Saturday, December 25, 2010

Orang yang kalut adakalanya nampak sangat kelakar, tapi mereka lebih banyak berjaya dari orang biasa


Menjadi seorang yang agak cool calm, jarang kalut dan tidak terburu2 membuat keputusan kelebihannya adalah kita dapat mengawal emosi supaya sentiasa tenang dalam pelbagai situasi pun. Jarang melenting dan tidak cemas jika ada sesuatu yang berlaku. Jarang respon dengan spontan dan reaktif. Depend kat neuroticism seseorang tu.

Neuroticism adalah kecenderungan seseorang itu untuk mengalami emosi yang tidak menyenangkan seperti marah, cemas ataupun kalut. Ciri2 golongan yang tinggi neuroticism ni adalah sensetif dan nervous. Bertentangan dengan ciri2 tenang dan penyabar. Cek link ni. Wikipedia Big 5

Namun kalau bersikap terlalu tenang dan tak de langsung perasaan kalut kadang2 tak membantu dalam sesetengah perkara. Bila peluang muncul dengan tiba2, tapi tak mengambil dengan terburu2, kadang2 sangat merugikan. Kalau ada apa2 yang meragukan aku, ataupun kerja/peluang aku datang tiba2 dan aku kena bertindak on the spot, aku jarang amik port dan tak amik tindakan dengan segera. Kalau aku sempat buat pun, aku jarang buat dengan kelam kabut dan relax-pelan2 kayuh. [tapi tak bermaksud aku ni seorang suka mengambil mudah]

Biasanya orang selalu salah anggap golongan yang 'relax-cool' ni suka sangat take for granted. Sebab golongan ni terlalu relax dan tak suka tension2. Jadi tak nampak cam bersungguh dalam banyak perkara. Perahsia dan tak suka heboh2kan usaha yang mereka lakukan. Orang yang pandai menilai jer tahu kesungguhan mereka.

Yah [kakak aku] dan ijat sanjou [member upm/pure math aku] adalah salah seorang yang agak kalut dan selalu buat keputusan yang terburu2. Cam yah bile last minit boleh tiba2 buat keputusan nak pergi kenduri kawen membernya kat JB dengan menaiki bas sorang2 dan tengah2 malam. Even mase trip dia pergi new zealand pun, tengahari nak gerak nak flight pagi tu baru nak packing barang. Macam balek kampung New zealand kat pahang jer huhu.

Ijat busut pulak, seorang yang agak kelam kabut dalam semua hal dan sentiase jadi bahan kutuk dan gelak member2 kami tentang kalutnya. Sesetengah member2 sangat rimas bila dia dok kalut pinjam nota orang, gi kaco member study dengan tanya soklan pelik2, then tak abes2 bekap liverpool yang busut. Ada sekali tu mase training bola [dia 1st keeper UPM], kena gelak dengan member2 sebab dok kalut baca nota kat tengah2 padang. Bagi aku dia seorang yang lawak tentang kalutnya. Setengah orang tak suka pagai kalut2 ni, tapi aku seronok dok kaco orang cam ni ha3. [haha jangan mare member]

Apa yang aku perhatikan lah, walaupun orang yang kalut dan suka buat keputusan terburu2 ni agak menjengkelkan, mereka biasanya lebih banyak mengambil peluang berbanding dengan orang lain. Dan diorang biasanya lebih berjaya berbanding dari orang biasa. Itu dari sudut positif yang aku nampak.

Pernah buat Big 5 personaliti test tak? Aku suka buat ujian personaliti, dan banyak kali gak aku buat dengan variety test. Bila kita mengenal diri kita dengan lebih jauh lagi, kita boleh memahami kita ni jenis orang yang macamane. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing2.

Ni salah satu contoh result aku. Banyak website yang buat test ni, korang cari la mane2. Kalau korang buat test dari pelbagai website pun, peratus tak banyak beza untuk setiap personaliti.

Extroversion|||||||||||||||||70%
Orderliness||||38%
Emotional Stability||||||||||||||||||||88%
Accommodation|||||||||||||60%
Inquisitiveness

|||||||||||||

63%

Big Five Test Results
Extroversion (70%) high which suggests you are overly talkative, outgoing, sociable and interacting at the expense too often of developing your own individual interests and internally based identity.
Accommodation (60%) moderately high which suggests you are, at times, overly kind natured, trusting, and helpful at the expense of your own individual development (martyr complex)
Orderliness (38%) low which suggests you are overly flexible, random, scattered, and fun seeking at the expense too often of structure, reliability, work ethic, and long term accomplishment.
Emotional Stability (88%) very high which suggests you are very relaxed, calm, secure, and confident.
Inquisitiveness (63%) medium which suggests you are moderately intellectual, curious, and imaginative.

Strength : Very stable emotional, doesn't get into pressure easily.

Weakness : Overly flexible and not optimist enough. better fix that anyway. Patut la aku kena saman baru2 ni, tak suka ikut peraturan. Takpe2, at least menda tu buat aku rase nak change for better discipline.



Link yang aku bagi kat atas ni agak simple dan senang jer soalan dia, ada 25 soalan jer. Ada test big 5 ni sampai 500 soalan lebih [mak aihh banyak giille] Lepas korang  buat test ni. post la result kat komen bawah ni [ataupun kat blog korang pon ok, bagi link la boleh aku respon nanti]



3 comments:

  1. owh, ngumpat kat ejat ea,,,haha
    so, jangan pandang rendah kpd orang kalut.

    ReplyDelete
  2. haha aku tak de la sampai pandang rendah. cuma suka dok usik jer. ekceli ada jugak la komen positip aku kat diorang, kan3

    nuar, cube mu try buat test ni

    ReplyDelete
  3. kutuk kakyah eh..tu pun mak yang bagitau

    ni result kak yah


    Extroversion |||||||||||||||||||| 84%
    Orderliness |||| 20%
    Emotional Stability |||||||||||||||| 62%
    Accommodation |||||||||||||||||| 72%
    Inquisitiveness |||||||||||||| 56%

    ReplyDelete