Friday, November 15, 2013

4 Character + 4 people + 4 Personality = 1 Team


12 november 2013
Dari kanan

CIKGU HASRUL

Guru yang berasal dari kelantan ini seorang yang agak pendiam dan serius apabila membuat kerja.  Aku kurang berinterasi dengannya,  bila ditanya sepatah, sepatahnya dijawab. Walaupun dia seorang yang pendiam, aku senang berkawan dengannya. Rajin tolong kawan dan tak berkira bila belanja. Haritu dia teman aku pergi survey dan beli motor EX5. Tayar motor aku pancit dia jugak isikan. Beberapa kali dah dia belanja kami makan. Apa aku nampak, kita sentiasa akan lebih appreciate apa yang orang selalu buat berbanding dengan apa yang orang salu cakap. Well, action speak louder than words.

Cikgu Syamsul.

Guru yang kedua ni sangat berbeza dengan yang pertama.  Walaupun mukanya agak ganas, tetapi dia seorang yang kuat melawak, kuat ketawa, dan kuat membebel.  Guru yang berasal dari Penang ni lebih dikenali sebagai guru pak lawak. Setiap masa sentiasa ada perkara yang mencuit hati.
SIkapnya yang tolol mengingatkan aku kepada abang aku di semenanjung.  Kadang bila dapat kerja sekolah yang berlambak, merepek dengannya sekejap mampu menghilangkan rasa bebanan kerja. Kerja pon enjoy jer. Walaupun dia kuat membebel macam makcik, tapi kerjanya tetap jalan. Rajin tolong mak Azlan menyiang ikan, memasak, mop lantai dan mengemas rumah. Y
ang tak kenal dia akan takut dengannya. Sebab dia seorang pemalu dengan orang baru dan kurang friendly on first sight. Tapi sesiapa yang mengenalinya memang akan sentiasa terhibur. Housemate yang paling bising dan yang paling rajin.

CIKGU AZLAN

Berasal dari Sabak Bernam, guru yang berbadan gempal dan besar ni jangan disangka dia seorang yang lembap dan busuk. Ketahuilah cikgu azlan ini seorang yang pembersih dan cerewet dalam kebersihan. Baju basuh setiap 2 hari sekali. Aku pon seminggu sekali basuh jer. Rumah tak sempat nak bersepah terus je kemas, sapu dan mop 3 hari sekali. Rajin memasak. 1st time aku tengok orang yang berbadan besar ni seorang yang rajin dan pembersih.
Guru yang berbadan besar ni juga mempunyai karakter yang besar. Aku masih ingat lagi bila kali pertama kami bertiga di Lawas, dia la yang menjemput kami di Airport dan perkenalkan kami di pekan lawas sebelum menempatkan kami penginapan. Bila kami sewa rumah dengan dia sekali, semua perabot dan kelengkapan dah disediakan oleh dia. Mesin basuh, TV, dapur, tilam, sofa, meja semua dah ada. Dia tak minta pun, kami Cuma bayar sewa rumah sahaja yang dibahagi 4 orang. Di sekolah dia sangat disenangi oleh mana-mana guru.
Peramah, mudah mesra dan bertanggung jawab. Bolehpercayaan guru terhadapnya sangat tinggi. Berani dan lantang menyuarakan pendapat jika ada perkara tak kena. Kalau sistem pentadbiran membebankan guru, dia bersuara. Kalau ada guru yang negatif dan malas berkerja, dia pun bersuara.
Kebanyakkan program under dia mesti meriah dan tak bosan. Ada idea yang disalurkan dan menjadi. Bukan sahaja di sekolah, di luar pun dia seorang yang sangat kharismatik. Networking kat luar sangat banyak. Ada je kenalan dia dalam pelbagai bidang walaupun dia bukannya orang local. Aku tak heran kalau suatu hari nanti cikgu azlan ni jadi seorang event manager ataupun seorang peniaga yang berjaya. Banyak aku pelajari daripadanya. Seperti berterus terang dan tegas menyatakan perkara yang benar.

