Friday, August 20, 2010

Sajak : "Astaugfirullah aku selalu lupakan Allah"


Kau memang hebat
kau memiliki harta yang banyak
ramai menggagumi harta mu itu
kerana mereka tidak memilikinya seperti mu
namun kau menggunakannya ditempat yang salah

kau memang hebat
kau memikat wanita yang cantik
ramai menggagumi mu
kerana mereka tidak berjaya memikat wanita seperti mu
namun kau menggunakannya ditempat yang salah

kau memang hebat
kau bermegah2 kehebatan mu
dimuka bumi ini dengan perasaan angkuh dan sombong
ramai menggagumi mu
kerana mereka tidak mempunyai kehebatan seperti mu
namun kau menggunakannya ditempat yang salah

Sebenarnya kau memang benar2 hebat
apabila jauh sudut di hati mu
ingat juga kat tuhan sikit
lalu kau berdoa
agar dijauhkan bala ketika kau seronok berfoya2
yang peliknya
kau berdoa ketika kau membuat maksiat
tak ke bangang tu
namun Allah tetap tidak terus menghukum mu
sebab DIA sayangkan kamu

Sebenarnya kau memang benar2 hebat
selepas kau seronok berhibur sana sini
kau terus mengingati Tuhan dan terus bertaubat
yang peliknyasebelum itu kau sentiasa nak elak daripada mengingatiNYA
namun Allah tetap tidak terus menghukum mu
sebab DIA sayangkan kamu

Sebenarnya kau memang benar2 hebat
apabila kau mengakui yang kau tidak mempunyai apa2 pun kelebihan didunia ini
yang peliknya
sebelum itu kau dengan angkuhnya berkata ini semua kau punya
namun Allah menegur mu dengan menghantar seorang hamba Allah kepada mu
supaya DIA boleh mengembalikan kamu ke jalan asalsebab DIA sayangkan kamu

Sebenarnya kau memang benar2 hebat
apabila kau akui kelemahan kamu dalam mengigati Tuhan
dengan berkata
"Astaugfirullah aku selalu lupakan Allah"
tapi sesungguhnya walaupun kau selalu lupakanNYA
DIA tak pernah melupakan mu
sebab DIA sayangkan kamu


[13comments]


1 comment: