Tuesday, June 26, 2012

Mathematic Teaching Aids 1- Geometer in computer

Penggunaan software ini sangat membantu cekgu mengajar matematik di kelas, lebih2 lagi apabila anda mengajar bab geometri, bulatan dan poligon yang memerlukan daya imaginasi pelajar yang tinggi.
.
Menerangkan bab geometri di papan putih tidak mencukupi jika anda mengajar di satu kelas dimana tahap pecapaian matematik yang berbeza-beza. 
2 elemen yang penting seharusnya ada pada setiap guru matematik, kreativiti dan permikiran logikal yang tinggi.
.
Penggunaan teknologi ini boleh membantu guru untuk menjadikan subjek matematik adalah satu subjek yang menarik, bermakna dan terkini kepada pelajar. 

Cewaaaah, macam promoter iklan lak aku nihh

So far aku guna alat bantuan mengajar ni, setakat ini tak pernah gagal untuk menarik perhatian pelajar aku. Even pelajar yang lemah matematik pon, dok pi kat laptop aku pi maen software ni. Aku tak kesah sangat kalau dia nak maen, at least dia siapkan exercise yang aku bagi dan tak kaco orang lain.


 Penggunaan perisian ini bukanlah satu jaminan untuk mendapat kawalan kelas sepenuhnya dan menjadikan kelas itu menarik, strategi menyampaikan bahan mengajar dan cara penggunaan juga adalah penting. Ye laa, ko ajar reasoning tapi ko pakai software ni,, so tak masuk la budak2 tu belajar.



Kalau anda seorang yang berjiwa kreatif yang tinggi, anda mampu menghasilkan satu karya seni yang mengagumkan dengan menggunakan konsep geometri yang anda mengajar di kelas.



Seperti video ini




Chapter locus



Chapter Transformasi : Reflection and rotation..








So aku malas nak berleter panjang lagi pasal software ni, jadi apa kata anda sume try dulu. Kalau tak faham, kat dalam tu ada tutorial (bukak folder Samples>How to)
kalau tak paham2 lagi, search pulak kat youtube.. berlambak anda sume boleh dapat. 
nak maen gem pon boleh try bukak folder Samples to..
.
Feel free to share to anyone, hope you enjoy the software =)

Go try yourself first !!!



[>>>>Link daunload disini, kemudian tekan link "Download: FarizDanialGeometerSketchpad.zip" dan voilaaa ~ <<<<<]

..

lepas download, unzip dulu. kalau takde software unzip, masuk folder tu, copy semua sekali dan paste kat folder lain. 
.
.
kalau link broken sila repot cepat2.. kalau ada masalah bagitau cepat2..


.

Thursday, March 29, 2012

Membaca Al-Quran dalam keadaan koma

Berita : Seorang remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami kecederaan dalam satu kemalangan, membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang tidak sedarkan diri setelah keluar daripada bilik pembedahan. Subhanallah, apa jua kelakuan atau perkataan yang kita gerakkan semasa kita sedar diri, Allah SWT akan gerakkan secara automatik apabila kita dalam keadaan tidak sedar.





Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan ” apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti “. Betapa malunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah SWT di Akhirat nanti.

Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar kita berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah SWT nanti, Amin Ya Rabbal Alamin.


Tak nak ke kita dalam keadaan tidak sedar ataupun subconscious, mulut kita membaca Al-Quran dengan sendirinya? Biasanya perkara yang kita buat secara rutin harian akan mengambarkan apa yang akan terjadi pada ketika dalam keadaan separa sedar, ataupun tak sedar, dan yang pasti akan berlaku, pada ketika di ambang maut. Astagfirullah...

Walau seteruk macamane pon orang tu, pasti dia juga impikan mati dalam keadaan baik, lebih2 lagi kalau mati dalam keadaan sujud terakhir.


Haven't we wish that too?

