar budak lari dari sekolah
  • pelbagai bakat yang kena cungkil
  • pelbagai tugasan yang merapu
  • dan pelbagai perkara yang tak mampu aku tulis kat sini (tak pergi la sekolah esok kalau aku senaraikan semua)
Itu yang buat aku rasa seronok jadi guru. Daripada pengalaman aku mengajar budak sekolah menengah, pelajar ni macam2 ragam. Pelajar menengah rendah berbeza dengan pelajar menengah atas. Cara kita kendalikan kelas pon kena ada kepebagaian. Tak boleh stick 1 kaedah jer. Kelas lain2, budak pon lain2, cara kita pon kena lain2. Pengalaman tiap2 tahun pon lain2. Aku tak pernah jemu pergi ke sekolah jumpa pelajar2 yang lain setiap tahun. 

Indahnya ciptaan Allah yang sangat unik ini, manusia memang unik, takde yang sama.. 

Setiap pelajar berbeza sikap, setiap kelas pon berbeza disiplin, setiap tingkatan pun berbeza perangai. Setiap sekolah pon berbeza sistemnya. Setiap negeri pon berbeza budayanya.

Aku soh buat latihan, budak laki jadi harry potter kat belakang. Budak kelas 3 unggul.