Wednesday, December 29, 2010

Malaysia ataupun Chelsea ? Mana pilihan anda ?


Lama kan aku dah tak update pasal bola? Selama aku selalu tengok game antarabangsa Malaysia lawan negara2 lain, first time aku tengok skuad Malaysia kali ni bersemangat daripada game2 sebelum ni. Sebelum ni squad Malaysia agak kureng sikit, tak tau asal asyek lesu jer main, even semangat nak menang tu jarang sekali aku tengok.

Agaknya sebab sebelum ni squad Malaysia asyek pakai player lame jer. Coach lebih mementingkan pemain yang terkenal daripada pemain yang berpotensi dan berbakat. Tapi kali ni jurulatih Rajagobal lebih mementingkan bakat daripada ternama. Dia bijak bila mencungkil bakat2 baru untuk masuk dalam squad antarabangsa. Skuad sekarang ni pon kebanyakkan diambil dari squad U21 [dulu dia coach U21] yang juara Sukan Sea yang lepas.

Aku kagum dengan Center Back Mesia ni, dua2 pemain muda dan dua2 ni agak kebal pertahanan Malaysia sekali digabungkan dengan keeper Fahmi. Semuanya pemain2 muda. Sangkaan aku meleset bila aku menyangkakan bila Aidil Zafuan [Center Back] yang injured akan memberikan kesan negatif kat pertahanan Malaysia.

Aku tak sokong team kelantan, tapi aku suka kat player sorang ni [sejak 2008], pemain yang paling kosisten dan sentiasa boleh diharapkan

Nor Shahrul.

Kebiasannya match2 dulu Malaysia selalu cam tak bermaya sangat bila masuk kat 2nd half, tapi bila lepas jer insiden 'laser kat keeper' mase 2nd half tu, Malaysia serang bertubi2 kat indon. Malah dah pandai pressure kat midfield dan defender indon.

Aku tak pasti sama ada insiden 'laser' tu yang menyebabkan indon tiba2 lemah semangat, tapi apa yang aku nampak bila Mesia dah start pressure, pertahanan Indon mudah jer goyah, even nak masuk kat tempat penalti pon mudah jer. Jentera Midfield indon yang paling tak menjadi, tak pasti sebab apa kurang gerakan.

Apa2 pun, gerakan serangan Mesia kali ni memang menjadi. Menggelecek kemudian membuat hantaran one two one memang attacking style yang paling menarik sekali. Dah macam game Barca dan Arsenal lak. Harap la stail pemainan mesia ni tak berhenti setakat ni jer. Paling smart gol ke3 tu, long cross dari Mahalli ke tandukan Safee Sali. Perghhh mantap dohh. Malaysia menang dengan bergayanya 3-0.


[lupa nak bagitau, Mahalli dan Kunalan tu dua2 budak kolej aku. yeah Kolej Enam hebat~~]



Last but not least, Arsenal juga menang dengan bergayanya 3 - 1.
Attacking Arsenal memang superb. Gerakan serangannya similar dengan Barca, cuma finishing Arsenal mungkin tak setajam mereka. Very nice move. The team you should watch without any bias, seriusly.

Antara team2 "Attacking Team" yang korang patut tengok tanpa ada bias kat mana2 team [kalau korang pure peminat bola la] = Arsenal, Barcelona, Man United, Tottenham Hotspur

For Chelsea, aku tak rase bek pertahanan yang bermasalah, sebab kesemuannya player bertaraf dunia macam John Terry, A.Cole, Bongsiwa. Tapi aku rasa yang antara penyebab pertahanan Chelsea goyah adalah =

Pemecatan Ray Walkins




Saturday, December 25, 2010

Orang yang kalut adakalanya nampak sangat kelakar, tapi mereka lebih banyak berjaya dari orang biasa


Menjadi seorang yang agak cool calm, jarang kalut dan tidak terburu2 membuat keputusan kelebihannya adalah kita dapat mengawal emosi supaya sentiasa tenang dalam pelbagai situasi pun. Jarang melenting dan tidak cemas jika ada sesuatu yang berlaku. Jarang respon dengan spontan dan reaktif. Depend kat neuroticism seseorang tu.

Neuroticism adalah kecenderungan seseorang itu untuk mengalami emosi yang tidak menyenangkan seperti marah, cemas ataupun kalut. Ciri2 golongan yang tinggi neuroticism ni adalah sensetif dan nervous. Bertentangan dengan ciri2 tenang dan penyabar. Cek link ni. Wikipedia Big 5

Namun kalau bersikap terlalu tenang dan tak de langsung perasaan kalut kadang2 tak membantu dalam sesetengah perkara. Bila peluang muncul dengan tiba2, tapi tak mengambil dengan terburu2, kadang2 sangat merugikan. Kalau ada apa2 yang meragukan aku, ataupun kerja/peluang aku datang tiba2 dan aku kena bertindak on the spot, aku jarang amik port dan tak amik tindakan dengan segera. Kalau aku sempat buat pun, aku jarang buat dengan kelam kabut dan relax-pelan2 kayuh. [tapi tak bermaksud aku ni seorang suka mengambil mudah]

Biasanya orang selalu salah anggap golongan yang 'relax-cool' ni suka sangat take for granted. Sebab golongan ni terlalu relax dan tak suka tension2. Jadi tak nampak cam bersungguh dalam banyak perkara. Perahsia dan tak suka heboh2kan usaha yang mereka lakukan. Orang yang pandai menilai jer tahu kesungguhan mereka.

Yah [kakak aku] dan ijat sanjou [member upm/pure math aku] adalah salah seorang yang agak kalut dan selalu buat keputusan yang terburu2. Cam yah bile last minit boleh tiba2 buat keputusan nak pergi kenduri kawen membernya kat JB dengan menaiki bas sorang2 dan tengah2 malam. Even mase trip dia pergi new zealand pun, tengahari nak gerak nak flight pagi tu baru nak packing barang. Macam balek kampung New zealand kat pahang jer huhu.

Ijat busut pulak, seorang yang agak kelam kabut dalam semua hal dan sentiase jadi bahan kutuk dan gelak member2 kami tentang kalutnya. Sesetengah member2 sangat rimas bila dia dok kalut pinjam nota orang, gi kaco member study dengan tanya soklan pelik2, then tak abes2 bekap liverpool yang busut. Ada sekali tu mase training bola [dia 1st keeper UPM], kena gelak dengan member2 sebab dok kalut baca nota kat tengah2 padang. Bagi aku dia seorang yang lawak tentang kalutnya. Setengah orang tak suka pagai kalut2 ni, tapi aku seronok dok kaco orang cam ni ha3. [haha jangan mare member]

Apa yang aku perhatikan lah, walaupun orang yang kalut dan suka buat keputusan terburu2 ni agak menjengkelkan, mereka biasanya lebih banyak mengambil peluang berbanding dengan orang lain. Dan diorang biasanya lebih berjaya berbanding dari orang biasa. Itu dari sudut positif yang aku nampak.

Pernah buat Big 5 personaliti test tak? Aku suka buat ujian personaliti, dan banyak kali gak aku buat dengan variety test. Bila kita mengenal diri kita dengan lebih jauh lagi, kita boleh memahami kita ni jenis orang yang macamane. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing2.

Ni salah satu contoh result aku. Banyak website yang buat test ni, korang cari la mane2. Kalau korang buat test dari pelbagai website pun, peratus tak banyak beza untuk setiap personaliti.

Extroversion|||||||||||||||||70%
Orderliness||||38%
Emotional Stability||||||||||||||||||||88%
Accommodation|||||||||||||60%
Inquisitiveness

|||||||||||||

63%

Big Five Test Results
Extroversion (70%) high which suggests you are overly talkative, outgoing, sociable and interacting at the expense too often of developing your own individual interests and internally based identity.
Accommodation (60%) moderately high which suggests you are, at times, overly kind natured, trusting, and helpful at the expense of your own individual development (martyr complex)
Orderliness (38%) low which suggests you are overly flexible, random, scattered, and fun seeking at the expense too often of structure, reliability, work ethic, and long term accomplishment.
Emotional Stability (88%) very high which suggests you are very relaxed, calm, secure, and confident.
Inquisitiveness (63%) medium which suggests you are moderately intellectual, curious, and imaginative.

Strength : Very stable emotional, doesn't get into pressure easily.

Weakness : Overly flexible and not optimist enough. better fix that anyway. Patut la aku kena saman baru2 ni, tak suka ikut peraturan. Takpe2, at least menda tu buat aku rase nak change for better discipline.



Link yang aku bagi kat atas ni agak simple dan senang jer soalan dia, ada 25 soalan jer. Ada test big 5 ni sampai 500 soalan lebih [mak aihh banyak giille] Lepas korang  buat test ni. post la result kat komen bawah ni [ataupun kat blog korang pon ok, bagi link la boleh aku respon nanti]



Thursday, December 9, 2010

Tips Kesihatan : Petua melegakan selsema




2 3 menjak ni, ramai kawan2 aku kena jangkit selsema dan tak sihat. Ye la cuaca tak menentu sangat kan. Musim tengkujuh ni hujan dan panas selalu silih berganti. Time final aritu aku tengok si bazli dah kena selsema. Kesian aku tengok dia mata merah dan hidung dia berair2. Baru2 ni dia tanya aku lagi tips macamane nak sembuh selsema ni. Sempat lagi maen hujan member ni. Tu la mak tak bagi maen hujan tamo dengar.

Disini ada 8 gejala2 selsema ni
  1. Kerongkong rase kering dan sakit [biasanya ni starting dulu]
  2. Hidung selalu berair2, dan kadang2 kuar hingus yang pekat
  3. Selalu Bersin.
  4. Hidung tersumbat.
  5. Sakit kepala.
  6. Kadang2, badan tak selesa dan demam.
  7. Sakit badan.
  8. Mata berair.

Seperti yang kita tahu, selsema ni merupakan jangkitan virus di salur pernafasan, yang memberi kesan terhadap lobang2 hidung dan kerongkong. Ada lebih dari 200 jenis virus selsema, jenis2 virus ni selalu berubah setiap musim. Jadi tak de virus yang spesifik untuk satu2nya musim durian. [tak de kaitan dengan durian ye he3]

Antibiotik biasanya tak menghapuskan virus2. Bapak aku cakap penyakit selsema, sakit kepala dan batuk2 tak ubat yang boleh rawat. Kat farmasi dan klinik pon bagi ubat pain killer, tak elok sangat makan sebab tu bahan kimia kan, lagipon yang boleh rawat penyakit tu hanya la badan kita jer. Jangkitan2 virus tu sendiri akan hilang melalui antibodi badan kita.

melainkan kalau terkena jangkitan sekunder. Jangkitan sekunder ni kononnya cam second wave of virus attack la, badan kita still lagi lemah dan tak cukup antibodi, jadi mase tu antibiotik mungkin diperlukan.

Ada orang pena cakap aku ni seorang yang 'imun' selsema, sebab ada hidung yang sangat sensetif. Bukan bermaksud imun terus selsema ni cuma jarang kena selsema berbanding orang lain. Hidung aku ni sangat sensetip, mudah bersin tak ikut tempat dan masa. Kadang2 time panas pon aku selalu bersin jer. Alhamdulillah la, rupanya penyakit 'rutin harian' aku ni adalah antibodi aku sendiri.

Biasanya kalau aku selsema mesti diantara aku minum air watercooler, vakuum bilik ataupun bersihkan kipas. [manja gile tak kena habuk sikit pon] tapi nak wat camane, aku ni alahan habuk. Minum air watercooler 2 teguk pon boleh buat demam sampai seminggu. huhu

Biasanya budak kecik sangat sensetif dan lebih mudah terkena selsema berbanding orang dewasa.

Q : dari mana datang nya kahak dan hinguss ? :D [link]
A: Hingus nama saintifiknya cecair mukus dimana ia berfungsi di hidung untuk melindungi badan kita daripada memasuki agen jangkitan seperti kuman, bakteria dan fungi [boleh tahan jugak eh bio aku ni jawab soklan, dah macam doktor la pulak]


Petua Rawatan

1. Rawatan Tradisonal.


ada banyak jenis rawatan jenis tradisional yang menggunakan bahan2 tradisional jugak. Seperti kapur sireh, batang sireh, kunyit hidup, minyak kelapa dan sebagainya. Cara rawatan guna tradisional tak ramai yang tau, even ada jugak gantikan kapur sireh dengan kapur barus, then g tonyoh kat hidung. Pemenda la member ni.
minyak kelapa + daun sirih


Tips ni aku dapat tau dari salah sorang member ni, cari kunyit hidup dan bersihkan. Kemudian asahkan kunyit tu kat belakang pasu [tak pasti asal kena guna pasu] then sapu hasil asahan tu kat hidung. Biasanya mujarab kat bayi2, aku pon tak tau pasti sangat sebab tak pena cuba lak.


2. Kalau rase susah ataupun tak tau yang mana satu kunyit hidup, boleh try method yang lain. Cari teh herba cina kat kedai cina ataupun farmasi. Teh herba cina ni memang pahit, so nak bagi rase sikit letak la madu ataupun asam masin. Dah boleh rasa cam teh limau lak. Make sure minum mase panas2, sebab kalau minum mase dah sejuk baik minum air kosong jer



3. Haa ni tips yang sangat famous, makan sup ayam. Dan dalam mase setengah jam lepas makan tak digalakkan minum air. Makan sup gearbox pon sedap. Makan sup torpedo la kalau ada bran.. hahahaha
credit to google


4. Kalau tak reti sangat pon, cari minyak cap kapak then titiskan beberapa kat mangkuk yang berisi air panas. Then wap2 kan kat muka korang. Petua ni mak aku pena buatkan kat aku time aku kecik, rasa lega sikit la. Kalau korang rasa cam tak berkesan, g sembamkan muka kat dalam mangkuk tu hahahaa

Minyak cap kapak ni alternatif dari minyak kayu putih. Tapi bukan minyak wangi yea. Kang ada jugak orang buang terbiat g titiskan minyak wangi [Calvin Klein, DC etc] kat dalam mangkuk tu.

Tips2 diatas ni adalah untuk melegakan jer selsema dengan menggunakan ubat tradisional. Lebih baik daripada menggunakan painkiller yang terdapat di farmasi ataupun klinik tu. Namun kalau dah lebih dari seminggu korang selsema ni, disarankan korang p klinik untuk mendapat rawatan yang seterusnya.

Monday, December 6, 2010

Tulisan kita bukan untuk memaksa org baca, tapi orang yang akan memaksa kita untuk menulis lagi



Tiap kali aku nak update blog biasanya aku tak de idea sangat nak tulis apa, tapi bila banyak sangat idea sebab banyak buat mende dan sibuk dengan assigment [especially masa minggu exam] masa tu la idea bercurah2.

1 kelemahan aku bila update blog adalah aku mengambil masa yang agak lama untuk nak tulis 1 entry jer. Tapi 1 entry agak panjang sikit. Tak suka kalau update pendek2 dan banyak. Cam sesetengah orang suka update entry "hai korang sume, sya x de idea sgt nk update blog hari ni ok bye"

Seolah2 kita berjumpa dengan seseorang tu dan hanya berkata "Hai ahmad , aku tak da apa2 nak cakap kat ko hari ni. ok la. bye." Wtf man amenda ko cakap ni, kok ye pon tanya la khabar sikit ke. jangan la terus blah je. Tak kan lah 1 hari pon tak de cerita kan.

At least ada la menda nak share info sikit. Kalau nak copy paste artikel pon boleh jer. Jangan la tiru bulat2 jer, paling koman pon mengolah cara tersendiri ya.

Ada seorang bloggers ni tanya aku kat formspring soalannya berbunyi
"tak penat ke taip blog panjang-panjang? mane dapat idea wat entri eh? nak tau tips boleh?=) "
Aku pon jawab
"haa thats is very good question. depends la on the individual to write something that he/she loves and favorites. macam kita ni suka tulis bila ada 1 isu timbul. so banyak la idea bercurah2.. tu kelebihan la kalau salu tulis panjang2, tapi kelemahannya pulak mengambil masa yang agak panjang dan kadang2 tak berapa kosisten. contohnya macam sekarang ni kita tak de idea sangat nak tulis ape"
Formspring ni dah macam mini blog aku dah, bila orang bagi aku soalan or 1 isu, aku suka jawab panjang2 instead of giving very short answer. Setengah orang suka jumlah jawapan yang sangat banyak, ada yang sampai melebihi 3000+. dengan jawapan simple seperti idk, haha, yes, no, =] dan lain2.

Aku ingatkan jawapan aku yang panjang2 ni boring, tapi ramai jugak yang suka kat jawapan panjang2 aku ni. Ada yang respon cara penulisan aku ni membuatkan dia pon nak tulis panjang2 dan banyak pengolahan idea. Ni responnya
Dah, tadi bace sume jawapan lame2 kamu dan entry panjang2. yang tu saya rase inspring nak tulis panjang2 daripada jawap merapu2 jer.

so,thanks atas kesedaran-secara-tak-sengaje tu!=)

anyway, dah bace kat blog..oh, saye stalker yang berjaya. hehe.suke kat style tulisan awak.

Well, 1 jer kelemahan aku ialah, tak konsisten dan mengambil masa yang sangat panjang untuk menulis.


Quotes yang membakar semangat aku untuk menulis
Tulisan kita bukan untuk memaksa org baca,
tapi orang yang akan memaksa kita untuk menulis lagi
-Iskandar Shah Mohd Zawawi

Hurm miss the quotes...