Sunday, February 19, 2012

Goodreads


Sebuah buku ditulis boleh mengubah sejarah manusia. Masyarakat boleh berkembang dari satu ideologi kepada satu penafsiran ideologi yang baru, hanya kerana sebuah buku.

Apa yang terjadi pada masyarakat kita adalah, masyarakat kita kurang membaca dan kurang mengkaji. Dengan kurang membaca dan mengkaji itu menyebabkan masyarakat kita malas berfikir, hanya menurut sahaja.

Melepak dan membuang masa

Masyarakat kita cepat berpuas hati dengan khabar angin, hearsay yang tiada nilai pengetahuan. Semuanya superficial.

Secara jujurnya aku kurang gemar dengan surat kabo Metro Kosmo dan seangkatannya. Headline dan contentnya, sangat nak cari keuntungan semata2. Tajuk punye la nak meletup, isinya habuk pon takde. Macam tin kosong. Nampak mentaliti masyarakat kita sangat rendah. Artis dan hiburan dijadikan idola dan pegangan hidup, manakala golongan agama pula dilempar taik yang takde kena mengena dengan mereka.

Aku sampai sekarang tak paham kenapa ramai orang kita masih lagi beli tabloid yang memalukan seperti ni.



Masyarakat kita kehilangan ciri keghairahan terhadapat ilmu. Keghairahan terhadap pengetahuan dan kemahuan yang tinggi untuk mencari jawapan tentang sesuatu perkara hingga ke akar umbi, semakin pudar dari ummah yang pernah hebat dan bijak pandai ini.


Jadi untuk menjadi golongan banyak membaca dan banyak mengkaji ni, aku recommend kan, join la website Goodreads ni. Ada website ni, pembaca boleh memberi pandangan dan komen terhadap review buku yang dia baca, dalam masa yang lain kita boleh tengok pandangan orang berbeza2 terhadap satu perkara tu. Pembaca seharusnya tahu menilai dan bukannya amik bulat2 dari buku tu.

Dulu aku ferevet buku motivation, tapi semakin banyak aku baca, makin kurang interest aku kat genre tu sebab kebanyakkannya adalah friction dan common sense. Genre motivation ni mungkin sesuai untuk orang yang tak banyak pengalaman hidup. Berbeza dengan history dan sociology. Topik dan ulasannya meluas. Banyak kita boleh belajar dari genre ni.

Setakat ni, ni buku ferevet aku baca. Menariknya, penulis memberi perkaitan antara Islam dengan dunia yang berlaku sekarang.
 Dan apa yang terjadi jika Islam benar2 tak wujud? Of course, kita takkan hidup bertamadun seperti sekarang. Tak wujudnya teknologi seperti sekarang. Perubatan tak berkembang. Pendidikan dan sosiologi pon tak maju. Masih ada lagi konsep hamba. Dan pelbagai lagi. Nak tau sebabnya, kena la kaji sejarah dan baca buku ni. Highly recommend.


Daripada membazir masa asyek dok update status fesbuk je, apa salahnya kita tukar hobi kita dengan banyak membaca pula. Ni linknya,




Dalam masyarakat kita, ada dua jenis golongan. Satu golongan malas membaca, satu lagi golongan rajin membaca. Dalam golongan rajin membaca pecah lagi dua golongan, satu golongan hanya suka membaca jer, satu lagi suka membaca dan suka mengkaji, dan suka berfikir. Golongan yang suka membaca, mengkaji dan berfikir ini lah sebaik2 golongan yang boleh menilai sesuatu dengan baik.

Great Red Spirit, Samurai Scanners, Dance Macabre.

Wednesday, January 18, 2012

Apa yang lebih cool daripada seorang polis memandu kereta?


Jawapannya, seorang polis memandu Ford Mustang Cobra sambil drift sana sini. Seperti dalam video ini.



