Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Monday, December 6, 2010

Tulisan kita bukan untuk memaksa org baca, tapi orang yang akan memaksa kita untuk menulis lagi



Tiap kali aku nak update blog biasanya aku tak de idea sangat nak tulis apa, tapi bila banyak sangat idea sebab banyak buat mende dan sibuk dengan assigment [especially masa minggu exam] masa tu la idea bercurah2.

1 kelemahan aku bila update blog adalah aku mengambil masa yang agak lama untuk nak tulis 1 entry jer. Tapi 1 entry agak panjang sikit. Tak suka kalau update pendek2 dan banyak. Cam sesetengah orang suka update entry "hai korang sume, sya x de idea sgt nk update blog hari ni ok bye"

Seolah2 kita berjumpa dengan seseorang tu dan hanya berkata "Hai ahmad , aku tak da apa2 nak cakap kat ko hari ni. ok la. bye." Wtf man amenda ko cakap ni, kok ye pon tanya la khabar sikit ke. jangan la terus blah je. Tak kan lah 1 hari pon tak de cerita kan.

At least ada la menda nak share info sikit. Kalau nak copy paste artikel pon boleh jer. Jangan la tiru bulat2 jer, paling koman pon mengolah cara tersendiri ya.

Ada seorang bloggers ni tanya aku kat formspring soalannya berbunyi
"tak penat ke taip blog panjang-panjang? mane dapat idea wat entri eh? nak tau tips boleh?=) "
Aku pon jawab
"haa thats is very good question. depends la on the individual to write something that he/she loves and favorites. macam kita ni suka tulis bila ada 1 isu timbul. so banyak la idea bercurah2.. tu kelebihan la kalau salu tulis panjang2, tapi kelemahannya pulak mengambil masa yang agak panjang dan kadang2 tak berapa kosisten. contohnya macam sekarang ni kita tak de idea sangat nak tulis ape"
Formspring ni dah macam mini blog aku dah, bila orang bagi aku soalan or 1 isu, aku suka jawab panjang2 instead of giving very short answer. Setengah orang suka jumlah jawapan yang sangat banyak, ada yang sampai melebihi 3000+. dengan jawapan simple seperti idk, haha, yes, no, =] dan lain2.

Aku ingatkan jawapan aku yang panjang2 ni boring, tapi ramai jugak yang suka kat jawapan panjang2 aku ni. Ada yang respon cara penulisan aku ni membuatkan dia pon nak tulis panjang2 dan banyak pengolahan idea. Ni responnya
Dah, tadi bace sume jawapan lame2 kamu dan entry panjang2. yang tu saya rase inspring nak tulis panjang2 daripada jawap merapu2 jer.

so,thanks atas kesedaran-secara-tak-sengaje tu!=)

anyway, dah bace kat blog..oh, saye stalker yang berjaya. hehe.suke kat style tulisan awak.

Well, 1 jer kelemahan aku ialah, tak konsisten dan mengambil masa yang sangat panjang untuk menulis.


Quotes yang membakar semangat aku untuk menulis
Tulisan kita bukan untuk memaksa org baca,
tapi orang yang akan memaksa kita untuk menulis lagi
-Iskandar Shah Mohd Zawawi

Hurm miss the quotes...


Thursday, August 19, 2010

First knight have slain, here comes the second one. [First post yeah~]


Hey what going on here..?



Dengan berat hatinya aku terpakse memberitahu blog pertama aku [http://fdanialdagreat.blogspot.com/] telah diban diatas sebab e-mail musketeer_no1@yahoo.co.uk aku tu telah di remove kan oleh google [aku tak tau sebab apa google ban kan email yahoo tu, mungkin diorang gado kowt huu]

Sedey jugak la sebab banyak karya2 menarik aku dihapus begitu sahaja.
Namun dengan rekod .... [berdasarkan statistik di website counter]
110+ followers,
250+ komen,
73 entry,
6900+ views.
sejak April 2008 - Julai 2010

Ini adalah 1 rekod yang sangat besar bagi seorang bloggers yang biasa seperti aku ini huhu. Pada mulanya aku sangat kecewa dan patah hati sebab banyak karya2 menarik aku terhapus begitu sahaja, namun selepas aku melihat kembali rekod statistik ini, ia membuat aku ingin meneruskan perjuang sebagai penulis blog, lebih2 karya "Kecantikkan seorang wanita...", satu2nya karya aku yang paling banyak orang view, paling banyak orang komen dan paling banyak orang promote kat website lain. Ia sesuatu yang sangat meaningful bagi aku, sesuatu yang sentiase inspirasi aku pada setiap masa.

But the good news is, karya aku masih lagi berada di dashboard aku [user baru= farizdanialz@gmail.com] dimana aku sempat buat author yang baru 'farizdanialz@gmail.com' kat blog lame aku tuh. Walaupon blog tu dah tak exist lagi, tapi karya aku masih lagi ada di dashboard [thanks god for saving mine]

Next aku akan publish entry2 aku yang terbaik yang pernah aku hasilkan. Insya Allah.

The knight have return with new names, new style and new objective.

Nama 'The knight in valley of dreams' diadaptasi oleh sorang bloggers yang aku sangat admire.