 

 

CIKGU FD

Guru yang terakhir sekali pula berasal dari Selangor. Seorang guru yang sangat fleksibel dalam apa jua bidang dan tugasan. Fleksibel dan suka mencuba perkara yang baru. Suka mempelbagaikan kaedah pengajarannya di kelas. Tak ada yang kaedah yang fixed baginya.  Dalam pergaulan dia seorang yang tidak memilih bulu dalam kawan. Tidak seperamah seperti Azlan namun kebanyakkan orang mudah kawan dengannya. Tidak lokek berkawan dengan mana2 kaum ataupun agama. (komen jika rasa penyataan ni kurang tepat)
Cepat dan cekap membuat tugasan menjadikan sebarang kerja tidak menjadi beban kepadanya. Mengajar bukannya kerja tetapi hobi bagi dia. Satu-satunya guru baharu yang dilantik Ketua Panitia kerana kebolehannya dalam memimpin panitia matematik. Mudah menerima pendapat dan idea orang lain menjadikan orang lain senang dengannya. Bijak dalam membuat keputusan namun ada kalanya blank bila ada perkara yang luar jangkaan berlaku. Banyak lagi perkara yang perlu dipertingkatkan.
Kelebihannya fleksibel dan cepat belajar. Kekurangannya adalah cepat lupa dan cepat blank dengan perkara2 complicated. (sangat dialu-alukan komen kepada sesiapa rasa penyataan ni kurang tepat ataupun pertanyaan)
Ketiga2 guru ni rajin, pembersih dan tak berkira menolong kawan. Tak merokok dan yang paling penting, hampir setiap waktu solat kami mesti berjamaah sama2. Aku dapat rasakan solat jemaah boleh menyatukan umat islam walaupun berbeza latar belakang. Secara jujurnya, kami berempat sangat berbeza dari segi personaliti, kelebihan, kekurangan dan minat. Namun keterbukaan dan consideration dalam memahami perbezaan adalah sangat penting antara satu sama lain.

Monday, November 11, 2013

Minggu-minggu akhir tahun pertama berkhidmat


11 NOVEMBER 2013
Sekarang aku pada penghujung minggu, minggu terakhir aku berkhidmat sebelum aku pulang ke negeri asal aku, Selangor. Hampir 5 bulan aku berhidmat, aku dapat rasakan masa berlalu dengan sangat pantas. Bak kata orang, biasanya kalau kita banyak buat menda seronok, kita tak perasan pon masa berlalu. Lebih banyak kenangan manis berbanding yang pahit.

Bila baca post mengenai guru kat website/blog/berita kerajaan, mesti ada yang tak puas ati dengan golongan guru ni. Mostly yang ‘butthurt’ dengan profession guru ni biasanya dari golongan yang gagal melayakkan diri dalam pendidikan.

Kemasukkan guru ke peringkat ijazah bukannya mudah yang disangka, pemilihannya adalah sangat strict, ada dua perkara untuk  melayakkan diri ke peringkat ijazah

1. Perlu mendapat sekurang2nya CGPA 3.50 keatas (ataupun sekurang2nya straight A-).

2. Dalam temuduga sebanyak 2 kali termasuk ujian MEDSI, bakal guru perlu ada kemahiran mengajar, mengendali kelas, mengawas kelas, menbentangkan dan mepersembahkan dengan yakin.

Kebanyakkan orang tak lepas perkara yang pertama, ada juga yang gagal dalam perkara kedua. Dah lulus dua2, kemudian belajar 4 tahun dalam bidang pendidikan. Selepas grad, ada lagi satu temuduga sebelum betul betul layak jadi guru.

Dalam profession lain, hanya ada sekali sahaja temuduga. Dalam profession guru, sekurang2nya ada 3 temuduga dan ujian MEDSI. Pengalaman aku kena 4 kali temuduga.

 

Guru pada masa kini


Aku tak nafikan guru pada masa kini ditambah dengan bebanan kerja yang agak banyak. Tugas2 pengkeranian dan bertulis lebih banyak berbanding tugas mengajar di kelas. Walaupun skim gaji guru meningkat, guru terbeban dengan tugas2 sampingan banyak yang ada kalanya kurang masuk akal.

Dasar pendidikan ingin guru berfikir lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran, namun tak memberi ruang dan lebih menekankan guru supaya banyak buat kerja berbanding mengajar. Ada guru masih lagi berada di sekolah pada lewat malam untuk menyiapkan tugasan.

Honestly, aku enjoy dengan kerja aku. Tugas utama aku adalah mengajar di kelas, tapi bagi aku mengajar ni bukannya suatu ‘kerja’, tetapi  lebih kepada aktiviti ‘hobi’. Tugas sampingan seperti kerja2 bertulis dan pengkeranian tu memang membebankan guru. Ditambah dengan tugas sebagai ketua panitia matematik, dan dilantik jadi penceramah. Memang sibuk.

Namun sebarang kerja2 sampingan tak menjadi masalah kat aku. Aku suka settle kerja dengan cepat tanpa penangguhan. Kurang tepat ataupun ada kesilapan boleh diperbaiki, tapi tugasan on time memang sukar untuk ditepati. Tak ada apa nak dibanggakan buat kerja laju, sebab bukannya betul sangat pun. Tapi cikgu2 yang belum siap sentiasa cek hasil kerja aku dan perbetulkan silap aku. Dalam masa yang sama hasil kerja aku dijadikan rujukan.

Salah satu kelebihan i tempat kerja : buat kerja laju

Kekurangan pula : Cepat lupa. dan cepat penat kalau buat kerja lama lama.

Sebab tu aku suka buat kerja laju hehe
 
 
(sedang cuba untuk update blog seberapa banyak yang boleh selagi ada masa free)

Monday, July 1, 2013

Penempatan Pertama


1 Julai 2013, aku melapor diri di Hotel Pearl, PJ. Disini khusus pertama yang aku hadiri sebagai penjawat awam. Disini juga semua tempat berkumpul guru2 baru yang akan posting ke Malaysia timur.  Bertuah aku, aku langsung tak rasa keseorangan langsung, sebab ramai kawan2 aku dari UPM juga posting sekali dengan aku.  Sangat meriah bila dapat jumpa geng posting sekali. Cikgu math, cikgu fizik dan cikgu kimia, semua dari kolej yang sama. Sehari taklimat di KL dan kendian diterbangkan ke Kuching, ada lagi 2 hari taklimat di hotel Merdeka Palace.

Menginap di hotel 5bintang, dihidangkan makanan mewah2, boleh melupakan seketika perasaan bimbang mengenai tempat yang akan dipostingkan. Kebanyakkan guru risau tentang hal ini. Tak dinafikan, aku pon tak terkecuali. Perkataan song, kapit, baram cukup menakutkan bunyinya.  Mane tak nye, berita bot ekspress tenggelam kat sungai Rajang awal tahun ni. Kendian berita seorang guru dirogol di sungai Rajang. Memang seram.

Detik yang aku tak boleh lupakan, hari 4julai2013, malam pengumuman penempatan guru. Masa ni semua seram sejuk, hampir semua guru perempuan bergelinang air mata. Guru laki pulak dok melawak, pergi psycho kawan2. Bestnye jadi laki, boleh ketawa saat2 genting camgini. Mungkin kami tak kisah sangat kot penempatan ni. Bagi aku, yang tak best nye kalau ditempat kat pedalaman, leceh sikit kalau nak pergi pekan. 3+jam naik bot ekspress, 6+jam naik 4X4. Total 10+jam lebih perjalanan, tak termasuk flight balik ke semenanjung.

Bulan lepas, aku pernah berdoa, kalau la aku ditempatkan kat Malaysia timur, tempatkan la aku kat belah Sabah. Sabah best sikit sebab banyak tempat perlancongan. Sarawak boring kawasannya tak maju, ketua menteri nya kedekut, amik hasil kekayaan rakyat tapi tak majukan negerinya.

Tak sangka aku ditempatkan di Lawas, sempadan antara  Sabah, Sarawak, Labuan dan Brunei. Tak terkata betapa gembiranya aku doa aku makbul. Aku rasa sangat bertuah. Nak pergi ke bandar senang, tak perlu naik Hilux 4X4, four wheel drive, ataupun bot ekspress. Lalu jalan biasa je ke KK.

Alhamdulillah

Monday, January 7, 2013

3 Idiots or Battle Royale ?


3 Idiots or Battle Royale ?


Aku bukannya pengemar movie, namun tak bermakna aku tak suka langsung tengok movie. Cuma pilihan movie aku sangat selective. Mostly preference aku suka movie yang ada nilai, something that meaningful.
Bukannya movie yang dari awal sampai abis gelak jer dan mengarut. Kalau aku tengok pon, bukan untuk kali kedua.

Baru-baru ni aku ada job kat cheras, jadi aku stay kat rumah moorty selama 2 minggu. Aku sempat amik beberapa movie masuk dalam pendrive aku. Aku tak sure kenapa aku amik movie yang 'sekeping ketam' (a piece of crap crab) seperti kill bill, battle royale. Bukannya tak best, tapi takde pekdah nye tengok cite camtu. Mungkin curisity nak tau kenapa aku boleh amik cite cam tu.

Bad guys die many times


Post aku kali ni bukannya aku nak compare which one is better. And which one is more interesting. Both movie i like and enjoy to watch and Both movie can't be compared sebab genre movie pon lain, cara penyampaian pon lain. Tapi kalau nak compare BR dengan Hunger Games (BR version omputih) aku boleh cakap BR lebih better sebab dua dua movie tu satu genre.

3 Idiots ( 3I )

Cerita 3I sangat menarik, Plot cerita tu agak dinamik dan kreatif. Disamping lawaknya yang bijak, agak unpredictable, can't expect the unexpected. And is all about the attitude. Sehebat mana pon kita ni, kalau attitude teruk, tak akan kemana pon. Dan setiap masalah pon mesti ada penyelesaiannya, sesuai dengan slogannya "All is well", walaupun tak dapat selesai pon masalah tu tapi sekurang2nya kita ada courage nak berdepan dengan masalah. Bukannya lari dari masalah dan suicide. Film ni sangat enlighten and motivating.

Battle Royale (BR)

Cerita BR pulak adalah sebaliknya, this is one of the most controversy film that have been banned most of countries, Malaysia, USA, dan termasuk negara yang produce, Jepun. Tapi makin diboikot, makin ramai yang pi tengok what the fuss about. First time aku tengok aku rasa hidup ni macam takde hala tuju.  Life is competition. And life is unfair. Just a survivor. Yang kuat sentiasa menang, yang lembik always a loser. Sape-sape yang lemah semangat ataupun lemah iman jangan la tengok cite ni. Mostly scene in this movie we feel very demotivating. Scene yang paling depressed adalah when girls in the lighthouse and mimura's plan almost success. Almost.
Almost.. 
Girls in lighthouse, the most sadistic part


Well, seperti yang aku cakap pada awal post, aku ceritakan 2 buah filem ni bukannya nak dibandingkan yang mana satu lagi best. Bukannya nak menggalakan anda tengok filem ni ataupun filem yang lain tapi nak
ajak anda semua berfikir sama. Both movie not for compare but actually is for option. 

Sometimes when we really on the hard times, we didn't have any of choice for the emotion, but for the action we only have two option =  rising or devastated.


  1. First option, berusaha untuk memyelesaikan masalah dan tawakal. Kemudian kalau tak jumpa jalan penyelesaian, berusaha pula untuk memperbaiki keadaan sekeliling dan jangan mudah patah semangat. Benar perkara yang pahit seperti ini sangat sukar untuk kita lalui, tak de orang pun suka perkara yang pahit bukan? Tapi macamana pahit pun kita kena jugak lalui. Pasti ada jalan penyelesaiannya, kalau takde pun, pasti ada hikmah disebaliknya. Allah dah janji setiap perkara kesulitan pasti akan digantikan dengan kesenangan, setiap kesulitan akan digantikan dengan kesenangan.

    One of the  Quentin Tarantino 's favorite

  2. Second option, blame the others, blame the situation, blame everything. Everyone and everything's is wrong,  you always right. No one could understand you. Betray your friends before they betray you. Talk rubbish the others. Never trust them, never forgive them and never help them. Don't take any responsible for your action, although the responsible is yours. Hit and run. Be swag. YOLO. Ok do i need to elaborate this more?

The choice is yours. You never have power to control the situation, but you always have the power to control your action.

Anyway, life is too short to hate others eh. Really laa, don't waste your time for being hatred. It is not worth it.
.


What people are afraid of most is maybe not death itself, but being forgotten