Aku tak pasti bagaimana mekanisme drift pada sebuah motor tu boleh berlaku. Dari apa konsep fizik yang aku faham, halaju kenderaan dua tayar ni akan berkurangan sebanyak satu per empat (1/4) daripada kelajuan sebenar apabila kenderaan ni meluncur 'drifting'. Jadi tak berapa efisien jika dibandingkan dengan motor yang 'corner baring' tu. Namun tu dari segi pemerhatian aku je. Tak semestinya analisis aku ni benar sebab aku tak pernah lak buat drift motor ataupun corner baring dengan motor. Setakat bawak motor kapcai EX5 gi semayang jumaat biase je la.



Ake kategorikan kereta kepada tiga kelas :-


Exotic Car
  1. seperti Mercedes Benz, Alfa Romeo, Audi, BMW, Ferrari, Pagani Zonda, Porsche, Lamborghini etc
  2. biasanya pengeluar dari German, Italy dan sekitar2 eropah.
  3. kereta yang hampir perfect, selesa dari segi pemanduannya, pick up laju, handling mantap, dan long distant driving. Dan kereta yang hebat mesti kena ada wang yang hebat. Harganya sangat tinggi. Biasanya dimiliki oleh businessman minyak dan anak menteri. Secara ringkasnya, aku simpulkan kepada 3 kategori:
    • Top Speed : Superb
    • Acceleration : Very High
    • Handling : High

    Murchielago menjadi kebanggaan Jerman
Tuner Car
  1. Contohnya Toyota, Mazda, Honda, Subaru, Mitsubishi, Nissan etc
  2. mostly pengeluar dari Jepun.
  3. Kereta yang sangat common di Asia dan juga di Malaysia (ingat tak slogan asia untuk orang asia?)
  4. Tak sehebat kereta exotic ni, harganya murah dan berpatutan, tak laju sangat dan biasa2 jer. Rakyat biasa mampu membelinya. Kereta Tuner ni lebih dikenali dengan kelebihan meluncur 'drift'. Kereta taufu yang murah seperti AE86 pon boleh drift. Jika dimodifiedkan sekali dengan tambah turbo dan nos. Boleh menjadi kereta yang
    • Top Speed : Moderate
    • Acceleration : Moderate
    • Handling : Superb
Inspira menjadi kebanggaan Malaysia (haha)

AE86 menjadi kebanggaan Jepun

Muscle Car
  1. Contohnya Covette, Ford, Dodge, Camaro, Shelby, Chevrolet, Pontiac, Plymouth etc
  2. biasanya pengeluar dari US
  3. Abaikan betapa buruknya kereta ni, kereta ni mempunyai CC yang sangat besor dan kuasa kudanya dah mencapai sebuah lori. Sangat mementingkan pick-up laju. Bunyi enjinnya yang sangat cambest. Muscle car ni kurang digemari dan unfamiliar di Malaysia kerana imej kereta ni sangat tidak menarik dan membosankan. Namun bagi sesiapa yang lebih melihat kepada hati dan kualiti yang terdapat pada seseorang tanpa melihat pada imejnya, yaaa ini kereta yang sangat sesuai kepada anda.

    • Top Speed : High
    • Acceleration : Superb
    • Handling : Poor
    • Image : Very Ugly

Dodge Charge
Plymouth Road Runner




Analisis aku ni tak semestinya tepat. Sebab aku dapat ni pon dari research aku mengenai kereta ni. Namun untuk 3 kelas kategori ni boleh la dikira sebagai sumber yang dipercayai, sebab ia datang dari 3 benua yang berbeza dan stail nak buat kereta tu pon berbeza2 (kalau korang perasan la) Apa2 pun, sebarang pertanyaan sangat dialu2kan, kalau nak komen tak setuju pon dialu2kan. Untuk keterangan lanjut, sila la buat research sendiri yea..

Nota kaki : Aku rasa cam nak je tukar karier jadi polis bawak Ford Mustang Cobra sambil pakai spek mata hitam cam video kat atas tu. Serius cool~~

Ford Mustang + Cops + Drifting = Epic


*Muscle Car ferevet aku sejak dulu. Terus search kereta ni kat Ebay ; Ford Mustang

Tuesday, January 10, 2012

Intern

Sebelum aku bukak cerita pasal intern aku, aku start intro dengan cerita dua orang kawan baik yang selalu lepak kat bilek aku. (Since diorang pon tak baca blog aku, so aku boleh cerita kat sini hehe)

Sorang namanya Azlan, orang perak yang suka lepak kat bilek aku. Pagi malam mesti datang bilek aku. Tetiap ari.

Sorang lagi namanya Azmi, orang kedah yang suka lepak kat bilek aku jugak. Pagi malam mesti ada je kat bilek aku. Tetiap ari. Mane tak nye, dia rumet aku. Memang patut la tiap2 ada kat bilek aku. Aku je yang jarang ada kat bilek. Seorang yang pembersih dan selalu bawak balik buah tangan kat rumetnye tiap kali pergi mane2. Untungnya rumet dia salu dapat makanan free pastu dok abeskan kuih dan roti (biskut dalam bahasa kedah) dia.

Azmi dan Azlan (diorang ni macam kembar dua) memang sangat rapat sejak aku first year lagi. Aku selalu kompius mana satu Azlan, mana satu Azmi. Sorang berkulit cerah, sorang lagi gelap sikit. Sampai aku masuk fourth-year pon aku pernah tersilap panggil Azlan tu Azmi. Adoiii. Segan2. Naseb baik orang lain tak perasan. Takpe tu cite first day. Second day untuk final year ni, aku dah kenal mana satu Lan mana satu Mi (obviously la sorang tu dah jadi rumet kowt)

Ada kalanya aku segan jugak sebab aku jarang ada kat bilek. Biasanya aku ada program kat luar dan selalu dok kat Inspem writing thesis/ study/lepak. Jarang join diorang pi mana2. Tapi diorang still sporting cam biasa. Selalu ajak aku walaupun diorang tau aku jarang ikut. Tiap kali aku balik bilik, ada je cite nak bergurau dan kawan cam biasa. Ada time dok menyakat aku. Tapi most of the time diorang ni cool jer. Tak letak pon apa2 gap ataupun barrier. Itu la yang aku nampak bila orang ikhlas berkawan. Tak mengharap pon nak balas balik.

(jauh pulak menyimpang dari tajuk asal)

Ceritanya bergini, minggu lepas ramai2 kosmet aku tepon pejabat LMPK(pusat yang uruskan Intern pendidikan) dan tanya mereka dapat kat mana. Aku malas nak call sebab aku tak kisah sangat dapat kat mana2. Lagipun, kesian gak kat akak pejabat tu kena jawab sorang2 (ramai tu yang call). Jadi aku pon dok rilek je. Buat2 tak amik tau dan tak kisah. Sambil tu aku tengah usha2 rumah sewa kat area banting dan klang. Expect dapat kat situ. Dan sorang2. Paling jauh pon kat sabak bernam. 

Mirul dapat kat banting. Fendi pon.

Dila, Jan kat melaka. Dan ramai lagi dapat tempat yang sangat random.

Aku tak tau lagi kat mana. Apa yang penting aku kena prepare diri aku dok jauh2.

Pagi tadi kembar Azlan dan Azmi dengan nada yang bersahaja bagitau aku dapat intern kat tempat yang sangaaat rare. Aku tak caye. Ada kalanya aku tak tau, bila masanya diorang serius, dan bila masanya diorang melawak.

Bagi aku probability nak dapat kat situ 5%, sangat la rare. Lepas abes exam petang tadi aku terus pergi kat LMPK cek list nama aku. Sumpah aku terkejut, aku sorang je yang dapat kat situ.

Alhamdulillah, tak sangka langsung. Memang tak sangka. Jan ada tanya, dan dia ingat aku melawak bila aku bagitau dia. Jodohnya macam nak soh aku sambung je master kat sini hehehe...

random picture

Friday, January 6, 2012

Lesson Plan

Secara jujurnya, ni menda yang aku agak menyampah nak buat tiap kali kelas mengajar di sekolah.
Ia seperti skrip lakonan, kita menulis skrip bagaimana pergerakkan kita, gaya apa yang kita nak gunakan dan apa cerita apa yang kita nak sampaikan.

Jadi seorang guru menggunakan lesson plan ni adalah sebagai skrip 'lakonan'nya di kelas.
Dan aku tak pandai berlakon dan aku memang tak suka berlakon.
Menjadi seorang guru kita bukannya kena 'berlakon' jadi guru, tapi naturally kita memang seorang guru.

Aku tak salahkan lesson plan tu, kerana ia memberi kita 'guideline' dalam pengajaran kita supaya kita tak la dok asyek merapu je. Lesson plan adakalahnya membantu guru bila guru terlari sikit dari objektif pengajaran.

Guru yang bijak menggunakan lesson plan tu sebagai rujukan kepada kita mengenai kaedah yang kita nak pakai ataupun isi kandungannya, itu yang lebih baik. Aku buat simple sahaja, tulis tentang method yang nak pakai je. Tentang soft skill tu kita patut dah belajar sendiri. Tak perlu nak selitkan sekali dalam 'skrip' tu. Namun, di sebahagian institut pengajaran sangat menekankan lesson plan ini, kena detail. Sume menda kena tulis. risau guru lari tak ikut skrip yang dibuatnya.

Mungkin disebabkan aku seorang yang fleksibel, tak suka kepada perkara2 yang rigid akan tidak setuju dengan perkara sebegini.

Adakalanya kita kena bersikap rigid, ada kalanya pula kita kena bersikap fleksibel.

Namun bagi aku, bukannnya perkara yang rigid aku akan sentiasa tak setuju, tetapi yang aku amik kisah adalah mengenai batasan kreativiti guru menjadi terhad. Hanya bertumpu sahaja pada content pengajaran sahaja.

Guru hanya mengikut flow pengajaran sahaja, kurangnya berfikir dan kreativiti. Dan menyebabkan pelajar juga malas berfikir dan tidak kreativiti dalam pembelajaran. Bagaimana pembelajaran nak berkesan kalau student pon malas berfikir dan ikut sahaja ?

Ini la yang terjadi kat masyarakat kita, bila pendidikan kita seolah2 me'limit'kan kreativiti dan ideologi pemikiran pelajar. Memberi implikasi kepada masyarakat kita yang hanya terima sahaja, malas berfikir dan tidak kisah kepada komuniti masyarakat kita yang lain secara tidak langsung. (in case, which is really true)

Apa yang aku dapat lihat sekarang, universiti mengajar seorang guru menjadi seorang robot, kemudian guru yang robot itu mengajar pelajarnya juga menjadi seorang robot.



Aku masih lagi teringat kisah kawan aku ketika di sekolah menengah dulu,
Najib : Cikgu, saya masih lagi tak paham la tentang kamiran tu, macamana t boleh kamirkan sekali?
Cikgu : Awak ni dari tadi lagi tak paham2, awak buat2 paham je la. Hafal lepas tu buat2 paham.

note : Apa aku tulis ni bukannya nak mengkritik mana2 guru sekolah, mana2 universiti ataupun mana2 masyarakat kita. Aku mengkritik sistem pendidikan kita, yang lebih kearah sistem pendidikan barat. (dan sampai sekarang barat jadi rujukan kita)

Dan implikasi yang terjadi adalah kebanyakkan masyarakat kita menjadi masyarakat yang
kurangnya membaca,
kurangnya mengkaji dan
kurangnya berfikir.