Friday, November 15, 2013

4 Character + 4 people + 4 Personality = 1 Team


12 november 2013
Dari kanan

CIKGU HASRUL

Guru yang berasal dari kelantan ini seorang yang agak pendiam dan serius apabila membuat kerja.  Aku kurang berinterasi dengannya,  bila ditanya sepatah, sepatahnya dijawab. Walaupun dia seorang yang pendiam, aku senang berkawan dengannya. Rajin tolong kawan dan tak berkira bila belanja. Haritu dia teman aku pergi survey dan beli motor EX5. Tayar motor aku pancit dia jugak isikan. Beberapa kali dah dia belanja kami makan. Apa aku nampak, kita sentiasa akan lebih appreciate apa yang orang selalu buat berbanding dengan apa yang orang salu cakap. Well, action speak louder than words.

Cikgu Syamsul.

Guru yang kedua ni sangat berbeza dengan yang pertama.  Walaupun mukanya agak ganas, tetapi dia seorang yang kuat melawak, kuat ketawa, dan kuat membebel.  Guru yang berasal dari Penang ni lebih dikenali sebagai guru pak lawak. Setiap masa sentiasa ada perkara yang mencuit hati.
SIkapnya yang tolol mengingatkan aku kepada abang aku di semenanjung.  Kadang bila dapat kerja sekolah yang berlambak, merepek dengannya sekejap mampu menghilangkan rasa bebanan kerja. Kerja pon enjoy jer. Walaupun dia kuat membebel macam makcik, tapi kerjanya tetap jalan. Rajin tolong mak Azlan menyiang ikan, memasak, mop lantai dan mengemas rumah. Y
ang tak kenal dia akan takut dengannya. Sebab dia seorang pemalu dengan orang baru dan kurang friendly on first sight. Tapi sesiapa yang mengenalinya memang akan sentiasa terhibur. Housemate yang paling bising dan yang paling rajin.

CIKGU AZLAN

Berasal dari Sabak Bernam, guru yang berbadan gempal dan besar ni jangan disangka dia seorang yang lembap dan busuk. Ketahuilah cikgu azlan ini seorang yang pembersih dan cerewet dalam kebersihan. Baju basuh setiap 2 hari sekali. Aku pon seminggu sekali basuh jer. Rumah tak sempat nak bersepah terus je kemas, sapu dan mop 3 hari sekali. Rajin memasak. 1st time aku tengok orang yang berbadan besar ni seorang yang rajin dan pembersih.
Guru yang berbadan besar ni juga mempunyai karakter yang besar. Aku masih ingat lagi bila kali pertama kami bertiga di Lawas, dia la yang menjemput kami di Airport dan perkenalkan kami di pekan lawas sebelum menempatkan kami penginapan. Bila kami sewa rumah dengan dia sekali, semua perabot dan kelengkapan dah disediakan oleh dia. Mesin basuh, TV, dapur, tilam, sofa, meja semua dah ada. Dia tak minta pun, kami Cuma bayar sewa rumah sahaja yang dibahagi 4 orang. Di sekolah dia sangat disenangi oleh mana-mana guru.
Peramah, mudah mesra dan bertanggung jawab. Bolehpercayaan guru terhadapnya sangat tinggi. Berani dan lantang menyuarakan pendapat jika ada perkara tak kena. Kalau sistem pentadbiran membebankan guru, dia bersuara. Kalau ada guru yang negatif dan malas berkerja, dia pun bersuara.
Kebanyakkan program under dia mesti meriah dan tak bosan. Ada idea yang disalurkan dan menjadi. Bukan sahaja di sekolah, di luar pun dia seorang yang sangat kharismatik. Networking kat luar sangat banyak. Ada je kenalan dia dalam pelbagai bidang walaupun dia bukannya orang local. Aku tak heran kalau suatu hari nanti cikgu azlan ni jadi seorang event manager ataupun seorang peniaga yang berjaya. Banyak aku pelajari daripadanya. Seperti berterus terang dan tegas menyatakan perkara yang benar.

 

 

CIKGU FD

Guru yang terakhir sekali pula berasal dari Selangor. Seorang guru yang sangat fleksibel dalam apa jua bidang dan tugasan. Fleksibel dan suka mencuba perkara yang baru. Suka mempelbagaikan kaedah pengajarannya di kelas. Tak ada yang kaedah yang fixed baginya.  Dalam pergaulan dia seorang yang tidak memilih bulu dalam kawan. Tidak seperamah seperti Azlan namun kebanyakkan orang mudah kawan dengannya. Tidak lokek berkawan dengan mana2 kaum ataupun agama. (komen jika rasa penyataan ni kurang tepat)
Cepat dan cekap membuat tugasan menjadikan sebarang kerja tidak menjadi beban kepadanya. Mengajar bukannya kerja tetapi hobi bagi dia. Satu-satunya guru baharu yang dilantik Ketua Panitia kerana kebolehannya dalam memimpin panitia matematik. Mudah menerima pendapat dan idea orang lain menjadikan orang lain senang dengannya. Bijak dalam membuat keputusan namun ada kalanya blank bila ada perkara yang luar jangkaan berlaku. Banyak lagi perkara yang perlu dipertingkatkan.
Kelebihannya fleksibel dan cepat belajar. Kekurangannya adalah cepat lupa dan cepat blank dengan perkara2 complicated. (sangat dialu-alukan komen kepada sesiapa rasa penyataan ni kurang tepat ataupun pertanyaan)
Ketiga2 guru ni rajin, pembersih dan tak berkira menolong kawan. Tak merokok dan yang paling penting, hampir setiap waktu solat kami mesti berjamaah sama2. Aku dapat rasakan solat jemaah boleh menyatukan umat islam walaupun berbeza latar belakang. Secara jujurnya, kami berempat sangat berbeza dari segi personaliti, kelebihan, kekurangan dan minat. Namun keterbukaan dan consideration dalam memahami perbezaan adalah sangat penting antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment